Jam Casio G-Shock Pada Harga Mampu Milik.

Sampai bila ko nak cerita pasal jam ni brader? Haha. Mula dah terpengaruh dengan filem Adnan Sempit. Hehe. Straight to the tali jam.

Entry lepas aku ada buat review tentang jam yang berbaloi untuk dimiliki bagi sesiapa berbajet rendah. Kali ni aku nak buat review pasal jam Casio G-Shock plak yang berbaloi dibeli jika berbajet rendah. Jam G-Shock memang dah terkenal seantero dunia kerana ketahanannya. Malah jam ni telah dipakai oleh beberapa pelakon di dalam filem-filem aksi ganas seperti Mission Impossible, Training Day dan The Italian Job. Tapi kalau betul-betul nak jam yang tahan segalanya, apa kata korang pakai jam matahari? Cuma ambil sebatang kayu dan lihat kedudukan bayang-bayangnya. Hak3!

Kalau dilihat pada harganya, tak dinafikan jam G-Shock agak mahal bagi golongan bergelar pelajar. Tapi takper, berdasarkan pengalaman aku usha kedai jam, terdapat beberapa jam G-Shock model classic yang dijual pada harga bawah RM200. Walaupun model-model ini di antara G-shock paling murah, kualiti yang terdapat pada jam ni sememangnya terbaik. Orang kata alah membeli menang memakai.

Jam ni sesuai untuk aktiviti lasak. Jangan risaulah kalau jam korang terjatuh, termasuk dalam air, terpijak, masuk lumpur atau tercampak. Insyaallah jam korang tak nazak janji tak termasuk dalam lobang jamban. Kalau termasuk dalam lubang jamban, alamatnya biarlah jam G-Shock korang itu hidup di alam jambam bersama ketulan-ketulan pisang goreng berbau segar. Ekekeke!

Model DW-5600E.




Model ni antara model paling popular dan terawal G-Shock yang dikeluarkan oleh Casio. Reka bentuk yang ringkas, klasik, evergreen dan sesuai untuk semua golongan. Mempunyai fungsi yang cukup untuk kegunaan harian. Harga sekitar RM195-199 sahaja. Nak model yang menggunakan kuasa solar pun ada. Harga sekitar RM285-300. Agak mahal tapi berbaloi sebab tak payah risau bateri habis, cuma cas jek bawah cahaya matahari. Hehe...


Model DW-6900.




Model ni aku rasa lagi la popular di kalangan budak-budak sekolah dulu. Dulu masa sekolah aku admire giler jam ni. Tapi sampai sekarang tak terbeli-beli. Hehe. Fungsi yang terdapat pada jam ni lebih kurang sama macam model di atas. Bentuknya boleh dikatakan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sekali pandang memang dah tau tu jam G-Shock. Harga? Sekitar RM198-200.


Model DW-6600.




Orait, model ni boleh aku katakan adik beradik kepada DW-6900 lain mak sama ayah. Ayahnya nama Casio maknya nama DW-6600. Bentuk hampir serupa dengan model DW-6900 cuma display jek lain. Model ni nampak simple sangat sesuai dengan orang yang simple-simple, low-profile mahupun peminat Simple Plan. Hahaha.. Harganya juga sekitar RM198-200. Pandai-pandai lah mengayat tokey kedai mintak kurang. Hehe..


Model DW-9052.



Kalau tak minat model-model di atas, apa kata tengok model ni pula. Rupanya yang hemsem lagi macho ni boleh dirisik pada harga sekitar RM200-240. Kat bahagian lug jam ni ada macam skru tapi aku tak pasti apekebendanya. Memang menampakkan jam ni berketul-ketul lah. Kalau korang pakai terus badan korang nampak berketul-ketul. Hehe.. Gurau jek.

Comments

juwei said…
riseman x de? idaman kalbu tuh. harga leh thn gk.

nice entry. :)
Amirah Rashid said…
mmg gila jam ni :D
so, sesape yg nk meminang tuan rumah ni, jam salah satu hantaran ye. hehe :D
ayisy said…
juwei, bro, G Shock Riseman mmg sedap kalau dapat. Tp harganya pun sedaplah. hahaha. Setakat ni aku cuma mampu pakai Mudman jek. Tu pun dah best! Hehehe..

amirah, Ya! Nak hantaran jam Rolex 2 pasang. Ekekekekeke!
duniajam said…
Model G-Shock paling aku minat DW5600. Bentuk klasik dia yg aku minat. 1st model gshock camtu lah rupanya
diba said…
my feberet clock BUM equipment..hoho so nice da design;)
hans said…
aku nak hadiah jam
hahaha
ayisy said…
duniajam, Kalau dapat yg model yg betul2 1st tu mesti meleleh... hehehe..

diba, oh..Jam tu selalu nampak kat dalam balang kaca depan kedai jam selalunya. huhu...

hans, aiseymen..bajet takdelah Hans. Hehehe
miss eyna said…
nk tanya kedai g shock ktne?
ayisy said…
Miss eyna, Kedai jual g shock terdapat di kebanyakan kedai menjual jam seperti city chain dan sbgnya. Kedai2 jam di dalam mall selalu jual. :)
Mus said…
dapatkan jam G-Shock original di https://7redmango.com

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...