Posts

Showing posts from 2012

5 Tahun 6 Bulan Yang Sudah Berlalu

Image
Orang kata, kalau kita tak suka kat tempat atau kehidupan di situ, nanti bila kita dah tak ada di situ, kita akan merinduinya. Orang kata jangan cakap tak suka, takut perkara sebaliknya berlaku. Akhirnya, 5 tahun 6  bulan itu berakhir. Berakhir satu fasa kehidupan aku di situ.  Jadi, apakah perasaannya bila ia berakhir? Pada mulanya, ketika minggu terakhir di sana aku mula rasa kesedihan. Hati dah mula tertanya-tanya adakah aku akan merindui kehidupan di sini? Sampaikan aku tunda perjalanan pulang sehari sebab rasa sedih dan mahu habiskan masa bersama kawan. Apabila sampai sahaja di rumah, selepas beberapa hari berlalu... Kesedihan itu seolah-olah terus terpadam dan hilang. Hahahaha. Bila jumpa sahaja rakan persekolahan, pergi ke tempat-tempat biasa lepak, tiada lagi istilah rindu ke tempat itu. Dan aku dah mula rasa.... inilah yang aku mahukan! Tersenyum dalam hati. Hidup aku umpama baru bangun daripada mimpi sedih yang panjang. Walaupun aku tahu bahawa m...

5 Tahun 6 Bulan Yang Akan Berlalu

Image
Entah. Pening. Bingung. Apakah. Perasaan Tak Menentu. Gembira. Sedih. Tak percaya. Lega. Takut. Berdebar. Syukur. Sebulan lagi. Semoga berjaya menamatkannya. InsyaAllah. Mohon dipermudah. Amin.

Cuti Hari Raya Aidilfitri 2012

Image
Raya 2011 Seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Entah apa pasal tahun ni aku rasa macam tak sabar nak raya. Padahal raya-raya 5 tahun sebelum ni aku rasa malas nak raya. Mungkin aku dah terlalu jauh daripada kehidupan asal aku. Belajar di tempat orang sedikit sebanyak lifestyle kita berubah. Sebenarnya, bagi aku berbeza macam mana pun kehidupan kita sekarang, pada Hari Raya Aidilfitri pasti kita seolah-olah dibawa ke masa lalu. Masa hari raya, aku akan terasa seperti kembali ke zaman kecil-kecil dulu. Suasana, persekitaran, perasaan dan memori masa kita kecil dahulu akan menerjah masuk. Yang bertahun-tahun kita lupakan akan kembali segar di ingatan. Bagi aku Hari Raya sangat special. Ianya beberapa hari untuk aku rasa kembali saat-saat yang dirindui. Hari untuk berjumpa insan-insan yang pada hari-hari biasa, tidak ada dalam ruang lingkup kehidupan kita. Hari untuk kita rasai suasana yang hampir sama semasa kita kecil. Bahkan inilah saat untuk kita menci...

Ilmu VS Material

Image
Selalunya, bila kita menghadapi sesuatu yang kita tidak suka dalam jangka masa yang lama, pada penghujungnya kita akan mula menerima. Menerima realiti dan menghadapinya. Namun, bila kita boleh menerima ia bukanlah petanda bahawa hidup kita tiada masalah. Masih ada jauh di sudut hati rasa kecewa yang sukar hilang. Semangat dan motivasi masih belum muncul. Ketika rakan sekeliling mula membina jati diri seorang guru, aku masih lagi mengekalkan 'lifestyle' sendiri. Masih lagi menolak beberapa perkara berkaitan perguruan. Masih lagi bermimpi yang aku bukanlah bakal seorang guru. Kadang-kadang kan, terfikir. Apa sebenarnya tujuan utama kita belajar? Mencari ilmu? Untuk masa depan? Untuk penghormatan? Adakah ilmu adalah satu-satunya jalan untuk memperbaiki diri? Kita sering disogokkan dengan falsafah yang menceritakan keluarga miskin mendidik anaknya supaya belajar rajin-rajin agar dapat mengubah nasib keluarga. Ilmu diangkat sebagai satu-satunya benda yang mampu mengub...

