Cuti Hari Raya Aidilfitri 2012

Raya 2011

Seminggu lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Entah apa pasal tahun ni aku rasa macam tak sabar nak raya. Padahal raya-raya 5 tahun sebelum ni aku rasa malas nak raya. Mungkin aku dah terlalu jauh daripada kehidupan asal aku. Belajar di tempat orang sedikit sebanyak lifestyle kita berubah.

Sebenarnya, bagi aku berbeza macam mana pun kehidupan kita sekarang, pada Hari Raya Aidilfitri pasti kita seolah-olah dibawa ke masa lalu. Masa hari raya, aku akan terasa seperti kembali ke zaman kecil-kecil dulu. Suasana, persekitaran, perasaan dan memori masa kita kecil dahulu akan menerjah masuk. Yang bertahun-tahun kita lupakan akan kembali segar di ingatan.

Bagi aku Hari Raya sangat special. Ianya beberapa hari untuk aku rasa kembali saat-saat yang dirindui. Hari untuk berjumpa insan-insan yang pada hari-hari biasa, tidak ada dalam ruang lingkup kehidupan kita. Hari untuk kita rasai suasana yang hampir sama semasa kita kecil. Bahkan inilah saat untuk kita mencium 'bau' dan 'rasa' rumah semasa Hari Raya, yang mana ianya hampir sama semasa Hari Raya kita kecil-kecil dahulu.

Ketika Hari Raya lah, saat untuk kita mendengar suara-suara perbualan yang mungkin dalam setahun hanya sekali sahaja kita dengar. Jadi, Hari Raya 2012! Tak sabar nak merasainya! Oh, harap Jumaat ini (17 Ogos 2012) kampus sudah cuti. Bolehlah aku buat acara tahunan shopping last minute. Haha

Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...