Sedih


Hari ini, sekali lagi hidup aku diberi ujian. Selepas hampir 4 bulan hidup selesa, akhirnya masa yang ditunggu dan ditakuti tiba. Praktikum di kawasan pedalaman dan orang asli. (@_@)

Walaupun telah bersedia, tapi bila ia menimpa, memang tak boleh sorok perasaan sedih, sunyi, takut dan risau. Tapi kita kena percaya, Allah tak akan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Lagipun sebelum-sebelum ini, perasaan yang sama telah banyak kali timbul. Ujian demi ujian silih berganti. Bila sudah lepas, diimbas kembali, aku boleh tersenyum. Maksudnya, dengan izin Allah, memang aku mampu menghadapinya.

Kadang-kala, timbul rasa sedih dan sayu bila aku rasa macam tiada siapa yang faham dan nampak situasi aku sekarang. Walaupun bercerita dengan rakan rapat dan family, mereka tak nampak apa yang sebenar aku lalui. Akhirnya, hanya Allah tempat aku berdoa, meminta pertolongan dan mengadu. Sebab hanya Dia yang betul-betul mendengar kesedihan dalam hati aku.

Untuk menghilangkan perasaan takut dan sedih bila ditimpa ujian, bukan mengambil masa yang singkat. Ia mengambil masa. Ia mungkin mengambil masa 2,3 hari, seminggu, sebulan, setahun mahupun bertahun. Tapi percayalah, pada satu peringkat kita akan rasa diri kita bertambah kuat menghadapi ujian-ujian hidup.

Bila melihat kehidupan orang lain, timbul juga rasa iri hati. Iri hati melihat kehidupan mereka gembira dan seronok. Tapi kita cepat- cepat buang perasaan itu. Setiap apa yang ditakdirkan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita. Orang yang berjaya dan bahagia juga selalunya pada permulaan hidup diberi ujian dan kehidupan yang sukar. Apapun, dalam hidup kita kena yakin dan percaya dengan rahmat dan pertolongan Allah.

~Entry ini ditulis dalam mood yang sangat-sangat sedih~
~Tapi aku tetap nak kata, chill bro!!! hahaaha~

Comments

Afzainizam said…
Selalunya setiap kesukaran ada kesenangan.. selalunya benda yang kita tak jangka, mulanya kita anggap sukar tetapi berlainan pulak jadinya eeehhh senang nya bila kita menghadapinya...

praktikum di kawasan pendalaman anggaplah cabaran pada kita.. boleh buat atau tidak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
tip kereta semasa banjir
ayisy said…
Yup, kehidupan yang sukar merupakan suatu proses pembelajaran. Bila kita telah lalui, ianya menjadi mudah pada masa akan datang.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...