Keluar Dari Kebiasaan


Dalam kehidupan seharian, kalau boleh kita mahu puaskan hati semua pihak di sekeliling kita. Kita mahu buat yang terbaik untuk mengambil hati mereka. Dan, kita berusaha untuk memuaskan semua pihak demi menjaga imej dan maruah diri kita.

Kita jadi takut. Kita takut jika gagal siapkan apa yang mereka arahkan. Kita bimbang jika hasil kerja kita tidak menepati apa yang mereka nak. Kita mendapat bayangan ngeri jika mereka mengambil tindakan terhadap diri kita.

Paling membengangkan, bila kita jadi mangsa keadaan. Pihak yang satu mahukan yang macam ini, pihak yang satu lag mahukan yang macam itu. Yang kena? Kita!

Jadi, sampai bila kita mahu hidup dengan mendengar arahan daripada orang? Tak pernah ke rasa bosan dan sentiasa rasa diri kita kecil dan lemah? Dari kecil sehingga dewasa sekarang, hidup hanya menurut perintah. Buat kerja yang disuruh orang lain. Buat kerja kerana untuk kesenangan orang lain.

Aku rasakan dalam hidup aku, aku buat benda yang aku tak mahu buat. Lagi-lagi sejak masuk IPG. Aku tak pernah rasa aku buat benda yang aku suka dan aku sendiri yang nak buat. Semua benda terpaksa. Terpaksa dan terpaksa. Bosan.

Aku teringin sangat nak rasa hidup ni tanpa dibelenggu oleh orang lain. Anda tak terasa ke hidup dikawal oleh orang lain? Ikut...ikut...ikut sahaja. Bosan. Tak teringin menjadi orang yang berada di atas? Tak teringin nak keluar daripada kehidupan di bawah? Tak teringin nak buat kerja yang kita minat? Yang kita nak buat bukannya yang orang lain suruh!

p/s: Selamat Berpuasa Dan Menyambut Bulan Ramadhan. Terasa begitu pantas masa berlalu. :)

Comments

afzainizam said…
kita yang yg mencorak masa depan kita.... laluan bukan mudah... pandai2 lah kita tempuhi.... pandangan orang jadi panduan.... so ikut jalan kita... baik buruk juga kita

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Ucapan Selamat Berpuasa & berbuka
Admin said…
Guru bukan gila kuasa,
guru hanya ingin menghalang
kegilaan berleluasa..

╲╭━━━━╮╲╲╭━━━━━━━━╮
╲┃╭╮╭╮┃╲╲┃Selamat menyambut
┗┫┏━━┓┣┛╲╰┳Ramadan ♥
╲┃╰━━╯┃━━━╯╰━━━━━━ ╯
╲╰┳━━┳╯╲╲╲╲╲╲╲╲╲
╲╲┛╲╲┗╲╲╲╲╲╲╲╲╲..


Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Statstik pekerjaan yang paling dipercayai di Malaysia!
2. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!
diba said…
tu la jap je masa brlalu..salam ramadhan gk..
Ieqa Swetluv said…
lihat apa yang disuruh, sama ada memberi keburukan atau kebaikan.. jika ia memberi kebaikan, maka ikhlaskan hati dan redha menerima tugasan. Namun jika ia sebaliknya.. cuba atasi dengan rasional

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...