Life So Hard~
*Sekadar tulisan untuk membuang perasaan mendung dalam hati jauh-jauh...... Tak perlu ambil serius, kerana ianya sekadar proses mengasingkan perasaan negatif yang bersarang di hati*
..................................................................................................
Kita selalu mendengar ungkapan "Tak semestinya yang kita inginkan kita akan dapat". Dan "Tak semestinya apa yang kita minat kita sentiasa perolehi".
Aku selalu termenung sambil berfikir, boleh tak kalau aku keluar daripada kehidupan yang aku alami sekarang ini. Biarlah kita tak dapat apa yang kita nak, tapi kita boleh keluar daripada kehidupan yang kita tidak mahukan.
Tapi aku tahu, untuk keluar daripada kehidupan sekarang bukanlah semudah mengatakannya. Aku rasa hampir mustahil untuk aku kuatkan diri untuk keluar daripada kehidupan sekarang. Ramai yang memberi kata semangat "Ala, tinggal lagi setahun sahaja kan. Lagipun kau dah bertahan selama 4 tahun".
Sekarang ini, masalahnya bukan lagi tinggal setahun dua belajar, masalah aku sekarang ialah menghadapi kehidupan yang aku tidak minat, kehidupan yang aku rasa aku terpaksa 'cover' dan jaga perlakuan diri, kehidupan yang susah untuk membuatkan aku tersenyum, dan kehidupan yang membuatkan aku sentiasa rasa nak keluar daripadanya!
Sekarang, bila bangun pagi terasa berat gila. Terasa berat untuk menghadapi hari siang. Sebelum bangun, terduduk dahulu mencari kekuatan dalaman untuk meneruskan hari mendatang. Lemah. Terasa begitu berat untuk memikul tanggungjawab meneruskan kehidupan seharian.
Kadang-kadang aku cuba menjadi orang yang jenis tak kisah atau tidak peduli terhadap apa yang berlaku dan akan berlaku pada diri sendiri. Pensyarah nak marah? Peduli la. Orang atasan nak maki? Lantaklah. Orang sekeliling nak arah itu ini? Aku buat tak kisah. Menjadi seperti ini memang menjadikan kehidupan lebih tenang dan rileks. Tak perlu terlalu memikirkan perasaan orang lain terhadap kita. Biarlah kita jaga dahulu perasaan kita sebelum menjaga perasaan orang lain. Sentiasa cool beb.
Apapun, aku mengharap agar kehidupan aku pada masa akan datang lebih memberi makna dan kebahagiaan. Amin...
Comments
Artikel terbaru:
Menghasilkan Pendapatan Dengan Blog Dan Apakah Sumber Pendapatan
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip bersihkan lining roof kereta
aDE SEBABNYERR KITA RAK DAPAT....MUNGKIN ADA KEBAIKAN ATAS SESUATU KEJADIAN