Sebuah Blog Dan Kehidupan Aku Di Kuala Lipis
Untuk pengetahuan korang, antara entry dalam blog ni yang boleh dijadikan kayu pengukur tahap mula keseriusan aku berblog adalah entry bertajuk Hari Paling Ngeri: Pembedahan Gusi. Itupun selepas aku berasa keboringan tahap melampau apabila surf internet. Jadi, why not to serius ketika berblog. Dapat update blog seminggu sekali kira ok lah kan. Nak cerita apa tak kisahlah janji tak melampaui batas. Nak lagi best blog korang tulislah entry yang boleh dijadikan iktibar kepada pembaca, jangan jadi macam aku, tulis sesuka hati tanpa berfikir adakah entry aku ada pengajarannya. Heh!
Bila tengok kat blog aku ni, aku baru perasan belum pernah tulis tentang tempat tinggal aku sekarang. Kalau ada pun tak berapa spesifik. Entry bertajuk 'Kuala Lipis Sudah Dua Tahun Bersama Kau' pun aku tak banyak cerita tentang Kuala Lipis. Jadi, buat pengetahuan korang, aku dilahirkan di sebuah negeri di selatan tanah air. Berjiran dengan sebuah negara bekas jajahan takhluk kerajaan Temasik. Chewah! Ayat berbelit-belit plak. Lepas tamat SPM, aku melarikan diri ke sebuah daerah di negeri Pahang iaitu Kuala Lipis . Melarikan diri daripada keluarga akibat hati terdesak untuk melanjutkan pelajaran. Opps! Melarikan diri maksud aku ialah berhijrah. Heh! Kuala Lipis! Aku cabar kau! Yaah! Sebuah daerah yang begitu asing bagi aku. Di mana Kuala Lipis? Ingat lagi masa aku pertama kali dapat tawaran melanjutkan pelajaran di IPGM KTAA, Kuala Lipis Pahang. Mati-mati aku ingat Kuala Lipis tu area-area Kuantan. Mesti best kan duduk Kuantan? Heee...
Ahah! Hampir setiap hari aku mengempeng di bulatan ini! Hak3! Tahu ke mengempeng? Layan corner baring yer...!
Lepas check kat peta, what the shame??? Kuala Lipis, sebuah daerah yang terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia, dikelilingi hutan tebal dan yang paling cun, inilah daerah kelahiran penyanyi lagu Cindai, Siti Nurhaliza. Wow! Bagi aku, tinggal di sebuah pekan kecil ada baik dan buruknya. So, meh aku cerita apa yang best dan apa yang sucks kalau duduk kat Kuala Lipis ni mengikut pengalaman aku.
Peminat Datuk Siti Nurhaliza jangan cemburu tengok aku bergambar di hadapan rumahnya! Hihi... Tengok aku tu, bukan main lagi...
Yang Best!
- Kurang kenderaan di jalan raya, jadi boleh rempit puas-puas. Hahaha…
- Hutan tebal, udara nyaman dan pagi-pagi ada kabus, Baik untuk kesihatan korang.
- Banyak tempat best untuk dijelajahi. Air terjun, lata, jeram dan gua. Naik motor jek pun korang boleh sampai beb. Kalau kat Batu Pahat, boleh ke brader?
- Jalan selekoh maut. Syok layan woo… Kalau eksiden syok jugak ke Ayisy?
- Selalu ada karnival. Heh! Boleh shopping dan lepakz.
- Ada Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan yang dihuni oleh bakal guru yang comel-comel. :P
- Ada aku kot. Sumpah muntah kalau baca.
Malam di Pasar Malam Kuala Lipis
Yang Sucks!
- Makanan of coz sangat murah dan amat menyelerakan. Kat Jerantut lagi murah ikan sekor rm8 dan ayam seketul rm4-5. Thanks makcik dan pakcik tokey kedai makan tu…!
- Amat membosankan, takder benda yang happening. Paling-paling bukaklah satu mall cam Carrefour ke, Tesco ke takpun Giant. Pale hotak ko Ayisy nak bukak mall camtu. Bankrup la kedai-kedai kat Pekan Kuala Lipis tu. Heee…
- Barang sangat mudah didapati dan banyak pilihan dengan harga yang sangat-sangat berpatutan... :P
- Sunyi….
Malam di Pasar Malam Kuala Lipis. Kompom orang K.Lipis gelak bila tengok aku ambik gambar ni sorang-sorang.
Apepun dan dimana pun kita tinggal, kita mesti hormati dan jaga tingkah laku kita bila berada di tempat orang. Manakala penduduk setempat pula juga perlu hormat dan janganlah berlagak hebat bila itu tempat kau dan tempat orang-orang kau tinggal. Tak rugi kalau kita saling berkenal-kenalan dan berkongsi budaya yang sudah tentu berbeza dengan budaya tempat kita. Peace!
Yang baru 1st time tengok gambar ni jangan jakun sangat yer, aku dah bosan tengok tiap-tiap hari. Heee...
Dan akhir sekali, segala yang sucks tentang Kuala Lipis sebenarnya mengajar aku erti ketabahan hidup dan mungkin akan membantu aku semasa melalui liku-liku kehidupan sebagai seorang guru di sekolah nanti. Mana tahu takdir aku dihantar ke pedalaman, jadi taklah mati kutu sangat sebab dah biasa duk kawasan pedalaman macam Kuala Lipis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hehe...
*Aiseyman, bila la nak update cerita pasal merempit ke Lata Meraung Sabtu Lepas. Huh!
Comments
+ + bile pose macho dpn umah DSN
T_T jeloushnyeee~
kikiki.
jd sye trus skip kat cmnt.
oke x?
Upps! Sory klu panjang sangat. Pasni aku tulis pendek2 jek. Huhuhu... Orait...!
uum lebih kurang kuala lipis...
yeah!!!
best pe pekan kecil..
kalau rasa2 nak pi bandaraya pegi je la kejab..
erm.kalau hari2 layan jem jalan kat bandar besar x sah bro..
x best langsung..
selamt mejalani hdp di Kuala Lipis...
Get More Details