Posts

Showing posts from 2011

2012

Image
Pizza ni seingat aku RM40 untuk 2 orang. Agak mahal, terkejut gak sebab ingat RM30 sahaja. Tapi bukan harga tu yang nak dicerita, tapi masa yang dihabiskan bersama rakan. Priceless~ Tahun 2011. Kesimpulan? Rasanya lebih banyak pahit berbanding manis. Lebih banyak perit berbanding senang. Tapi, hampir kesemua azam telah ditunaikan. Alhamdulillah. Untuk tahun 2012? Aku membayangkan situasi hampir sama dengan 2011. Aku dah bersedia (sebenarnya tidak, aku takut untuk menghadapinya). Tahun-tahun akhir belajar ni, masa dan dunia remaja semakin berkurangan. Hari-hari gembira juga semakin berkurangan. Hari-hari bersama rakan juga semakin berkurangan. Dan yang pasti, semakin dewasa, masing-masing semakin dengan diri sendiri. Masing-masing mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Yang teruk, aku mula jumpa dengan insan-insan yang mementingkan diri sendiri dan menjatuhkan rakan. Bila rakan jatuh, dia suka. Bila dia tak setuju, dia kondem tanpa faham. Masing-masing sudah besar. Tapi kenapa peranga...

Karnival Permotoran Ayer Hitam 2011

Image
Cuti panjang rugi la kan kalau tak jalan-jalan. Cuma cuti kali ni kurang sikit berjalan. Mungkin darah muda dah makin kurang. Hahah! Apapun, minggu-minggu lepas aku sempat menghadirkan diri melihat Karnival Permotoran di Ayer Hitam Johor. Rasanya ia karnival tahunan sebab tahun lepas pun ada. Macam biasa, aktiviti drift dan motocross adalah wajib. Tahun ni ada aktiviti baru iaitu pocket bike race. Boleh lihat adik-adik kita lumba motor secara profesional. Baru konar baring! Karnival ni boleh kata agak meriah dan seronok. Cuma aku rasa pihak penganjur perlu hebohkan perkara ni dengan lebih banyak. Aku tahu karnival ni pun sebab ternampak iklan di jalan raya menghala ke Ayer Hitam. Kalau tak lalu memang tak tahu. Jadi pengunjung agak kurang. Jadi kurang meriah. Jadi kurang 'hot' la karnival ni. Tapi secara keseluruhan karnival ni memang best. Sekurangnya boleh la tengok orang main drift secara live dan kereta-kereta drift menjolok mata. Haha. Cuma aku harap, tahun akan datang Mal...

Fasa Hidup

Image
2002~ Sekarang cuti, banyak masa terluang. Bila nak tidur, mesti banyak perkara terlintas di kepala. Susah nak tidur. Kadang-kadang fikiran menerawang kembali ke masa silam. Sepanjang hidup aku kan, boleh dikatakan apa yang aku mahu dan ingin capai, alhamdulillah semuanya tercapai. Cepat atau lambat sahaja. Bila ada kemahuan, aku akan usaha dan tawakal. Dan semuanya alhamdulillah tercapai. Masa sekolah rendah, selalu nak dapat nombor satu dalam kelas. Belajar punya belajar, dapat jugak nombor satu walaupun kat sekolah agama sahaja. Sekolah kebangsaan tak pernah dapat, paling hebat pun nombor tiga. Oklah. Lagipun aku bukannya jenis otak pandai dan genius. Slow learner sikit. Bila UPSR, target dapat 2A sahaja. Tapi alhamdulillah dapat 4A. Suka gila masa tu. Jadi, aku dapat lebih daripada yang aku nak. Masuk sekolah menengah, aku dapat tawaran asrama. Walau bukan asrama penuh, tapi cukup gembira masa tu. Sebab, impian aku untuk tinggal di asrama tercapai. Suasana pembelajaran dan rakan-ra...

Year End

Tahun 2011 sudah sampai ke penghujungnya. Sudah hampir ke tahun 2012. Kali ni aku terasa sedikit kelainan. Mungkin kerana tahun 2012 merupakan tahun terakhir aku bergelar sebagai pelajar. Tahun terakhir dalam pengajian di IPG. Kemudian akan melangkah ke alam pekerjaan. InsyaAllah. Harap-harap berjalan dengan lancar. Walaupun boleh dikatakan hampir pasti bekerja sebagai guru, tapi kita tidak boleh terlalu yakin. Seperti biasa, kita manusia hanya merancang. Macam-macam perkara boleh berlaku tanpa pengetahuan kita pada masa akan datang. Aku tak nak mengulangi kesilapan semasa zaman sekolah, terlalu yakin dan menanam cita-cita terlalu tinggi yang akhirnya menyebabkan hidup sentiasa dihurung rasa kecewa sampai sekarang. Jika dikira, hampir 4 tahun setengah aku belajar di IPG. Kalau di sekolah sudah masuk form 5 ready nak SPM jek. Tapi bila fikir balik dalam-dalam, selama 4 tahun setengah ni aku belajar banyak perkara. Sepanjang 4 tahun setengah hidup aku sentiasa berfikir. Berfikir...dan be...

