Bandar-Bandar 'Best' Di Malaysia.
Asyik sembang pasal port koner dan pantai jek. Jadi kali ni aku sembang pasal ride ke bandar-bandar utama di Malaysia. Hampir kesemua ibu negeri dan bandar utama di Malaysia sudah dijejaki. Selalunya tujuan aku ke bandar ni ialah untuk shopping, usha barang, melihat kehidupan bandar, jumpa rakan-rakan, cari barang motor (ahahaha!) dan sebagainya. Jadi, banyak-banyak bandar di Malaysia ni, yang mana paling heaven dan havoc pada pandangan aku?
1. Bandaraya Melaka, Melaka.
Yeh! Kenapa Melaka? Bagi aku, di Melaka semua ada. Jalan senang, pemandangan cun, seni bina bangunan klasik dan tradisional, tempat shopping berlambak dan kena dengan taste aku, makanan best dan tak terlalu 'jam' jalannya. Senang cerita kalau pergi memang puas hati dan tak bosan-bosan.
Naik Menara Taming Sari, boleh lihat hampir seluruh bandar Melaka.
Dulu ada Eye On Melaka... Dulu la.
2. Batu Pahat, Johor.
Hurmmm... Errr... Hahaha... My hometown :P
3. Penang.
Err... Tak tau mana satu bandar yang best. Semua best lah. Hahaha... Bukit Mertajam, Bayan Lepas, George Town, Balik Pulau... Errr... Aku tak tau nak bezakan daerahnya. Haha! Aku pusing semua satu pulau. Semua best! Sini memang syurga peminat motor dan kaki leper. Style! Penang memang hidup dan havoc dengan dunia motor. Roundabout pun kaki-kaki motor sana jadikan port meleper. Pantai-pantai cantik dan bersih. Makanan? Anda boleh cuba nasi bariyani Kapitan atau lepak warong tepi pantai. Fuh! Macam kat Miami. Hahaha!
Queensbay
4. Kuala Lumpur.
Di sini semua ada dan lengkap. Cakap nak apa. Segala-galanya ada. Malas cerita. Cuma yang menjadikan ia jatuh ke tangga keempat ialah kerana jalannya. Heh! Masa banyak dihabiskan di atas jalan. So, agak kurang efektif jika berjalan di sini. Kecuali ada sahabat yang mahir menemani anda. Kalau nak cepat boleh naik komuter atau LRT. Tapi aku ni jenis lebih suka naik kenderaan sendiri. Dan, terlalu sesak. Nak makan kat fastfood pun beratur panjang. Satu lagi, sini kadar jenayah tinggi. Perasaan risau kena paw atau rompak sentiasa berlegar. Member dah kena. Adehhh... Tak tenang.
5. Johor Bahru, Johor.
Sini yang best ialah fesyen. Nak cari baju, kasut, jam tangan memang kat sini. Semua up to date. Boleh tengok Singapura dari jauh. Danga Bay? Ok la. Barang motor? Ok jugak. Senang cerita ok la. Tapi orang kata di JB ni barang mahal. Hurmm... Tak pasti la pula.
6. Kuantan, Pahang.
Yang best di Kuantan ialah pantainya. Pantai lagi. Haha. Contohnya Teluk Cempedak. Sini memang meriah. Di tepi sungai Kuantan ada waterfront dan bazar-bazar kecil. Malam-malam lepak sini memang best!
7. Ipoh, Perak.
Bandar Ipoh ni terletak di antara gunung-gunung (banjaran). Panorama dia memang cool. Suasana bandar Ipoh ni bagi aku lain sikit berbanding tempat lain di Malaysia. Semacam. Haha... Mungkin faktor geografi, sejarah dan penduduk. Dan tak terlalu panas. :)
Dikelilingi gunung-ganang. Superb!
8. Genting Highland, Pahang.
Boleh dikategorikan sebagai bandar di atas puncak gunung. Peewww! Kalau korang drive/ride di lebuhraya Karak, anda boleh lihat bangunan-bangunan tinggi di puncak gunung. Itulah Genting Highland! Memang bila pandang, ish.. gila apa ada bangunan macam tu kat puncak gunung. Di sini macam-macam ada. Taman tema, shopping complex, kedai makan dan track yang lazat untuk diratah. Hahaha!
9. Kota Kinabalu, Sabah.
Aku pergi masa tingkatan 4 dulu. Naik kapal terbang la, bukan naik motor. Best dan banyak tempat untuk kita shopping. Aku suka dengar loghat Sabah. Haha. Orang sana pun friendly. :) Makanan murah terutama seafood. Pantai pun cun. Kalau perempuan, boleh shopping mutiara dengar harga yang murah.
10. Senggarang, Johor.
Haaa? Kat mana tu? Tak pernah dengar pun? Kah3!
ps: Aku cuma belum sampai ke Perlis dan Sarawak. Hurmmm... Bilalah nak tertunai... (X_X)v
Comments
JB barang mahal?.. tak pandai cari port tu..
jauh perjalanan luas pandangan beb....
Sapa kata JB barang mahal? aku rasa boleh cari barang yang Save budjet kat sini tau...
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa
Afzainizam... Bila dah pergi semua tempat, terasa Malaysia ni kecik jek. Huhu...
ayisy xaci skip part batu pht joho, ce citer ada apa best kt stu
cepatt..
http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta
sob3~~
1. Bila Gaduh, Kawan Juga Yang Dicari
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !
sob3~~
1. Bila Gaduh, Kawan Juga Yang Dicari
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !