Malas
Haha. Prep zaman sekolah dulu. Rajin beb. Haha
Malas. Memang kebiasaan bagi setiap kita ada perasaan malas. Puncanya kita tak tahu. Kenapa perasaan malas wujud dalam diri kita pun kita tak tahu. Apa yang menyebabkan kita malas?
Aku bagi dua contoh situasi yang hampir sama tetapi sedikit berlainan. Kita akan rasa bersemangat dan tidak mengantuk apabila bangun tidur awal pagi jika kita mahu keluar berjalan-jalan atau ride. Langsung tak tertekan bila bangun pagi, kadang-kadang jam pukul 4.00am kita dah terbangun sebab semangat nak pergi berjalan-jalan hari itu.
Tapi cuba bandingkan bila kita bangun pagi dan akan menghadapi hari persekolahan ataupun kuliah. Peh! Dia punya liat nak bangun pagi tu. Badan terasa lemah jek. Rasa nak sambung tidur balik kan. Malas!
Jadi, malas mungkin berpunca daripada perasaan tidak minat dan bosan. Menghadapi perkara yang kita tak minat membuatkan kita malas. Tetapi menghadapi perkara yang kita suka, malas bukan masalah utama.
Sebenarnya, ikut pengalaman aku malas ni cuma hadir semasa kita belum memulakan sesuatu perkara itu. Contohnya la kan, sebelum buat kerja sekolah dia punya malas memang tahap cipan la. Tapi bila kita dah mula buat, mood rajin akan datang secara tiba-tiba. Kita akan mula rasa rajin dan boleh memberi fokus kepada kerja kita. Kadang-kadang sampai tak boleh berhenti. Heh!
Yang penting, kekuatan mental kita melawan rasa malas sebelum buat kerja itu kena kuat. Kena paksa. Bila anda mula buat kerja, rasa malas tu akan hilang. :)
Tapi untuk budak-budak sekolah, ubat malas adalah penampor, rotan, campak buku dan sebagainya. Hahahaha!
Comments
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip Pemeriksaan servis kereta
Sua sue good morning,
Sua sue good morning,
Sua sue good morning,
Istimewa raja
JANGAN MALAS-MALAS YERRR ....
YUPPPP ADA KUDRAT ADA KEHENDAK LAKSANAKAN TULANG 4 KERAT
MOGA MALAS DIKETEPIKAN