Kebebasan Atau Jaminan?

Image
Bila menunggang, kita bebas memilih hala tuju yang kita ingini. Minat menjadikan hidup kita lebih bermotivasi. Minat menjadikan hidup kita lebih kuat menghadapinya. Bila kita menjalani kehidupan yang kita minat, kita akan lebih positif dan lebih terancang. Lebih jelas apakah yang kita mahukan pada masa akan datang. Tapi bagaimana pula jika kita melalui kehidupan yang kita tidak minat dan terperangkap ke dalamnya? Musnah segala angan-angan, cita-cita dan impian. Ingin berpatah balik adalah mustahil. Yang ada hanya keterpaksaan dalam menempuh hidup. Perit dan jenuh dalam mengharungi segala kepayahan dalam kehidupan yang kita tidak minat. Kadang-kala kita cuba lari dari masalah ini. Cuba keluar dan mencari keseronokan di dunia luar. Ianya berhasil namun bersifat sementara. Terfikir dan mencari...apakah jalan penyelesaian. Bila kita terhimpit dengan masa depan yang telah tetap dan sempit, sukar mencari ruang dan mencari peluang lain untuk memperbaikinya. Bila terperangkap, memang tidak bol...

Aksesori Motosikal

Image
Sekarang ni pengeluar-pengeluar aksesori motor khasnya untuk pasaran motosikal kecil banyak mengeluarkan barang-barang high-end. Aku rasa ia berpunca daripada perubahan senario dunia motor di Malaysia sekarang. Aku perhatikan, contohnya lah geng-geng motor aku kebanyakan sudah bekerja dan berjawatan, pelajar IPT, engineer, mekanik, guru (kih3!) dan ada bakal doktor! Dan mereka ini berduit. Antara sebab kenapa mereka layan motor adalah minat. Minat mengatasi segalanya. Lantak orang lain nak kata apa. Dan disebabkan mereka berduit, maka kuasa membeli mereka tinggi. Nak beli barang mahal sikit tak ada hal la. Jangan terkejut jika ternampak sekumpulan penunggang motosikal kecil memakai helmet Nolan dan AGV yang harganya antara RM700-1000 sebuah. Dan jangan terkejut jika melihat sepasang sport rim untuk kapcai mencecah RM2000++! Situasi ni dah jadi kebiasaan di kawasan sekitar K.Lumpur dan Penang. (berdasarkan pemerhatian aku) Ok, di bawah beberapa aksesori motor high-end yang sempat aku us...

Bandar-Bandar 'Best' Di Malaysia.

Image
Asyik sembang pasal port koner dan pantai jek. Jadi kali ni aku sembang pasal ride ke bandar-bandar utama di Malaysia. Hampir kesemua ibu negeri dan bandar utama di Malaysia sudah dijejaki. Selalunya tujuan aku ke bandar ni ialah untuk shopping, usha barang, melihat kehidupan bandar, jumpa rakan-rakan, cari barang motor (ahahaha!) dan sebagainya. Jadi, banyak-banyak bandar di Malaysia ni, yang mana paling heaven dan havoc pada pandangan aku? 1. Bandaraya Melaka, Melaka. Yeh! Kenapa Melaka? Bagi aku, di Melaka semua ada. Jalan senang, pemandangan cun, seni bina bangunan klasik dan tradisional, tempat shopping berlambak dan kena dengan taste aku, makanan best dan tak terlalu 'jam' jalannya. Senang cerita kalau pergi memang puas hati dan tak bosan-bosan. Naik Menara Taming Sari, boleh lihat hampir seluruh bandar Melaka. Dulu ada Eye On Melaka... Dulu la. 2. Batu Pahat, Johor. Hurmmm... Errr... Hahaha... My hometown :P 3. Penang. Err... Tak tau mana satu bandar yang best. Semua bes...

