Hip Hop. Suatu Kenangan Terindah Zaman Sekolah.



Jika dilihat pada zaman sekarang, aku tak berapa nampak lagi kemeriahan anak-anak muda melakukan aktiviti bersifat budaya barat. Mungkin ada cuma aku tak nampak. Maksud di sini jika kita imbas 8 tahun dahulu, anak remaja sibuk dengan budaya Hip Hop, Skin Head, Punk, Grunge dan Reggae.

Semasa aku menjejakkan kaki di sekolah menengah, aku mula mengetahui apa itu Hip Hop. Melihat abang-abang senior ke sekolah dengan baju dan seluar sedikit labuh, kasut Nike Air Force serta kadang kala membawa helmet untuk breakdance. Pergi ke kantin sekolah terpampang sebaris graffiti. Hebat! Di padang, pelajar berkumpul untuk melihat para pelajar ‘battle’ antara satu sama lain. Teruja aku ketika itu. Iyelah, dapat melihat gerak tari breakdance mereka tak ubah macam apa yang aku lihat di tv.


Too Phat.

Boleh aku katakan aku sedikit terpengaruh dengan budaya Hip Hop ni. Sedikit sebanyak aku tahu beberapa jenis nama gerak tari breakdance. Masa tu, kumpulan rap terkenal Malaysia, Too Phat memang hot. Lagu Anak Ayam, Wanna Battle?, Clap To This, Just A Friend dan banyak lagi menjadi peneman setia telinga aku. Kih3! Bila dengar lagu-lagu itu sekarang pasti membuatkan fikiran aku menerawang ke zaman tersebut. Indah....! Yup! Terlalu indah untuk dikenang. Huhu.

Jika pergi mall, boleh tengok budak-budak muda lepak dengan mengenakan dressing Hip Hop. Stail topi senget-senget sikit. Hehe... Kedai-kedai berkonsepkan Hip Hop pun tumbuh macam cendawan selepas ditabur baja. Oh yer, zaman tu orang dengar muzik masih pakai walkman kaset atau discman. Peewww! Nostalgia.


Yo! Haha! malu seh nak tunjuk muka dalam keadaan macam ni. :P

Tapi sekarang, suasana tu dah takder. Rindu pulak rasanya. Hehe. Walaupun budaya Hip Hop ni masih ada, tapi ianya dah berevolusi dan berubah. Agak berlainan dengan yang dulu. Aku sekarang pun dah tak layan Hip Hop ni. Cuma masih dengar lagu-lagu rap zaman 8 tahun dulu, tengok-tengok graffiti dan breakdance.

Apapun, zaman Hip Hop tetap menjadi pengalaman terindah bagi aku. Hip Hop+Sekolah= Kenangan terindah. Hehehe... Sekarang, zaman kampus layan motor pulak. Huhu... Lepas tu zaman kerja layan kereta dan zaman kahwin layan rumah. Hahahaha!

Comments

Aq suka HipHop...Pasal dia ada gaya..
Lagu2 macam Too Phat,eminem,pun aq minat..

Pak Cik yang Glamour di Bulan Puasa dan Hari Raya
fiD said…
hip hop? heee... satu budaya barat yg berunsur musikal... sarat dengan isi tersirat.... too phat dgn 3 line...

tapi aku lagi suke punk... sk8ter punk.. heee....
kudabesi said…
hip hop dow haha..

sume pernah try la nih?

ikut zaman aku dlu, hip-hop, skinhead, grunge

skang ni bdk tak ikut budaya barat, tp budaya cina. sumer nak join kongsi maa..rempit lg hehek

but nice one, koi pn ada lg simpan kaset too phat tu. wat kenangan beli ngan biasiswa
fndrocka said…
I like malique and joe fliZow...wa'a awww!
ayisy said…
PEJUANG KESENIAN EXTREME, Eminem dia punya lagu panjang2 woo. Tp best! Huhu...

Fid, Skater punk tu dulu zaman2 Avril kan? Best layan!!! Huhuhu...

kudabesi, Aku tak pernah try semua. Cuma terikut sikit2 la pasal Hip Hop. Member2 lain ada join skin, punk... Huh! Ada kaset Too Phat? Simpan bro. Nostalgia tu. Hehehe...

fndrocka, Oh yer, trademark budak Hip Hop, Wa auww...auww...! hehe..
duniajam said…
Zaman aku kecik2 dulu.... zaman rap sekitar tahun 1992. KRU & 4U2C... Minat gila kat diorang dulu. Haha....
Afzainizam said…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°
رمضان مبار… رمضان كريم… رمضان مبار…
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°

Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.

zaman aku ni masa ada KRU da 4U2C gak lah.... tapi kan dah berlalu ni semua
ayisy said…
duniajam, Sebelum kemunculan kumpulan rap mcm Too Phat, KRU mmg popular. Lagu2 nya sedap2. Kumpulan Elite pun boleh tahan. Hehe... Tu semua zaman 90-an...

Afzainizam, agaknya sesiapa yg membesar tahun akhir 80-an dan 90-an mmg popular dgn 4u2c dan KRU. Awal 2000 kumpulan rap dan Hip Hop ambil alih.
hans said…
hahah
aku tak tahu kenapa tapi waktu aku sekolah dlu
budak2 yg minat hiphop mesti kena buli
xfaham aku
haaaha

selamat berpuasa, selamat berbuka, selamat bertarawih dan selamat bersahur

P/S : Kalau Hari - Hari Macam Nih Mak Dengan Abah Tak Payah Dok Risau Dah!
ayisy said…
Hans, Hehehe... Kena buli mcm mana Hans? Tempat aku pulak ada gak puak2 lain. Tapi aku tak pernah nampak diaorang bergaduh, buli2. Huhuhu...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...