Selekoh Tajam

Sebelum ni aku ada cerita tentang port koner terbaik di Malaysia. Dan baru-baru ni aku berpeluang layan port baru iaitu Kuala Klawang di Negeri Sembilan dan Balik Pulau di Pulau Pinang. Malas banyak cerita, 2 koner ni aku nobatkan koner paling best di Malaysia! Kuala Klawang long koner paling best manakala Balik Pulau short koner paling gila. Haha! Layan 2 tempat ni aku rasa korang dah tak pandang dah Bukit Tinggi atau Genting Highland. :P

Macam mana ke Kuala Klawang? Kuala Klawang ni banyak jalan dan port. Yang aku layan, masuk dari Kuala Lumpur-Hulu Langat. Balik Pulau pula... Emmm... Pusing jek pulau tu, jumpa rasanya. :P

Dan jangan lupa, layan-layan juga keselamatan perlu diambil berat. Pakai pakaian yang sesuai dan boleh mengurangkan risiko kecederaan. Ala... Safety gear sekarang dah murah dah. Peace!


Di puncak Balik Pulau... Smart!


Ni jek gambar yang sempat diambil di koner2 Balik Pulau. Lain dah tak boleh nak ambik... Haha


Kuala Klawang

Comments

Nazz@Purple said…
coner2 gak..jgn sagat kapla lutut dah..
ayisy said…
Nazz... Huhu... Aspek keselamatan telah diambil kira. Dan layan mengikut kemampuan dan beringat. :)
Anonymous said…
x kn balik pulau layan bukit neh ja bro? balik pulau ada 3 bukit.. n neh bnyk short corner ja.. satu lagi bukit long sikit corner dia.. satu lagi bukit long n short n mmg gla.. tp sayang.. tgh besarkn jalan n x leh main..
ayisy said…
Huhu... Yang ni member yang bawak. Aku ikut jek. Kalau ada port lain, alamak..rugi la tak merasa. Haha. Tak apa, lepas ni turun Penang lagi aku try.
Anonymous said…
xpa bro.. t2 pegi lagi.. tp yg neh slamat sikit men.. pasal x bnyk kreta..
Afzainizam said…
pergghhhh aku ingat bukit putus dan bukit tangga mmg layan corner baring beb....

tapi aku pernah gi jalan ke Gua musang dari baling perghhhhh mmg lagi dahsyat beb
ayisy said…
Afzainizam... Bukit Putus pernah lalu kat simpang depan tu jek masa itw pergi Kuala Pilah. Huhu. Tengok kat video koner situ mmg terbaik. Orang buat main drift. Huhu
Admin said…
Hehe,
jalan balik pulau ni boleh than gak,
naik kete pn da pening ~~


Latest Post:
Makna Lagu Malique dan Jamal: Aku Maafkan Kamu
Win Win Trading said…
bro.. balik pulau skrang nie dah 3 bukit boleh layan.. orang lik lau pnggil bukit baru,bukit lama , bukit teluk bahang...

untuk long n short pilih bukit baru n lama...
untuk short pilih bukit teluk bahang...
untuk bukit lama... jlan dia xpanjang sngat.. ckup untuk layan sja... bukit baru dlam 10 mnit dari mula hingga tamat..
bukit teluk bhang 10 or 15 mnit... tp corner dia ckup mncabar... memerlukan kekuatan dari segi fizikal n mental.. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...