Pengalaman Dan Kebahagiaan

Image
26 Julai 2012. Kalau nak dibanding dengan tahun lepas, tahun 2012 antara tahun paling pantas masa berlalu. Tema untuk tahun 2012? Pengalaman dan kebahagiaan.  Bermula hujung bulan Januari 2012 sehinggalah minggu lepas, aku praktikum di sekolah orang asli. Tak pernah terfikir akan ditempatkan di situ. Malas banyak cerita, ianya happy ending. Boleh dijadikan satu pengalaman dan kelebihan yang mungkin tidak ada pada semua orang. Belajar untuk survive di perkampungan orang asli. Kemudahan terhad.  Dalam kehidupan yang penuh tekanan dan cabaran, kita akan semakin tabah menjalani kehidupan. Yang sukar menjadi mudah. Yang perit menjadi manis.  Ok, itu part untuk pengalaman. Terima kasih kepada pensyarah yang letak nama aku di sekolah orang asli. Terima kasih banyak-banyak. Sekarang dah nampak hikmahnya. Dan part untuk kebahagiaan? Ahahahaha! Nanti la cerita.

LOL!!!

Budak A : Aku suka Myvi la. Nak beli Myvi. Budak B : Baik beli Persona tak pun Swift dowh... Budak A : Myvi baru ni ok gak. Budak B : Baik beli Persona tak pun Swift dowh... Budak A : Aku ingat nak angkat Waja la. Budak B : Daripada Waja baik Persona je. Budak A : Nak beli Ninja 250r ke CBR 250r ekk... Budak B : Baik angkat KIPS. Sama laju jek. 250cc bike tak pergi mana pun. Budak A : Terbaik gak Preve ni. Budak B : Kalau aku baik angkat Vios. 70k gak. Budak A : Terbaik gak Inspira ni. Budak B : Kalau aku baik angkat Vios. Budak A : Nak beli 125zr lah. Budak B : Baik angkat LC. Tak ada 2t. Budak A : Pehh... Bazir seh kau beli XXX ni. Budak B : (@_@)...dalam hati (aku tak pakai duit kau pun) Budak A : setahun kemudian... (beli jugak XXX.) Budak A : Tak bagus kereta ni. Banyak problem. Bla3 Budak B : Kau pernah pakai kereta tu? Budak A : Tak... Budak Kapcai 1 : *pumpang2 kapcai pumpang2 kapcai...* Budak Kapcai 2 : *pumpang2 kapcai pumpang2 kapcai...* B...

Hidup Yang Bosan

Image
Zaman belum jumpa erti bosan Life semakin lama semakin membosankan. Semakin umur meningkat, semakin bosan. Ditambah lagi life praktikum yang sudah menjangkau dua bulan lebih. Perkara seronok yang selalu dilakukan pun terasa mula bosan. Tak ada mood. Event banyak tak terjoin sebab sibuk dan hati tak senang. Ditambah lagi bila member pun makin sibuk dengan life masing-masing. Yang study, yang kerja, yang sudah kahwin dan yang sudah ada makwe. Makin la sibuk. Nak jumpa pun semakin susah. Masa sekolah rendah, setiap hari berjumpa dan bermain. Sekolah menengah, setiap hari berjumpa dan sekali sekala bermain. Sekarang, dalam satu semester entah berapa kali sahaja jumpa. Memang bosan. Gila bosan. Tak sabar nak habiskan praktikum. Harap bila habis study ni, life boleh kembali seperti 5-6 tahun lalu. Kalau boleh la walaupun sedikit.