Selekoh Tajam

Image
Sebelum ni aku ada cerita tentang port koner terbaik di Malaysia. Dan baru-baru ni aku berpeluang layan port baru iaitu Kuala Klawang di Negeri Sembilan dan Balik Pulau di Pulau Pinang. Malas banyak cerita, 2 koner ni aku nobatkan koner paling best di Malaysia! Kuala Klawang long koner paling best manakala Balik Pulau short koner paling gila. Haha! Layan 2 tempat ni aku rasa korang dah tak pandang dah Bukit Tinggi atau Genting Highland. :P Macam mana ke Kuala Klawang? Kuala Klawang ni banyak jalan dan port. Yang aku layan, masuk dari Kuala Lumpur-Hulu Langat. Balik Pulau pula... Emmm... Pusing jek pulau tu, jumpa rasanya. :P Dan jangan lupa, layan-layan juga keselamatan perlu diambil berat. Pakai pakaian yang sesuai dan boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ala... Safety gear sekarang dah murah dah. Peace! Di puncak Balik Pulau... Smart! Ni jek gambar yang sempat diambil di koner2 Balik Pulau. Lain dah tak boleh nak ambik... Haha Kuala Klawang

Tayar Terbaik Untuk Motosikal Kapcai

Image
Duro DM1188. Bunga tiru Battlax BT090. Aku nak buat sedikit review tentang tayar motor. Di Malaysia, harga untuk tayar soft compound memang mahal. Contohnya Bridgestone Battlax dan FDR. Tapi ada beberapa tayar soft compound pada harga berpatutan. Antaranya Duro DM1188. Setelah hampir 2 minggu pakai, layan Kuala Klawang, Lebuh Raya Karak, Cameron Highland-Simpang Pulai dan Balik Pulau apa yang boleh aku katakan grip ketika jalan kering memang puas hati. Berbanding Maxxis m6002, grip Duro DM1188 lebih baik. Melecet. Grip ketika jalan basah juga tidak mengecewakan. Tak terasa membuang ataupun licin. Selepas diasah... Harga? Lain tempat lain la harganya. Tapi best price pernah aku dapat ialah RM90 (90/80), RM110 (100/70) dan RM80 (80/90). Kebanyakan kedai aku tengok letak harga antara RM115-120 (90/80). Pandai-pandailah nego. Tahan lama tak tayar ni? Itu aku belum kira. Tapi selalunya tayar soft compound memang cepat haus. Jadi kalau banding Maxxis m6002 VS Duro DM1188, kedua-duanya ada ke...

4 Tahun Kehidupan~

Image
2006~ Lama dah tak menulis. Kehidupan bertambah sibuk. Bukan hanya sibuk dengan pelajaran dan praktikum tetapi sibuk dengan kehidupan yang menggembirakan. Alhamdulillah, kehidupan aku semakin bertambah baik. Tiada lagi hidup macam orang mati kutu. Tiada lagi kebosanan melampau dan rasa jauh. 4 tahun. Bukanlah satu jangka masa yang singkat. Awalnya, memang gila la. Dengan tak biasa dengan kehidupan baru. Sebenarnya, hidup di kawasan pedalaman bukanlah satu masalah untuk kita tidak gembira dengan hidup. Yang penting kena pandai cari dan sesuaikan diri. Dan ianya mengambil masa. Sekarang, aku rasa selesa. Selesa dengan kehidupan di sini. Walau serba kekurangan, tapi apa ada hal. Motor ada, jelajahlah tempat orang! Cari kawan yang seminat dan sekepala, komfem meriah. Dulu aku pernah cabar diri aku. Adakah aku akan rindukan Kuala Lipis dan IPG bila aku keluar dar tempat ini. Dan sekarang, aku dapat rasa yang mungkin aku akan rindu saat-saat manis ketika di sini bila dah keluar nanti. Satu l...

KTM Duke 200 Malaysia Price

Image
KTM Duke 125 luar negara Dalam dunia motor khasnya pasaran Malaysia, memang susah nak tengok model-model sport ber-cc kecil masuk. Kebanyakan yang dibawa masuk adalah kategori kapcai atau moped. Kebanyakan peminat motosikal di Malaysia menunggang motosikal ber-cc kecil sebab harga superbike atau big bike mahal. Hanya golongan sudah bekerja dan stabil boleh membelinya. Golongan pelajar dan baru bekerja, hanya motor kecil jadi pengganti untuk memuaskan minat. :P Tak apalah, janji dapat layan minat kan. Motor kecik buat main koner best jugak. Heh! Cita-cita memang ada untuk beralih cepat-cepat ke motor yang berkuasa tinggi tapi banyak lagi komitmen yang lebih penting seperti menghabiskan belajar, kerjaya, keperluan lain seperti kereta dan rumah, kahwin dan sebagainya. Takut bila dah ada duit, masa tu kita dah tak minat motor. Benda macam ni biasalah kan. Macam zaman kecik dulu, nak beli kereta Tamiya, tapi tak mampu. Sekarang bila mampu, tak pandang dah. Sejak tahun lepas dan kebe...

