KTM Duke 200 Malaysia Price
KTM Duke 125 luar negara
Dalam dunia motor khasnya pasaran Malaysia, memang susah nak tengok model-model sport ber-cc kecil masuk. Kebanyakan yang dibawa masuk adalah kategori kapcai atau moped. Kebanyakan peminat motosikal di Malaysia menunggang motosikal ber-cc kecil sebab harga superbike atau big bike mahal. Hanya golongan sudah bekerja dan stabil boleh membelinya. Golongan pelajar dan baru bekerja, hanya motor kecil jadi pengganti untuk memuaskan minat. :P
Tak apalah, janji dapat layan minat kan. Motor kecik buat main koner best jugak. Heh! Cita-cita memang ada untuk beralih cepat-cepat ke motor yang berkuasa tinggi tapi banyak lagi komitmen yang lebih penting seperti menghabiskan belajar, kerjaya, keperluan lain seperti kereta dan rumah, kahwin dan sebagainya. Takut bila dah ada duit, masa tu kita dah tak minat motor. Benda macam ni biasalah kan. Macam zaman kecik dulu, nak beli kereta Tamiya, tapi tak mampu. Sekarang bila mampu, tak pandang dah.
Sejak tahun lepas dan kebelakangan ni, banyak dengar khabar angin. Mula-mula tentang Yamaha 135LC 5 Speed. Sekarang sudah pun betul-betul keluar. Lepas tu Honda CBR 250R. Juga sudah keluar. Hebat betul peminat motosikal Malaysia untuk mengagak apakah motor baru yang akan keluar. Hehe.
Dan sekarang, sebenarnya dah agak lama. Ura-ura bahawa KTM Duke 125/200 akan dibawa masuk ke Malaysia. Mula-mula ada yang kata awal tahun 2011 keluar tapi sampai sekarang senyap. Di luar negara, KTM Duke 125 sudah lama di pasaran. Dan sekarang, isu ini kembali panas di forum-forum dan blog permotoran tempatan. Harapnya ia menjadi kenyataan seperti Yamaha 135LC 5 Speed dan Honda CBR250r :) :)
Apa yang best tentang motor KTM Duke 125/200 ni? Aku sendiri tak boleh nak kata sebab motor tak keluar lagi dan belum lihat depan mata ataupun test drive sendiri. Tapi tengok gambar, boleh aku katakan motor ni macam best buat meleper. Hehe... Model KTM Duke 125 luar negara sahaja dilengkapi dengan tayar saiz 110/70f dan 150/60r. Mau cecah lutut. Hehe.
Harga dijangka untuk KTM Duke 200 Malaysia ni ialah RM15k-18k. Apapun, kita nantikan dengan penuh kesaboran. Untuk review model KTM Duke 125 luar negara, boleh baca di sini.
Okeh, cerita lain. Semester ni lama dah aku tak riding. Kalau dulu hampir setiap minggu riding. Mungkin disebabkan semester ini sibuk dengan praktikum. Tapi minggu lepas aku sempat la ride dengan member. Gian woo tak ride. Akhirnya dapat jugak layan Fraser-KKB-Batang Kali-Genting Highland-Bukit Tinggi(tawaf 2x). Hehe... Layan dari pagi sampai petang. Petang tu OTW balik join majlis berbuka puasa dengan geng LCCR. Korang memang sempoi la. Peace!
Bukit Tinggi. FYI, route yang ditutup tu sudah dibuka. Apa lagi kaki Bukit Tinggi, kasik layan la hujung minggu ni. Hehe...
Genting Highland
OTW ke puncak Genting Highland
Fraser Hill-KKB
Comments
секс знакомства в городе находка
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.
Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
----==--Salam Aidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat
buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
masalah ignition motorsikal tak hidup
dngar cite, kalau ktm duke 690, spocket sje dh rm800 for 1set..btol ke?