Sahabat


Sahabat. Bagi aku lebih maknanya berbanding kawan. Kawan ramai, sahabat sedikit. Bila semakin dewasa, aku mula memahami apa makna sahabat. Aku mula merasakan hati ke hati dalam persahabatan.

Sahabat, tempat kita berkongsi suka duka. Susah untuk berenggang. Walau terdapat sedikit perbezaan, ditolak tepi perbezaan itu. Berbalah pendapat dan minat, tetap mesra. Perasaan cemburu jika bertandang, segera dibuang kerana perasaan sayang dan tidak mahu mencacatkan hubungan.

Lelaki khasnya, memang malu untuk mengatakan yang dia sayang kepada sahabat sejantinanya. Kerana ego dan malu untuk mengatakannya. Tapi bila semakin dewasa, aku buang perasaan itu.

Sahabat yang benar-benar sahabat, kadang-kala apa yang dicita-citakan, apa yang diidamkan hampir sama. Campaklah seorang di hujung dunia seorang lagi di ceruk dunia, pasti tidak memberi kesan kepada keakraban mereka.

Bila kita gembira atau sedih, kita akan kongsikan dari hati ke hati. Menyelami perasaan sahabat masing-masing. Kita boleh rasakan perasaannya walau tidak berjumpa. Yang lucu, kadang-kadang apa yang difikirkan mereka juga difikirkan oleh aku. Huhu.

Hargai sahabat anda. :)

Comments

ishiko said…
rasa macam xthu sapa sahabat sbb kawan ramai....dulu zmn sekolah mmg sahabt utama sentiasa dsisi.. skrg, sahabt dh xbersama.. T.T"
ayisy said…
ishiko, Sahabat bila tak bersama, ttap diingati sepanjang masa dalam hati. :)
Nadiene said…
hehe, sahabat perempuan mcam mane pulak?
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

warrggghhhh sahabat mmg teman yang sentiasa di ingati sampai bila-bila

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...