Praktikum

Image
Serius, kehidupan praktikum walaupun memenatkan tetapi ia berjaya menjadikan aku lupa siapa diri aku sebenarnya. Praktikum menjadikan aku seperti hidup di dunia baru. Menjadikan aku leka dengan tugas dan keseronokan. Membuatkan aku lupa kehidupan lalu aku. Walaupun hati tetap ego untuk mengakui bahawa kehidupan praktikum membuatkan aku lebih mudah ketawa. Praktikum walaupun dibeban dengan tugasan dan masalah yang banyak, tetapi masih mampu membuatkan aku tersenyum bersama rakan setugas dan rakan sepraktikum. Inilah perkara yang sudah lama aku tidak rasai semenjak menjejakkan kaki di IPG. Kehidupan di sini sangat jauh berbeza dengan kehidupan yang pernah aku lalui, tapi di sini berjaya buat aku leka dan masuk ke dalamnya. Adat dalam hidup bila kita mula mesra, mula rapat, mula suka dan mula serasi ketika itulah perpisahan akan berlaku. Sedar tak sedar tinggal lagi seminggu aku berpraktikum. Hurm~

Ilmu Susah

Image
Masih aku ingat ucapan Pengetua ketika sekolah dahulu, ilmu yang paling berharga ialah ilmu susah (hidup susah). Alhamdulillah, ketika itu aku sudah boleh memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Tetapi ketika itu aku belum betul-betul faham dan merasai apakah yang dikatakan hidup susah. Sekarang, aku sedang melalui kehidupan yang susah. Bukanlah susah kerana kesempitan wang. Dan bukanlah susah kerana ditinggalkan kekasih yang kita sayang. Yang membuatkan aku berasa susah adalah kerana aku sedang menempuh kehidupan di tempat yang begitu asing dan jauh. Menempuh kehidupan yang memerlukan aku sentiasa memperbaiki dan menyesuaikan diri. Menempuh kehidupan yang memerlukan aku sentiasa melawan perasaan takut, gementar, gelisah dan kekecewaan. Menempuh kehidupan yang memaksa aku melakukan apa yang aku tidak minat. Menempuh kehidupan yang membuatkan aku sentiasa berfikir dan mencari kebahagiaan. Dan, menempuh kehidupan di tempat yang serba kekurangan dan sunyi. Praktikum 1s...

Malas

Image
Haha. Prep zaman sekolah dulu. Rajin beb. Haha Malas. Memang kebiasaan bagi setiap kita ada perasaan malas. Puncanya kita tak tahu. Kenapa perasaan malas wujud dalam diri kita pun kita tak tahu. Apa yang menyebabkan kita malas? Aku bagi dua contoh situasi yang hampir sama tetapi sedikit berlainan. Kita akan rasa bersemangat dan tidak mengantuk apabila bangun tidur awal pagi jika kita mahu keluar berjalan-jalan atau ride. Langsung tak tertekan bila bangun pagi, kadang-kadang jam pukul 4.00am kita dah terbangun sebab semangat nak pergi berjalan-jalan hari itu. Tapi cuba bandingkan bila kita bangun pagi dan akan menghadapi hari persekolahan ataupun kuliah. Peh! Dia punya liat nak bangun pagi tu. Badan terasa lemah jek. Rasa nak sambung tidur balik kan. Malas! Jadi, malas mungkin berpunca daripada perasaan tidak minat dan bosan. Menghadapi perkara yang kita tak minat membuatkan kita malas. Tetapi menghadapi perkara yang kita suka, malas bukan masalah utama. Sebenarnya, ikut pengalaman aku ...

