Siapakah Sahabat Pertama Dalam Hidup Anda?
Bila aku termenung memikirkan mengapa masa berlalu begitu pantas, aku terus teringat satu benda nih. Korang ingat lagi tak siapakah kawan pertama dalam hidup korang? Kawan di sini bukannya saudara, sepupu ataupun anak saudara. Senang cerita siapa kawan bukan saudara korang yang pertama dalam hidup?
Aku masih ingat lagi siapa kawan pertama dalam hidup aku. Tapi aku lupa nama dia lah. Dia jiran aku. Haha. Masa tu aku tak sekolah lagi. Selalu main korek tanah depan rumah. Haha... Peristiwa yang betul-betul terkesan dalam fikiran aku adalah kawan aku tu pernah terjatuh dalam longkang pastu mak dia selamatkan dan bawa balik rumah. Aku wat bodoh jek dan terpinga-pinga. Kih3!
Emmm… Agaknya macam mana lah dia sekarang ekk? Mesti dah besar. Kalau jumpa pun mungkin tak ingat. Tapi kalau dapat jumpa dan kenal balik mesti best kan. Hahaha. Bila jumpa mesti tergelak-gelak terkenang zaman kecik-kecik dulu. Huhu..
Kawan-kawan zaman tadika pun aku dah lupa. Kat mana lah korang ekk. Seronok teringat zaman persahabatan sebelum sekolah dulu. Kawan dengan budak pompuan selamber jek. Siap main korek-korek tanah sama-sama tanpa ada perasaan segan silu. Cuba sekarang, lu giler apa nak main kejar-kejar dengan budak pompuan. Silap-silap boleh kena tahan masuk lokap kalau buat. Hahaha..
Comments
but now dye da pergi dr hidup sy...
life must go on...
huhu...
oraittt wakkk!!!!!!!!!...
so,hidup kena pandai cari kawan
salam ziarah.nice blog
anonymous, wow! sahabat pertama pernah jd bf. huhu.. menarik. yup! hidup perlu diteruskan!
mimie, betul tu. kebanyakan org mcm tuh. huhu.. kwn yg betul2 kwn sikit jek. :)
Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami … kami sedang berusaha membaca older post entry kamu…. Wow entry yang menarik
Pada suatu perkenalan yang telah lama
yang tidak disangka-sangka
satu jalinan persahabatan
di antara kita
dek keluhuran
ketulusan hatimu
sifat memahamimu
dalam mengeratkan hubungan
dalam jalinan persahabatan
sesungguhnya
kunci sebuah persahabatan
adalah pengertian dan kepercayaan
kawan kita yang pertama ialah ibu bapa.... kerana dia lah yang paling setia mendengar segala permasalahan teman setia dikala susah dan senang.....
kemudian barulah kawan sekeliling kita... betul tu kawan masa senang senag aje bila susah hilang tah kemana
tp yg btul susah laa .
boley dikira bape kerat yg ado :pp
dpt gather blk ngn mmbe2 lm aspecially yg dr tadika lgi ,
mmg best .
ye laa , kecik2 dlu comot2
da besar punye ncem cun !
haha !
maheyra, kecik2 dulu mmg comot. main comot2 pun rilex jek. baju comot selamber. cuba skrg? haha.. silap2 tak kuar rumah.
yg tengah minum air tu, BUKAN hafiz kan?
kan?? kan??
haha
xD
senior.
kenal-kenal.
haha