Memori Yang Akan Dikenang

Image
Downhill Genting Highland. Pemandangan memang cun! Bulan 4..5..6..7..8..9..10..11 Tambah tolak cuti apa semua tinggal dalam 7-8 bulan sahaja kaki dan tayar motor aku berada di sana. Sekarang, seminggu macam sehari. Sehari macam satu jam. Pantas berlalu. Mungkin terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan tentang life 5 tahun lebih di situ. Seperti yang pernah aku kata, life di sana adalah 360 darjah berbeza seperti yang aku idamkan, berbeza seperti yang aku bayangkan, berbeza persekitaran, berbeza budaya dan berbeza dengan life aku sebelum ini. Pada awalnya, memang terlalu sukar. Biasalah. Permulaan memang sukar. Bila sudah lama, ianya biasa. Dan kadang-kala ada yang menyeronokkan untuk dikenang. Walaupun secara keseluruhan life di sana memang "tak best". Hahaha. Tapi masih ada kenangan yang manis untuk dikenang dan dicerita. Cuma aku nak sentuh satu perkara yang menjadi kegilaan aku di sana. Yang tak pernah aku terfikir. Yang tak pernah aku bayangkan. Dan tak pernah ak...

Ughhhhh...!

Image
Sesukar manapun hidup, pasti ada ruang untuk kita rasa bahagia seketika :) Sedih... Murung... Oh.. Memang jem la sekarang ni. Dalam otak hanya fikir hujung minggu. Hujung minggu mesti balik. Kepala serabut tahap maksimum. Makan tak selera. Berat dah turun hampir 3kg. Urggghhh...! Lagi 2 bulan lagi praktikum. Lagi 2 bulan. Cepatlah masa berlalu... (@_@) Kali ini aku rasakan kehidupan paling sukar. Paling sukar. Terlalu sukar sehingga kadang-kadang termenung memikirkan jalan keluar. Tidur tak lena. Makanan sedap tak terasa sedap. Cerita kelakar terasa membosankan. Orang ketawa kita hanya mampu tersenyum. Kehidupan yang sukar sebenarnya mengajar kita. Mengajar kita supaya lebih kuat menghadapi kehidupan yang mendatang yang mungkin lebih sukar. Sekarang, hanya perlu bersabar dan tahan. Ikhlaskan hati menerima dugaan ini. Biarpun terasa senak di hati dan kepala. Mohon kepada Allah agar dikeluarkan daripada beban masalah ini. Walau diri dihimpit rasa duka dan tertekan, jangan dilayan sentias...

Satu Lagi Perpisahan~

Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Masih ingat lagi zaman awal berpisah dengan rakan persekolahan, memang cukup perit. Dan sekarang, berpisah pula dengan rakan di IPG. Berpisah sementara waktu menjalani praktikum. Sekali lagi diri merasai perit. Selalunya, perpisahan akan berlaku bila kemesraan mula timbul. Bila proses dan umur persahabatan berjalan selama beberapa tahun, bila ianya mula terasa dekat, bila ianya mula membaca hati ke hati, di situlah akan bermulanya perpisahan. Perpisahan di sini bukanlah bermaksud berpisah langsung tak jumpa-jumpa. Tapi berpisah yang aku maksudkan ialah tidak lagi bersama. Masing-masing jauh. Namun, cukup perit untuk dirasai. Rasanya sudah bertahun-tahun letih melayan rasa hati berpisah dan berjauhan dengan rakan persekolahan. Tahun depan, mungkin bertambah lagi rasa perit tersebut dengan satu lagi perpisahan.

Cinta Itu Buta... Hahahaha!

Image
Seseronok mana pun aku ride ke sana ke sini, segembira mana pun aku berjalan di negeri orang, seghairah mana pun melayan koner di banjaran-banjaran gunung... Masih tak dapat menandingi seronoknya menghabiskan masa bersama teman rapat sejak zaman sekolah lagi. Setengah hari menghabiskan masa bersama teman rapat terasa begitu bermakna. Lebih bermakna berbanding menghabiskan masa hujung minggu dengan meleper ke sana ke sini. Ketenangan dan keindahan Cameron Highlands masih tidak setanding ketenangan yang diberikan di tempat sendiri. Bila berada di tempat sendiri, seakan hilang segala perasaan bimbang. Bila bersama teman rapat, seakan lupa segala masalah dan sedih yang membelenggu hati. Digantikan dengan gelak tawa dan kongsi cerita. Setiap saat mengukir senyuman di wajah. Kan indah jika semua itu berada di sekeliling kita setiap masa. Seperti suatu ketika dahulu~ Memang benar kata orang, cinta itu buta. Entahlah... Sehingga kini masih sukar menerima tempat lain dan orang lain. wakakaka!

