Bila Lapar.


Bila lapar, kena makan. Bila makan, kena bayar. Bila bayar, duit keluar. Duit keluar, simpanan makin sikit. Simpanan makin sikit, emosi jadi sakit. Huh!

Aku nak tanya korang, sehari berapa kali makan? Sehari habis berapa ringgit untuk makan? Aku semenjak masuk IPG ni, selalu rasa lapar. Nak makan jek kerjanya. Pagi makan, tengah hari makan, pukul 2.00 petang makan, pukul 5.00 petang makan lepas tu makan malam kemudian kunyah coklat/cekedis malam-malam buta. Kalau aku lapar mesti kena makan kalau tak mood asyik macam nak ngamuk. Hahaha..

Disebabkan aku kuat makan, setiap hari aku habis diantara RM10.00- 15.00 hanya untuk makan! Wow! Macam orang obesiti bunyinya. Ditambah lagi keadaan di mana makanan kat Kuala Lipis mahal. Mana tahan kan tiap-tiap hari duit habis banyak untuk makan. Aku makan bukan sebab nafsu semata-mata, tapi perut lapar sangat. Hurmm... Kalaulah sepinggan nasi+lauk hanya RM2.00, air RM0.50 dan roti RM0.20, mesti sehari tak sampai RM10 habis. Haha.. Itu 20 tahun dulu dapatlah.

Jom tengok jadual perbelanjaan makan untuk sehari aku:

Makan tengah hari + air = RM5.50

Pukul 2 petang (roti) = RM1.00 – 3.00

Pukul 5 petang (snek) = RM1.50 – 3.00

Makan malam + air = RM6.00-7.50

Supper = RM1.50

Jumlah = RM15++ X 30 = RM450!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Harga di atas adalah purata. Tu tak termasuk sarapan sebab aku memang sarapan dengan air masak. Haha... Kalau aku jenis sarapan nasi lemak, roti canai dan teh tarik, mahu jejak sehari RM20.

Sebenarnya nak jimat boleh, tapi bila lapar komfem emosi tak stabil. Tu masalahnya. Jadi aku nak minta pendapat korang, macam mana nak jadikan perbelanjaan aku lebih saving?

Teringat dulu zaman duduk di asrama sekolah, yuran makan untuk sebulan hanya RM30 sahaja. Walhal sehari pelajar asrama diberi makan 5-6 kali sehari. Kenyang! Huhu... Masa tu kerajaan support habis makanan kami. Kalau duduk IPG masih macam tu, komfem elaun aku tak habis. Eh, habis gak tapi habis buat bikin motor. Hahaha...!

Comments

Fiffy Hazirah said…
aku ni pun jenis yang entah berapa la aku spend sehari utk makan. kadang2 try nak jimat, tp parents aku cakap xyah la nak jimat kalau nak makan, jimat benda lain xkisah. tp bab2 makanan jangan lah nak control. so aku x control. wakakaa


tp mcm membazir pn makan ada gak la. makan, pastu keluar taik. berat aku still 42 kg dari dulu. adoii
Nadiene said…
aku lagi la bro... mkn kt sini mahal2...

dah la aku mcm ko, kena mkn... hmmm
ayisy said…
Fiffy, Huhu.. Keluar taik ekk? Kih3!
Tp kalau tak makan mesti lapar. Takpun badan lemah. Emosi tak stabil Hurm...

Fid, Makan aku rasa yg murah kat tempat kita jek. Kat warong cikong tuh. Haha.. Nasi ayam+air=rm4.00!!!!
hans said…
owh sama lah dengan aku
duit pinjaman aku habis banyak sebab makan jer
hohoho
makan tengahari dengan malam pun paling kurang RM10 sehari
tu kena makan maggi atau masak sendiri juga tu

P/S : Milah Hot Tapi Aku Lagi Hot!
ayisy said…
Hans, Maggi pun mahal bro skrg. Hahaha.. RM4-5 gak. Tahan tak sampai seminggu. Huhu..
Anonymous said…
hi, aku dari Kuala Lipis, orang sana tak kata Lipis. Mereka bilang mereka orang Lepeh,

Sesekali balik juga, lalu dekat sekolah clifford, nampak sekolah lama kita.

Joha
http://kuala-lipis-pahang.blogspot.com/
ayisy said…
anonymous, Yup! Dialek sini panggil Lipis, Lepeh.

Sekolah Clifford boleh dilihat dgn jelas dari Rumah Rehat Residen, atas bukit tu. Huhu..
fiD said…
makan tempe jimat ckit, heee
Along Fina said…
lame jugak tak makan tempe... heheh...

ayisy, ko tak leh tahan lapar?? abis tu kalau bulan pose nnti cmne??
ayisy said…
Fina, Hahaha.. Aku baru sehari dua ni makan tempe.. :P

Kalau puasa dia tak rasa lapar sgt mcm hari2 biasa. Hehehe...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...