Hantu... Percayakah Anda? -18SG-

Gambar yang diambil oleh sahabat kepada sahabat aku.

Assalamualaikum. Sebelum aku membuatkan hati korang terpelocot, apa kata korang rilex, selawat banyak-banyak dan doa. Korang percaya dengan hantu? Kalau sebut pasal hantu, kita perlu berbalik kepada agama. Jin dan Syaitan memang wujud. Sebelum ni, aku selalu tengok gambar atau video pasal hantu di tv atau internet sahaja. Kadang-kadang, sukar untuk percaya dengan benda tersebut. Maklumlah, zaman sekarang macam-macam alat boleh kita guna (Adobe Fhotoshop, MovieMaker) untuk edit gambar supaya keluar hantu. Kalau yang menipu untuk keuntungan semata-mata aku harap taubatlah segera. Benda camni tak elok dibuat main-main ye tak. Kang jumpa betul-betul sampai pengsan dan demam H1N1 tak pasal-pasal. Naya jek.

Oklah, beberapa minggu yang lepas, ada sorang member aku tunjuk satu gambar yang ada hantu. Gambar tersebut diambil oleh sahabat beliau menggunakan kamera sendiri. Jadi, nak percaya atau tidak itu aku tak tahu la. Kalau gambar tersebut betul...banyak-banyaklah berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari segala keburukan dan kejahatan. Amin...

*korang boleh klik pada gambar untuk besarkannya. Cuba tengok bahagian belakang kiri budak tu. Kat hujung, nampak tak ada lembaga perempuan warna putih.
**sebarang pendapat tentang gambar ni aku alukan. Mana tau gambar ni scam jek.. :)

Comments

Admin said…
Salam bro,
minta maaf la kalau aku katakan yang gambar ni penuh dengan reflek dan biasan cahaya. Dan bila aku perhati dan amati (siap besarkan gambar lagi ctrl+scroll) aku boleh katakan itu cuma biasan atau pantulan cahaya sahaja. Gambar agak teruk dan banyak noise. Itu cuma pendapat aku..
fsha said…
aritu my cousin pun ade tnjuk gmbr ni gune phone, npk real kot. tp xtau la tu btol ke x or just biasan cahaya.
edan coba said…
yess!!!
edan nmpak!!!
sayup jauh tuuu.....
pape pon dia pon tingin gak nk begambarkn?!
hehehe...
:)
nurulyena said…
ayisy. nmpak lah. eyy. takot nye.!!!
pelangi hafyza said…
ish3..
ni mesti nk takotkn org kn??
huhu
nora said…
ohh..
nyah x kuasa nak perhati..
kan dy senyum..haru nyah
berkebok lari anak..
ballpenmerah said…
creepy...
gilo ah...
Anonymous said…
salam!!

gua ngak berani nk besaq2 kan gambar tu..baru jep kt sekola td der dak kena histeria bb kes yg camni gak..
uih..meremang bulu tengkok
ayisy said…
Eheh! Korang jangan percaya sgt. Aku pun 50-50 jek nak percaya. Andai kata betul ada hantu dlm gambar tu, anggap la tu Jin atau Syaitan yg nak menakutkan kita sbg manusia. :)Jgn terlalu takut dgn benda mcm ni. Terlalu berani pun tak baik jugak. Peace!
Admin said…
aiseh pblisiti mrahan btolla antu tu!! cean die, xsmpat nk trbang lg dkt ngn kmera, ahaks!
Aku rasa cam jadi bengong je klu percaya benda alah ni..,Ni aku rasa bukan biasan cahaya.,tapi photo editing..,

Aku penah kene kacau ngan hantu.,aku penah rsa perasaan takut takut tahap extreme.,tapi aku cuba jadi berani bila aku berhadapan dengan diaorg walaupun takut smpi rasa nak pengsan.,

sebab aku tahu

Darjat aku seorang manusia

lagi tinggi dari diaorg..
Admin said…
Hurm, rajin jugak orang yang buat editing ni erk? Sampai sekecil2 tu pun dia sanggup buat. Haha, akalu aku dah malas dah..nak kene zoom la, ape la...tapi kalau bukan biasan cahaya mungkin la benda2 kat situ yang seakan-akan rupa...Aku bukan xnak mengaku gambar tu betul, cuma terlalu banyak penipuan melalui gambar ni. So, faham2 la...aku pun ada buat gambar hantu intai melalui tingkap...nak tengok?? hahaha
CZ's thinking. said…
nampak macam real je tapi ntah la..bagi pendapat aku la..benda-benda ghaib memang wujud kat dunia kita nie..cuma bentuk dan keadaan yang macam ner kita tak tau..tapi bagi gambar nie aku 50-50 la..antara caya ngan x la..sebab byk kemungkinan yang boleh jadi dengan benda yang serba canggih zaman skrg nie..mgkin sebab biasan chy or sbgnya..cy krg ckp tahyul lak..huhu
ayisy said…
banyak gambar2 macam ni scam jek. Tapi kalau gambar ni dibuat pada zaman dulu-dulu, komputer takder lagi, kompom meletop! Zaman sekarang orang tak heran dah. Hehehe..
kakna said…
tgh sorng2 tibe2 rase takut..
nnt je la tgk..
misz athiqah said…
jangan main2 maa...
nie isu sensitif lagi mnakutkan...
ayisy said…
Hehehe... Takder niat pun utk menakotkan korang... Sory...

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...