3 Tahun Sudah Berlalu Meninggalkan Alam Persekolahan...

Ni gambar 5 tahun lalu. Kecik lagi. :P

Hampir 3 tahun berlalu. Rasanya seperti baru semalam meninggalkan alam persekolahan. Tak sangka dah 3 tahun berlalu. Aku pula semakin lama semakin jauh meninggalkan kehidupan dulu-dulu, semakin jauh meninggalkan rakan-rakan persekolahan (tapi tetap dekat di hati). Huhu. Masuk IPG terus berubah hidup aku.

3 tahun yang berlalu, apa yang korang buat? Bila aku kenang balik daripada zaman aku mula masuk IPG sampailah sekarang rasanya macam-macam perkara aku lalui. Daripada zaman terkial-kial membiasakan diri di tempat orang sampailah zaman yang aku rasa sekarang Malaysia punyalah kecik untuk dijelajahi. Rasa macam dah besar padahal perjalanan hidup masih jauh.

Sekarang ni kat Facebook aku musim upload gambar lama-lama masa sekolah. Bila tengok muka sendiri dan kawan-kawan, rasa macam tak nak ngaku jek. Hak3! Muka masing-masing skema dan budak-budak. Masih terngiang-ngiang lagi suara member-member, cikgu-cikgu dalam kepala otak aku. Untuk lepaskan kerinduan, berjam aku tengok Facebook layan gambar member, cikgu dan sekolah. Perkembangan diri diaorang pun aku ikut. Haha. Facebook ni bagi aku dasyat gak lah sebab kebanyakan orang ada tak kita kecil, besar, tua dan muda.

Lagi 2 tahun aku akan menempuh alam pekerjaan. Tak boleh bayangkan macam mana nanti kehidupan aku masa tu. Rasanya macam berat nak tinggalkan kehidupan zaman muda. Yelah, dah pergi sekolah nanti takkan nak asyik lepak-lepak dengan member, dressing-dressing, rempit sana-sini, jalan-jalan dan haruk. Dah tak sesuai kot masa tu. Hurmm.... Adakah perlu berubah? Hahaha.

Dah lama tak turun Johor ni. Aku nak balik weh. Aduii... Sebulan lagi baru aku dapat balik. Ikutkan hati mahu jek hari minggu aku rempit balik tapi rasa macam tak berbaloi. Tak apalah, sebulan bukan lama sangat pun. Batu Pahat! Aku cabar kau! Muahahaha!


Ni gambar 2 setengah tahun lalu. Masa awal di IPGM. Muka lain dah sekarang. Hehe.

Ni pulak gambar sekarang. Hihi.

Ok, gambar pakai baju merah di bawah ni gambar masa aku ride ke Fraser Hill 1 Mei lepas. Malas nak tulis entry aku masukkan dalam entry ni jek. Huhu. Papepun, ride 1 Mei lepas merupakan antara ride terbaik pernah aku buat. Thanks kepada semua rakan-rakan yang terlibat. Ada masa kita berjumpa lagi. Sekian entry yang ditulis mengikut kata hati dan tanpa sebarang perancangan. Huhu. Bye!

Comments

duniajam said…
Baca artikel ko ni terus aku terasa tua. Dah 13 tahun aku tinggal alam persekolahan. Tiada langsung pengalaman buruk melainkan manis belaka walau pada waktu tu terasa perit.... bila ingat balik.... semua itu sebenarnya menjadikan siapa diri kita sekarang....
eiymnajmie said…
jd org lepeh dohla...
ayisy said…
duniajam, Kenangan sekolah walaupun pahit ttp jadi pengalaman manis. Huhu... Kenangan ketika sekolah merupakan kenangan paling indah untuk dikenang. :)

zumiela7, hoho.. dah 3 tahun duduk Lipis ni. :)
Admin said…
maken encem =P
ayisy said…
ahsfantasy, hehehe.. :P

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...