Impian Dan Cita-Cita
Sejak dari kecil, kita telah mencipta pelbagai matlamat dan tujuan hidup untuk masa depan kita. Kita membina dengan perasaan penuh harapan dan gembira. Membayangkan segalanya berlaku dengan indah. Tapi kita lupa, bahawa kita sebagai manusia hanya mampu merancang~
Macam aku. Aku telah membuat satu kesilapan besar yang kadang-kala aku selalu menyalahkan diri sendiri. Masa sekolah, aku telah merancang masa depan aku dengan penuh keyakinan. Membayangkan segalanya indah dan bahagia. Merancang dengan perasaan bahawa aku mampu perolehi semuanya. Dulu, aku merancang kehidupan aku dengan penuh kemewahan dan materialistik. Membayangkan aku mempunyai kerjaya yang sangat hebat, kereta hebat, rumah hebat dan segala-galanya hebat. Tetapi aku lupa, ianya adalah satu kesilapan.
Dan sekarang, aku hampir-hampir melakukan kesilapan yang sama. Namun apabila menghadapi pelbagai masalah dan diuji dengan perasaan sedih kecewa membuatkan aku sedar dan berfikir lebih jauh. Merancang perkara baik dan optimis untuk masa depan adalah perlu. Tetapi perancangan itu mestilah rasional dan dibuat berdasarkan kemampuan kita.
Berfikir luar biasa juga perlu. Tetapi juga mestilah rasional dan memikirkannya secara nyata. Bukan sekadar merancang dan membayangkan perkara tersebut terjadi di awang-awangan tanpa berfikir apakah yang perlu kita lakukan untuk ianya betul-betul terjadi dan juga risiko jika ianya gagal dicapai.
Selalunya, semasa masih di bangku sekolah kita tidak berapa nampak apakah perancangan sesuai untuk masa depan kita. Kita hanya akan nampak masa depan kita dan langkah yang perlu diambil selepas tamat alam persekolahan. Dan sekarang, aku lebih jelas apakah tindakan yang perlu aku ambil sesuai dengan kemampuan diri aku untuk merancang masa depan. Bukan seperti 4 tahun lalu, memohon untuk memasuki Asasi di UM, UIA padahal SPM 5A jek. Tak realistik!
Comments
terlalu mahu dan mahu, terlupa apa yang perlu, terlalu banyak alasan nya, dok terdiam...
Jemput ke entry baru : kisah perempuan HOT
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta
ini fitrah manusia berkehendak sesuatu... kalau ada usaha semua boleh jadi
Fina.. Tak kira la kita dah dewasa ke belum, yg penting pada setiap tahap umur kita, kita ada perancangan :)
Tak semestinya perancangan masa dewasa, perancangan semasa remaja dan tua juga tak kurang pentingnya.
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
diy pasang head unit dan poweramp
kadang kita nak capai impian ibarat mencapai awan di langit... makin di kejar sampai dia tas gunung sekali pun masih jauh dari sasaran... tapi puas hati pasal dah berusaha