Home Sweet Home


Ungkapan seperti Home Sweet Home, Rumahku Syurgaku, Welcome Home dan banyak lagi menggambarkan betapa rumah sendiri merupakan tempat paling best untuk didiami.

Aku, sejak umur 13 tahun sudah meninggalkan rumah. Tinggal di asrama selama 5 tahun, dan sekarang sudah 4 tahun tinggal di negeri orang. Sejak itu, setiap minggu atau setiap bulan perasaan mahu pulang ke rumah mesti timbul. Ketika di asrama dulu, 2 minggu sekali boleh pulang. Jarak sekolah dengan rumah tidaklah jauh sangat. Jadi tak la tertekan asyik nak balik. Biasa-biasa sahaja.

Tapi sekarang, belajar di negeri orang. Yang jaraknya 7 jam perjalanan, berbeza budaya, berbeza geografi, berbeza persekitaran dan segalanya berbeza membuatkan aku rasa nak pulang ke rumah setiap hari. heh!

Salah satu sebab kenapa aku sentiasa rasa nak pulang ke rumah adalah bosan. Bosan yang amat. Tinggal di tempat yang agak pedalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Dulu, hampir setiap minggu aku join aktiviti ride untuk hilangkan bosan. Tapi lama-kelamaan aktiviti ride tak mampu menghilangkan kebosanan dalam diri aku.

Sejak semester ini, aku nekad. Hujung minggu jek jika tiada apa-apa aku akan balik. Lantaklah walaupun terpaksa naik motor 7 jam, aku nak balik juga. Dah tak sanggup menghadapi life yang bosan dan tak berkembang. Aku lebih sanggup ride 7 jam balik rumah daripada duduk kampus 3 hari tanpa sesuatu yang membuatkan aku rasa gembira dan terisi.

Duduk di rumah dan tempat sendiri, jauh lebih menggembirakan. Tiada masalah, tiada yang menjengkelkan. Duduk di rumah seminggu pun, tak bosan seperti duduk kampus sehari. Haha! Sekarang, aku lebih puas duduk di rumah, jauh lebih puas daripada ride!

Comments

saya dah 9 tahun d negeri org. sejak f1.
huhu.
rumahku syurgaku.
Afzainizam said…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip pasang audio sound sistem kereta

yuppppp rumah ku syurga ku... kalau bersepahhhhh mata aku sakit.... jiwa lagi sakit......
ayisy said…
Afzainizam, Hehe. Kalau rumah bersepah pun, aku masih rasakan keseronokannya. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...