"Meleper" di Cameron Highland.
Eleh! Jakun giler dengan pokok teh. Hak3! Haha. Cuti minggu ni memang dipenuhi dengan aktiviti melancong. Sabtu lepas pergi tengok gajah, Ahad pulak konvoi pergi Cameron Highland. Fuh! Minggu depan PBS bersama member di rumah kampung aku. Peh! Memang berjela-jela lah aktiviti keriangan aku. Hehe. Ni kira balas balik la sebab masa bulan satu asyik kuliah memanjang sampai tension. Berbalik kepada cerita Cameron Highland, ni kali kedua aku pergi. Dulu masa rombongan sekolah, kali ni konvoi pula. Dia punya tahap best tuh, peh! Memang terbaik lah. Bermula pada jam 7.30 pagi. Macam biasa mula-mula slow, dah masuk jalan berbukit dan berselekoh masing-masing mula menyetankan motor. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Cameron Highland memang cantik. Sejuk jek. Tapi malangnya di pertengahan jalan, kami terpaksa melalui jalan tidak berturap kerana belum siap. Ceh! Potong feel betul. Jalan tiada kenderaan lain jadi kami buat jalan tu macam kami punya jalan. Haha. Syok! Gambar sepanjang perjalanan...