Bangun Daripada Kesedihan... Yeh!
Well, aku dah lari daripada perasaan down sejak pagi tadi. Terima kasih aku ucapkan kepada semua rakan blogger kerana sudi memberikan kata-kata nasihat yang begitu membantu mengembalikan semangat aku untuk bangkit semula. Ingat, setiap kritikan yang dilepaskan kepada diri kita sebenarnya harus kita jadikan pembakar semangat untuk terus berusaha dan perbetulkan segala kesilapan yang kita lakukan waktu lepas. Anggap semua kritikan itu positif walaupun sesetengah kritikan itu hanyalah kritikan yang dipenuhi kata-kata kurang sopan dan kurang membina. Eh? Ada ke kritikan kurang membina?
Semasa aku tulis entry ni, aku baru balik daripada keluar beli roti dan topup kat Pekan Kuala Lipis. Rempit dari IPGM dalam keadaan hujan renyai-renyai tapi tetap naik 90kmj. Bahaya! Tapi itulah, orang tua nasihat tak nak dengar. Aku memang camtu, selagi tak kena pada diri sendiri selagi tu tak nak dengar nasihat. On the way balik daripada Pekan Kuala Lipis, ada satu kemalangan baru berlaku. Uiks! Tak sampai 10 minit aku lalu jalan tu tadi dah ada orang eksiden. Sebuah kereta melanggar penghadang jalan di tepi selekoh. Sumpah taubat lepas blah jek dari lokasi eksiden tu, aku rempit 40-50kmj jek. Skema rama aku bawak motor. Heh! Jika aku rempit lagi waktu hujan, adakah aku masih membawa motor pada kelajuan 40kmj? Susah nak jawab. Hehee...
Gambar hiasan jek.. :P
Pengajaran yang aku dapat, bawaklah motor slow-slow sewaktu hujan renyai turun. Kalau hujan baru nak turun? Pecut habis-habis supaya selamat sampai ke tempat berteduh. Hihi... Siang tadi aku dan member seperjuangan rempit ke Lata Meraung. Memang cun tempat tu. Esok lusa aku cerita kat blog ni. Nak cerita sekarang gambar tak sempat ambik daripada kawan-kawan.
Akhir sekali, masa aku tengah edit nak post entry ni, aku baru habis siapkan workgroup untuk Bahan Bantu Mengajar Literasi Bahasa. Fuh! Siap jugak untuk alat kad selak. Esok alat kedua roda impian plak menyusul. Isnin ni kalau tak jadi perbentangan untuk alat ni, siap! Hehehe.. Gurau jek encik pensyarah yek. Jangan potong markah sahsiah sudah… :P
*aku nak mintak maaf la kalau aku menjeng sangat dalam entry yang lepas tu. Tapi cikgu aku cakap kalau rasa sedih kita kena luahkan kepada kawan kita atau tulis jek kat mana-mana supaya perasaan sedih tu tak menguasai kita dan semakin berkurangan. Peace!
*rempit bukan bermaksud merempit tetapi membawa maksud jalan-jalan atau menunggang motosikal. Heh!
*update: segala isi entry ni merupakan perjalanan hidup aku daripada pukul 8.30 malam hingga 12.00 tgh malam, 1/8/2009
Comments
cean die xnpak muke ambik gmba,,
hehe..
takpe..
x salah nak beremosi..
luahkan je la kan..
kita kan negara demokrasi..
kite bebas bersuara..
p/s bro, lu minat bola ke..gua nk cari peminat MU..gua dh nk naik demam nie...EPL dh nk start..
suke hati bile tgk Ayisy gembire..
teruskan..
;)