Aiseymen...


Assalamualaikum w.b.t

Ok, sekarang aku berada di KL. Ya, KL yang bermaksud Kuala Lipis. Dulu masa dapat tawaran IPG, mati-mati aku ingat K.Lipis tu area Kuantan. Sekali haa kau... Hambik..! Haha.. Kau kutuk ke Ayisy? Mana ada beb... Kah3!

Macam biasa la, naik sem emosi aku kurang stabil. Belajar di ceruk perantauan jauh dari rumah, ditambah lagi aku tak minat dengan apa yang aku belajar dan ditambah-tambah tiba-tiba aku kena lantik jadi Ketua Unit.. Peh! Menyirap seh! Memang suck lah!

Aku tahu setiap guru pelatih akan kena. Tapi serius aku belum bersedia untuk semester ni. Aku dengan member lain dah bajet sorang member aku tu yang akan dilantik memandang dia lebih layak dan lebih matang. Tapi entah apa yang budak-budak kelas aku tu pandang kat aku sampai lantik aku. Giler apa ambik risiko lantik aku. Nasib la korang. Mengharapkan aku jadi KU? Kah3! Tak boleh blah. Takkan tak kenal aku? Dah 3 tahun lebih kenal beb.

Okeh, cerita lain. Tadi masa aku jumpa pensyarah, ada sorang pensyarah tegur aku. Dia tanya aku semester berapa. Aku jawab la semester 5. Dia cakap, haa? Tak pernah nampak pun? Kah3! Walaupun aku perangai macam syaiton di IPG, padahal masa sekolah dulu suci giler. Nampak sangat aku bukan dalam perhatian pensyarah. So, boleh buat jahat lagi. Hahaha!

Cerita lain pula, baru 2 hari duduk sini aku dah rindu benda yang selalu aku buat masa cuti. Jalan-jalan, merayap, ngeteh-ngeteh, tengok tv, menolong kedua ibu bapa dan membuat kerja kebajikan masyarakat. Haha! Tipu bebenor. Tak boleh jadi ni, hujung minggu ni mesti mau ride kasik hilang itu tension.

Tapi apa pun, think positif beb! Tu kira moto hidup aku la. Motor hidup aku Yamaha 135LC. So, kalau ada yang tak puas hati dengan aku, aku cakap awal-awal sori la. Aku memang tak reti nak belajar kat sini. Wong Jowo ngomong Semberono. Ala, lagi 2 tahun jek. Pastu kerja... Waklu kerja. Ingat kerja senang ke. Hahaha!

Stay rawk Ayisy! Jangan selenger-selenger. Tak faham? Lu orang tanya budak Johor apa itu selenger.


Ni masa musim kesedapan cuti. Haha! Sampai tertido dalam kereta kat showroom. Selenger~

Comments

mizieNerin said…
lame x jumpe..... akhirnye berjumpe di alam maya
ayisy said…
Hurm? Siapa yer?
Afzainizam said…
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara
Salam Sebuah persahabatan....
Terima kasih atas kembara ziarah maya”

wooooo baru ko buat entry yerrr... sangat lama ko menyepi...

yupppp aku sedang baca apa yang ko tulis ni.... banyak yang terMissing lahh
ayisy said…
afzainizam, Thanks bro sudi singgah blog ni. Aku dah jarang update. Huhu... Aku update bila rasa nak berkongsi sesuatu sahaja. Huhu

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...