Modenas Dinamik dan CT110 Review.
Gila lama aku tak update blog. Haha. Rasa malas dan tiada mood pula. Maklumlah, sibuk dengan School Based Experience di SK Clifford dan sibuk dengan hobi motor aku.
Nak cerita sedikit tentang dunia motor ni. Hari tu, member aku ada minta pendapat untuk dia membeli sebuah motosikal. Dia bercadang untuk beli motor Modenas CT110. Memandangkan aku sebelum ni tak pernah ambil port pasal motor Modenas, so aku buat sedikit kajian pasal motor ni di forum-forum dan internet. Antara motor Modenas yang aku familiar contohnya macam Kriss, Jaguh, GT128 dan skuter Karisma memandangkan motor-motor ni popular dan ada member aku yang pakai.
Lepas aku baca di forum-forum, barulah aku tahu sedikit sebanyak tentang Modenas. Mungkin ramai yang anggap Modenas hanya mengeluarkan motor biasa-biasa. Sebenarnya sebelum ini dan pada masa sekarang Modenas telah mengeluarkan beberapa motor yang berteknologi tinggi cuma mungkin kurang mendapat sambutan. Contohnya dulu Modenas telah mengeluarkan sebuah motor 2 stroke yang aku rasa memang terbaik! Ia adalah Modenas Dinamik 120. Spec yang ada pada motor ni memang boleh lawan Yamaha 125ZR. Cuma sayang motor ni dah stop production (sumber yang aku dapat). Tapi takper, masih ada stok lama di kedai motor. Yang secong hand pun ada. Barang rare ni, cepat rembat! Hehe.. Psss! Swing arm dia yang tak boleh tahan! Haha...
Terbaik dari ladang! Brek disc depan belakang.
Sekarang, Modenas telah mengeluarkan model-model berspec tinggi seperti GT128, CT110 dan Elegan 200. Member aku cadang nak beli Modenas CT110. Motor ni telah digunakan dalam perlumbaan CubPrix jadi ia membuktikan chassis motor ni stabil dan handling yang baik. Aku pernah follow motor ni, bunyi memang terbaik, padu dan sedap. Tangki minyak motor ni (5.3liter) terbesar dalam segmen motor 110cc dan Modenas menjamin setiap isian penuh boleh pergi sehingga 250km. Terbaik! Harga bermula RM3888.00 sememangnya paling berbaloi untuk moped 110cc. Spec yang ada pada motor ni aku tengok hampir sama dan setanding dengan motor 110 keluaran Yamaha, Honda dan Suzuki. So, sesiapa yang berbajet RM4000-4500 bolehlah riki ini motor.
Bahagian belakang cun! Ada handle balancer, agak panjang jadi gegaran kurang. Seat dua tone.
Modenas CT110 di Genting Highland. Kredit to andrewhtf (http://malaysianbikers.com.my)
Ok, ini review yang aku boleh buat melalui pembacaan sahaja. Aku tak pernah tunggang moped 110cc sama ada sendiri punya atau member lain. Jadi, apa yang aku review berdasarkan pendapat peribadi sahaja. Peace! Oh yer, member aku pakai sebuah motor 110cc, entah apa dia setting boleh maintain highway 130-140kmj dari Sg. Besi ke Ayer Keroh. Gillooss! Dan dah ada Modenas CT110 naik Genting Highland serta layan Klawang. Tabik!!!
Sokonglah barang Buatan Malaysia!
Comments
tp lagi best kalau aku dapat naza gtr 150 tue, huuhuhuh
Motor bawah RM5000 byk pilihan beb. Tak nak try Yamaha Lagenda 115 versi rim lidi baru? RM5000 OTR. Versi sport rim RM5500 OTR. Takpun Honda RS110 s.rim RM4900 not OTR. Suzuki Smash pun ada tp kureng sikit la better angkat Shogun terus. Huhu...
Naza GTR like SBK. Kau dress full sut komfem org ingat SBK. Errr... FZ150, 135lc, 125zr tak minat ke? Huhu...
kalau 2nd hand berapa?
P/S : Tips - Tips Bagaimana Nak Mendapatkan Duit Raya Yang Banyak
Kalau nak yg 2nd, ada yg rm2000-4000. Huhu..
patut aku suruh ayah aku beli dia suruh aku beli sendiri
hohoho
P/S : Tips - Tips Bagaimana Mahu Mengelak Daripada Memberi Duit Raya Dalam Jumlah Yang Banyak!
diba, Jalan bengkang-bengkok. Naik motor syok la, naik kereta mabuk. Huhu..
email-yong68207@gmail.com