Seni Muzik Di Johor

Image
Sejak aku kecil telah didedahkan dengan irama ghazal atau zapin Johor. Tapi orang kata bila benda tu disekeliling kita, kita tak perasan atau hargainya. Zaman sekolah aku tak payah cerita la, memang biasa dengan kesenian tradisional Johor seperti ghazal, zapin dan kuda kepang. Bagi aku, negeri Johor merupakan negeri yang kuat berusaha mempertahankan kesenian negeri mereka. Dapat rasa auranya bila aku pulang ke kampung. Tapi sayang, sepanjang aku sekolah aku langsung tak ambil peluang untuk mempelajarinya walau sedikit pun. Bila merantau di negeri orang baru terasa rindu dengan budaya negeri sendiri. Baru rasa betapa meriah, seronok dan indahnya ghazal, zapin dan kuda kepang. Zaman sekolah dulu kalau pergi apa-apa majlis memang meriah dengan alunan muzik ghazal/zapin. Dan sekarang, kadang-kadang bila bosan layan lagu moden, aku layan ghazal. Sambil mengenang negeri tercinta dan kenangan lama. :P Ahh... Rindunya nak pulang ke kampung halaman...!

Tidur

ZZZZZZZZzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzz Sekarang ini, nikmat yang begitu aku terasa ialah nikmat masa lapang. Bila hidup dan umur semakin meningkat, kehidupan terasa seolah-olah tiada masa untuk diri sendiri. Terasa hidup semakin sunyi. Berlainan semasa kita kecil, penuh dengan gelak tawa dengan rakan-rakan di sekeliling kita. Sekarang, pantang dapat sedikit masa lapang akan aku guna untuk tidur. Nikmat tidur begitu terasa apabila hidup kita dipenuhi dengan kerja dan tugas. Tidur, tidur dan tidur. Minat lain seperti ride dan jalan-jalan dah tak pandang sangat dah. Hilang mood. Dan sekarang, bolehlah aku katakan yang hobi baru aku adalah TIDUR. ZzzzZzzzZ...

Keluar Dari Kebiasaan

Image
Dalam kehidupan seharian, kalau boleh kita mahu puaskan hati semua pihak di sekeliling kita. Kita mahu buat yang terbaik untuk mengambil hati mereka. Dan, kita berusaha untuk memuaskan semua pihak demi menjaga imej dan maruah diri kita. Kita jadi takut. Kita takut jika gagal siapkan apa yang mereka arahkan. Kita bimbang jika hasil kerja kita tidak menepati apa yang mereka nak. Kita mendapat bayangan ngeri jika mereka mengambil tindakan terhadap diri kita. Paling membengangkan, bila kita jadi mangsa keadaan. Pihak yang satu mahukan yang macam ini, pihak yang satu lag mahukan yang macam itu. Yang kena? Kita! Jadi, sampai bila kita mahu hidup dengan mendengar arahan daripada orang? Tak pernah ke rasa bosan dan sentiasa rasa diri kita kecil dan lemah? Dari kecil sehingga dewasa sekarang, hidup hanya menurut perintah. Buat kerja yang disuruh orang lain. Buat kerja kerana untuk kesenangan orang lain. Aku rasakan dalam hidup aku, aku buat benda yang aku tak mahu buat. Lagi-lagi sejak masuk IP...

Impian Dan Cita-Cita

Image
Sejak dari kecil, kita telah mencipta pelbagai matlamat dan tujuan hidup untuk masa depan kita. Kita membina dengan perasaan penuh harapan dan gembira. Membayangkan segalanya berlaku dengan indah. Tapi kita lupa, bahawa kita sebagai manusia hanya mampu merancang~ Macam aku. Aku telah membuat satu kesilapan besar yang kadang-kala aku selalu menyalahkan diri sendiri. Masa sekolah, aku telah merancang masa depan aku dengan penuh keyakinan. Membayangkan segalanya indah dan bahagia. Merancang dengan perasaan bahawa aku mampu perolehi semuanya. Dulu, a ku merancang kehidupan aku dengan penuh kemewahan dan materialistik. Membayangkan aku mempunyai kerjaya yang sangat hebat, kereta hebat, rumah hebat dan segala-galanya hebat. Tetapi aku lupa, ianya adalah satu kesilapan. Dan sekarang, aku hampir-hampir melakukan kesilapan yang sama. Namun apabila menghadapi pelbagai masalah dan diuji dengan perasaan sedih kecewa membuatkan aku sedar dan berfikir lebih jauh. Merancang perkara baik dan optimis u...

