Posts

"Meleper" di Cameron Highland.

Image
Eleh! Jakun giler dengan pokok teh. Hak3! Haha. Cuti minggu ni memang dipenuhi dengan aktiviti melancong. Sabtu lepas pergi tengok gajah, Ahad pulak konvoi pergi Cameron Highland. Fuh! Minggu depan PBS bersama member di rumah kampung aku. Peh! Memang berjela-jela lah aktiviti keriangan aku. Hehe. Ni kira balas balik la sebab masa bulan satu asyik kuliah memanjang sampai tension. Berbalik kepada cerita Cameron Highland, ni kali kedua aku pergi. Dulu masa rombongan sekolah, kali ni konvoi pula. Dia punya tahap best tuh, peh! Memang terbaik lah. Bermula pada jam 7.30 pagi. Macam biasa mula-mula slow, dah masuk jalan berbukit dan berselekoh masing-masing mula menyetankan motor. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Cameron Highland memang cantik. Sejuk jek. Tapi malangnya di pertengahan jalan, kami terpaksa melalui jalan tidak berturap kerana belum siap. Ceh! Potong feel betul. Jalan tiada kenderaan lain jadi kami buat jalan tu macam kami punya jalan. Haha. Syok! Gambar sepanjang perjalanan...

Jom Merempit Bersama Gajah!

Image
Tu dia! Masa mula-mula masuk. Huhu. Fuh! Dekat seminggu seh aku tak update blog. Berhabuk dan bersemut dah blog nih. Hehehe. Maklumlah, minggu ni asyik sibuk jek. Keduniaan betul. Hahaha. Tadi, aku bersama ahli Pengakap IPGKTAA pergi bercuti ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang. Pergi percuma jadi aku apa lagi layan! Siap naik bas Scania baru tuh. Ceh! Tu pun nak cerita. Ada apa kat tempat ni? Dah nama pun gajah mestilah ada gajah. Sorry la aku tak dapat bagitahu kat mana tempat ni sebab dalam perjalanan aku tidur jek. Bangun-bangun dah sampai. Balik pun sama. Hak3! Tapi mungkin area Bentong dan Raub Pahang. Nak pergi korang search jek kat internet "Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Jabatan PERHILITAN. Kuala Gandah, 28500 Lanchang". Lanchang tu kat mana ekk? Adeh! Sengal tul aku. Tu lah asyik tidur jek dalam bas. Kat dah tak dapat ilmu macam mana nak pergi ke tempat ni. Huhu. Besar giler tengkorak gajah! Sampai jek kat tempat ni, kami dibawa...

Konvoi Merentas 5 Negeri.

Image
Petronas Ayer Hitam, Johor. Jam 8.00 am. Puas, seronok dan mengasyikkan adalah perkataan yang boleh digambarkan semasa konvoi pulang ke IPGM semalam. Konvoi kali ketiga untuk tahun 2010 ini. Disertai oleh budak batch aku, junior dan senior dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Kedah. Perjalanan bermula dengan 3 orang termasuk aku dan memulakan perjalanan melalui Lebuh Raya PLUS Ayer Hitam, Johor. Pada awal perjalanan motor aku agak semput, nak cecah seratus pun payah. Mungkin belum panas lagi. Dah sampai Melaka baru boleh tekan 110-120 kmj. Tu pun kena cucuk motor member. Hak3! Motor stendet la katakan, nak wat camne. Berhenti rehat sambil menunggu rakan lain tiba. Sepanjang perjalanan aku nampak banyak polis kat tepi jalan. Mungkin untuk memantau keadaan lebuh raya yang dijangka sibuk sempena Raya Cina lepas. Sampai jek Simpang Ampat Melaka, aku terus berkumpul untuk tunggu member lain. Perjalanan diteruskan menuju Kuala Lumpur. Mula-mula slow tapi lama-lama boleh p...

Sekali Lagi Puaskan Nafsu Makan!

