Karat Yang Semakin Berkarat.
Hurmmm... Apa dah jadi dengan pemilik blog ni yang telah membiarkan blog dia berkarat selamat hampir 3 minggu? Huh! Sebenarnya, aku sedang melalui saat-saat getir kesibukan yang giler nak mampus. Mungkin lagi 2,3 minggu baru aku dapat keluar daripada kesibukan ini. Ataupun mungkin cuti bulan 6 nanti baru aku dapat rileks sepuasnya. Kau sibuk apa Ayisy? Haha. Biasalah sebagai pelajar akan kata sibuk dengan kerja kursus, projek, perbentangan, aktiviti luar bersifat akademik, buat laporan, folio, kuiz... Pehh!!! Tapi bukanlah hidup aku diselubungi masalah semata-mata. Hari minggu aku tetap enjoy keluar pergi berkelah dan ride mengasah tayar motor di highwayyyy... Haha. Sebab tu lah aku sibuk memanjang. Sibuk dengan pelajaran+hobi. Barulah life namanya!!!
Apa-apa hal, tunggu akhir semester ni. Insyaallah aku akan update dengan entry pasal jalan-jalan cari makan, shopping, lepak dan sebagainya. Yeehhhh! Kepada rakan-rakan blog yang telah menghantar sebarang mesej atau komen, maaflah aku tak sempat membalasnya. Aku juga minta maaf kalau tak dapat membuat kunjungan balas. Apapun, korang tetap dalam ingatan. Peace! :)
Ok, ni aku selitkan satu gambar berkaitan aktiviti yang aku lalui sepanjang kesibukan ini. Hua3!
Comments
mira amira, semakin lama semakin susah plak nak aktifkan blog nih. Huhuhu.. :)