Nilai Sebuah Masalah

Image
Dalam menjalani kehidupan yang semakin dewasa, ada beberapa masalah yang bila ia datang, kita akan rasa kita tak mampu untuk lakukan. Sekarang, perkara tersebut datang lagi selepas hampir sebulan yang lalu aku merasainya. Aku mula sentiasa terfikir, terbayang dan menjangkakan apakah yang akan berlaku bila sampai waktunya. Tidur mula tak lena dan termimpi-mimpi. Hati mula rasa sedih dan seolah kecewa. Sampai satu tahap, aku mula berharap agar setiap kali aku bangun tidur, rupanya aku sedang bermimpi. Bangun daripada mimpi yang buruk. Kemudian, aku mula mencari fikiran-fikiran positif dan memberi semangat kepada diri sendiri tentang perkara-perkara positif. Sebenarnya, kita terlalu takut untuk menghadapi masalah mendatang kerana terlalu takutkan kegagalan. Kita takut untuk gagal dan terlalu mengharapkan kejayaan. Kita terlalu mahukan kejayaan sampai kalau boleh kita tak mahu merasai sedikitpun kegagalan. Tapi bila aku imbas kembali masalah dan kegagalan yang pernah aku hadapi, ia mengaja...

Buang Perasaan Ini!

Image
Bebaskan dirimu! Dalam diri aku, ada satu perasaan yang sukar dikikis. Perasaan terlalu memikirkan apakah pandangan orang lain terhadap diri kita. Bila berjumpa dengan orang lebih-lebih lagi yang tidak dikenali, baru dikenali ataupun kurang rapat fikiran aku cepat memikirkan apakah pandangan orang itu terhadap diri aku. Adakah aku ini menyenangkan dia? Adakah dia selesa berkenalan dengan aku? Apakah pandangan diri dia terhadap diri aku? Dan pelbagai lagi perkara aku fikirkan. Terlalu memikirkan hal sebegini boleh menyebabkan kita tidak yakin. Kita tidak yakin untuk menjadi diri kita sendiri. Terlalu mahukan orang lain selesa dengan diri kita menyebabkan kita kaku dan buat-buat. Kita kadang-kala terlalu 'control' diri kita supaya orang lain memberi pandangan baik terhadap diri kita. Dan lebih parah, fikiran akan ke arah negatif kerana terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadap kita. Kita mula fikir bukan-bukan walhal entah betul entah tidak apa yang kita fikirkan. Kemudian...

Life So Hard~

Image
*Sekadar tulisan untuk membuang perasaan mendung dalam hati jauh-jauh...... Tak perlu ambil serius, kerana ianya sekadar proses mengasingkan perasaan negatif yang bersarang di hati* .................................................................................................. Kita selalu mendengar ungkapan "Tak semestinya yang kita inginkan kita akan dapat". Dan "Tak semestinya apa yang kita minat kita sentiasa perolehi". Aku selalu termenung sambil berfikir, boleh tak kalau aku keluar daripada kehidupan yang aku alami sekarang ini. Biarlah kita tak dapat apa yang kita nak, tapi kita boleh keluar daripada kehidupan yang kita tidak mahukan. Tapi aku tahu, untuk keluar daripada kehidupan sekarang bukanlah semudah mengatakannya. Aku rasa hampir mustahil untuk aku kuatkan diri untuk keluar daripada kehidupan sekarang. Ramai yang memberi kata semangat "Ala, tinggal lagi setahun sahaja kan. Lagipun kau dah bertahan selama 4 tahun". Sekarang ini, masalahnya b...

Home Sweet Home

Image
Ungkapan seperti Home Sweet Home, Rumahku Syurgaku, Welcome Home dan banyak lagi menggambarkan betapa rumah sendiri merupakan tempat paling best untuk didiami. Aku, sejak umur 13 tahun sudah meninggalkan rumah. Tinggal di asrama selama 5 tahun, dan sekarang sudah 4 tahun tinggal di negeri orang. Sejak itu, setiap minggu atau setiap bulan perasaan mahu pulang ke rumah mesti timbul. Ketika di asrama dulu, 2 minggu sekali boleh pulang. Jarak sekolah dengan rumah tidaklah jauh sangat. Jadi tak la tertekan asyik nak balik. Biasa-biasa sahaja. Tapi sekarang, belajar di negeri orang. Yang jaraknya 7 jam perjalanan, berbeza budaya, berbeza geografi, berbeza persekitaran dan segalanya berbeza membuatkan aku rasa nak pulang ke rumah setiap hari. heh! Salah satu sebab kenapa aku sentiasa rasa nak pulang ke rumah adalah bosan. Bosan yang amat. Tinggal di tempat yang agak pedalaman bukanlah sesuatu yang mudah. Dulu, hampir setiap minggu aku join aktiviti ride untuk hilangkan bosan. Tapi lama-kelama...