Image
Sebelum dibuka. Entry ini adalah entry saja-saja. Nak bagi meleleh air liur siapa yang tengah lapar. Hahaha. Tadi entah kenapa tiba-tiba aku rasa nak bantai Double Cheeseburger kat McD. Jadi aku beli dan bawa pulang. Mula-mula nak try drive thru tapi disebabkan aku hanya bawak Honda Jazz eh bukan, Honda EX5. Jadi beli kat kaunter jek lah. Huhu. Selepas dibuka. Aku suka burger. Siapa suka burger? Yeh! Kita geng! Huhu. Kalau kat kampus selalu aku bantai burger tepi jalan. Kalau kat rumah aku bermewah-mewah sikit sebab kat rumah makan free. Hihihi. Aku nak buat sedikit review pasal burger di McD. Paling aku suka adalah Double Cheeseburger. Nyum3! Kalau perut korang mempunyai ruang yang besar, boleh ambil Big Mac. Kalau tu pun tak mengenyangkan korang, baik korang makan check perut tu mana tahu ada cacing. Haaaa! Ayok! Tak tau! Kentang goreng. Hahahaha! Cute Burger! Rasanya? Emmm... Lembut, lemak dan sedap! Dia punya cheese.. Waduh! Gawat! Ora doyan? Hahaha. Ngomong jowo la pulak. Mungkin ...

Puaskan Nafsu Shopping dan Makan!

Image
Salam semua. Sekarang dah masuk setengah minggu kita cuti. Bagi aku cuti kali ni aku paling kurang berjalan-jalan. Hahaha. Duduk rumah jek. Paling jauh pun aku lepak Melaka. Mungkin aku dah bosan kot jalan-jalan area selatan Malaysia ni. Dan ditambah keadaan aku yang kurang sihat ni (selesema) jadi mood nak enjoy tu kurang. Tapi apapun, Rabu lepas aku pergi Melaka memang berbaloi lah. Puas jalan-jalan, shopping dan makan-makan. Banyak-banyak tempat shopping kat Melaka ni, paling best bagi aku adalah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Tempat ni satu tingkat lebih sikit jek. Tapi pilihan memang terbaik lah. Sejak tahun 2008 lagi kalau aku nak cari baju formal untuk kuliah dan majlis rasmi, aku akan cari di sini. Selain banyak pilihan dan kualiti terbaik, harganya memang murah kalau pandai cari. Semalam aku agak terkilan masa nak beli tali leher kat salah sebuah butik. Cutting dan style memang cun habis tapi sayang ia diperbuat daripada sutera. Aiseymen..harammmm! Hehehe. Seb...

Honda Cub Si Motor Klasik.

Image
Honda Cub. *sumber dari wikipedia. Siapa kat sini minat motor? Tak kisahlah motor kapcai ke, motor besar ke mahupun motor mainan. Kalau sebut Honda Cub aku rasa ramai atok-atok kat luar sana tahu. Haha. Budak-budak muda pun ramai yang minat. Honda Cub ada macam-macam jenis sampai aku sendri pun tak tahu semua. Antaranya ialah Honda C50, Honda C70 dan Honda C100. Honda Cub kau jangan main-main. Hari tu masa aku lepak kat Genting Sempah aku nampak sorang brader naik motor Honda Cub jenis apa aku tak pasti. Peh! Respek siyut! Honda Cub lalu highway yang berbukit. Hebat! Kalau motor korang kena tapau dengan Honda Cub baik masukkan tayar motor tu dalam lobang jamban jek lah. Hihihi. Haa.. Yang ni kepunyaan arwah atok aku. Kalau ada duit tak guna rasanya nak modi lah motor ni. Kasi airbrush mesti smart. Baru-baru ni aku usha website Honda dan terjumpa satu perkara yang begitu menarik perhatian aku. Satu projek bernama Love Cub 50 Project. Lebih daripada 60 buah motor Cub Honda yang tela...

Tisu Isotonik Revive!

Image
Ok. Sekarang aku berada di rumah. Rileks gak lah tapi kadang-kadang bila terfikir pasal kerja kursus dan kerja yang perlu disiapkan terus terbantut mood rileks aku. Huh! Takper Ayisy kau buat bodoh jek dengan keadaan itu. Lagi 3 minggu cuti lagi kan. Hahaha. Sebenarnya nak cerita satu menda nih. Disebabkan takder benda nak cerita jadi terhasillah cerita ni. Hehe. Semalam masa dalam perjalanan pulang, aku singgah jap lah kat stesen minyak area Sungai Besi. Tengah sedap lepak-lepak hilangkan sakit ^%^$^*, aku ternampak Revive tengah buat promotion. Tak tahu apa tu Revive? Ala Revive air isotonik tuh. Dia bagi air percuma secawan. Aku pun apa lagi rembat la secawan. Gulp-gulp habis secawan. Hahaha. Lepas jek habis minum air tuh tiba-tiba ada seorang pekerja Revive datang kat aku dan bagi tisu. Dia cakap "tisu" dengan senyuman yang amat mesra. Hihihi. Well, tisu yang dia bagi tu bukan tisu 20sen bai tapi tisu Revive! Ya! Tisu Revive! Haha. Saja bagi kepoh. Aku bukak jek...