Minat

Image
Ini risiko! Tapi anda menghadapinya kerana anda minat! Dalam hidup, kita kena pilih dan buat sesuatu yang kita suka. Pilihlah sesuatu yang kita suka walaupun ianya sukar. Kerana perkara yang sukar, kita akan tetap semangat untuk melakukannya jika kita suka. Pilih yang kita mahu. Pilih yang kita idamkan. Begitu juga semasa membuat sesuatu keputusan, dahulukan minat dan gerak hati. Sebabnya, dalam hidup kita akan sentiasa dilanda ujian. Namun, kita pasti akan menghadapinya dengan semangat kerana apa yang kita lalui adalah perkara yang kita suka. Biarpun kita jatuh tergolek, kita akan bangun dengan semangat baru mengejar kejayaan yang kita idamkan. Berlainan jika kita memilih perkara yang kita tidak suka. Benda yang senang menjadi sukar. Bila jatuh, sukar untuk bangun. Bila tersungkur, seakan tiada semangat untuk bangkit. Tersandung batu pun mengeluh berpanjangan. Itulah bezanya. Jangan takut untuk memilih yang kita mahu hanya kerana takutkan risiko. Dan jangan memilih yang kita tidak mah...

Sedih

Image
Hari ini, sekali lagi hidup aku diberi ujian. Selepas hampir 4 bulan hidup selesa, akhirnya masa yang ditunggu dan ditakuti tiba. Praktikum di kawasan pedalaman dan orang asli. (@_@) Walaupun telah bersedia, tapi bila ia menimpa, memang tak boleh sorok perasaan sedih, sunyi, takut dan risau. Tapi kita kena percaya, Allah tak akan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Lagipun sebelum-sebelum ini, perasaan yang sama telah banyak kali timbul. Ujian demi ujian silih berganti. Bila sudah lepas, diimbas kembali, aku boleh tersenyum. Maksudnya, dengan izin Allah, memang aku mampu menghadapinya. Kadang-kala, timbul rasa sedih dan sayu bila aku rasa macam tiada siapa yang faham dan nampak situasi aku sekarang. Walaupun bercerita dengan rakan rapat dan family, mereka tak nampak apa yang sebenar aku lalui. Akhirnya, hanya Allah tempat aku berdoa, meminta pertolongan dan mengadu. Sebab hanya Dia yang betul-betul mendengar kesedihan dalam hati aku. Untuk menghilangkan perasaan takut dan sed...

Biskut kering 3 keping + teh O panas

Image
Biskut kering 3 keping + teh O panas Hidangan petang itulah paling nikmat masa sekolah asrama dulu. Tak tau kenapa ianya begitu nikmat. Dan hidangan itulah yang aku paling ingat. Kadang-kadang mengelat, ngecek sikit dengan makcik kantin asrama mintak lebih. Tak pun cari member yang tak makan, ambil bahagian dia. Saja menulis tentang makanan. Sebab sekarang, kalau nak makan (makan ringan) apa-apa, mudah sahaja dapat. Cokelat, roti, biskut... Tapi kebanyakan makan sorang-sorang di hadapan laptop. Sedap? Entahlah. Rasanya makan biskut kering 3 keping + teh O panas waktu petang bersama rakan-rakan sambil gelak-tawa lebih nikmat. Penambah nikmat? Satu hari makan 5 kali sehari. Bayar RM1.00 sahaja sehari, lain-lain kerajaan tanggung. Nikmat bukan? Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmatinya. Sekadar berkongsi memori indah yang dirindui~