Malang Tidak Berbau. Kalau Berbau Pun Tak Sempat Tutup Hidung.
Semester ni, boleh aku katakan semester malang buat aku dan rakan-rakan. Lapan orang termasuk aku telah mengalami kemalangan jalan raya pada waktu berlainan. Alhamdulillah, kami semua selamat daripada cedera parah ataupun kritikal. Walaupun ada beberapa kawan aku yang motornya agak teruk tapi yang penting badan selamat. Patah fork takper bro jangan patah kaki. Huhu..
Malang tidak berbau. Dan kita tak boleh jangka. Kadang-kadang kita dah bawak elok-elok pun tapi kalau nak eksiden, eksiden gak. Apapun, langkah keselamatan perlu diambil kira lagi-lagi penunggang motosikal. Alhamdulillah, semasa kemalangan berlaku aku pakai helmet berkualiti, glove tangan, kasut highcut, sweater dan seluar jeans. Kawan-kawan aku pun gitu gak. Aku rasa kalau aku cuma pakai t-shirt, seluar track, selipar dengan helmet buruk entah-entah dah kat hospital agaknya. Huhu..
Korang semua janganlah sayang duit beli safety gear. Walaupun kemalangan tak boleh nak dielak, sekurang-kurangnya kecederaan dapat dikurangkan. Berhati-hati semasa menunggang ketika hujan. Punca aku eksiden brek tak makan masa hujan. Terus tergolek. Huh!
Oklah, kepada semua geng rider hati-hatilah menunggang yer. Kalau hujan janganlah gatal-gatal nak pergi meleper kat Fraser ke, Cameron ke, Genting ke... Masa hujan lebih baik tidur kat bilik. Selamat pun selamat. Hehehe..
*berita terbaru, rakan aku eksiden di jalan Cameron Highland. Nasib baik takder paper. Harap lepas ni tidak ada lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Peace!
Comments
tiba2 moto xdapat kawal
nasib xjatuh
pengalaman tu...
Cakap pasal eksiden dengan moto... aku rasa dah banyak kali sangat dah pengalaman... rasanya cukuplah dengan pengalaman dulu... aku takmau dah apa2 pegalaman tambahan lagi pasni.... moga2 Allah sentiasa lindungi aku....
hans, bawak motor elok2 bro. lagi2 time hujan lg la bahaya. huhu..
eila, Yup! pengalaman yg pahit. Nasib baik ok lagi. :)
duniajam, Yup! Mtor bleh repair, tp kalau badan walaupun dah repair mst lain rasanya. Lepas jek eksiden hari tu terus aku tak boleh bawa laju2. Rasa tak selamat jek. Hehe... Kalau tak eksiden, makin nak laju jek. :)
time tu nak belok sebab roundbout
tiba2 moto aku hilang kawalan
cuak gila aku
nasib tak jatuh
hans, syukur kau tak jatuh. Kadang2 mtor kita ni buat hal, tak semena-mena hilang kawalan. Mcm aku jatuh hari tulah, brek terus hilang kawalan. Huhu..
alhamdulillah sume xde pape.
hati2 k.
be4 nk strt merempit tuh bc bismillah n ayt kursi k.
moga sume nye jln lncr.
:)
Tapi sejak cecah koner cecah lutut dua2 belah kaki... siap jadi superman lagi... ekekeke... aku dah kecut perut dengan koner. Moto sport pun dah bertukar jadi street bike.... Slow & steady je. Sekarang dah jual moto tu... pakai skuter je. Wah, wah, wah....
Selagi tak kena, kita tak beringat. Bila dah kena... barulah beringat. Biasalah dulu... darah muda....
Tapi layan koner sampai sagat futress biasalah. Tengok tayar melecet terasa puas. :)
Skrg lepas eksiden, masih trauma lg nak main korner2 ni. Hehe..
Bila ingat balik. Kenangan manis betul waktu tu. Tp bab jatuh moto tu kenangan pahit la. Wakakaka...
Layan koner kat jalan raya langsung tak berbaloi. Tak jadi apa2, takpa. Kalau jadi sekali, parahnya kita. Dulu aku tak pikir pun hal ni. Pikir seronok je. Lepas 'kena' (last time), aku terus serik. Masa tu paling teruk aku 'kena'. Sebelum ni tak serik lagi. Lepas tu, nmpak koner terus cuak. Slow je.
Pengalaman kawan aku, layan koner kat Tasik Banding. Pergi 4 orang.... balik cuma dia sorang. Lg 3 eksiden. Gambo eksiden diorang pun aku tengok. Keseronokan yg dicari... tp yg jumpa lain pula. Tak berbaloi... Paling menakutkan & insaf bila mana sorang, sorang org yg aku kenal meninggal angkara layan koner. Kebanyakannya bukan calang2 orang. Doktor, bisnes man, doktor pakar.... Bagi aku tak berbaloi kita bergadai nyawa untuk keseronokan yg hanya beberapa minit....
malang xberbau!...
so..hati2 yerkk...ujan lebat jgn la bw moto laju2!
lagi2 kalo mlm..he3..
da xnk meleper ke cameron..fraser da ke?..hik3...
btw..bw JMB lg ke lik mktb nnt?
Sekarang ni nak travel plak. Mksudnya jalan2 dengan motor ke tempat org. JMB masih akan dibawa ke IPG. HUhu..