Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Hari Raya Aidilfitri 2009. Raya aku ketika umur memasuki angka 20 tahun. Kiranya sudah 20 kali aku Raya Aidilfitri di dunia ini. Dan yang pasti, dah beberapa tahun beraya tanpa mercun dan meriam. Dan yang lebih pasti, duit raya semakin berkurangan. Hehe...

Terus terang aku cakap, masa dalam perjalanan pulang ke kampung, tiada langsung suasana raya yang aku rasa. Semasa membeli-belah bersama rakan, barulah terasa sedikit suasana tu. Itupun keadaan Bandar Penggaram seperti hari biasa, tidak sibuk, tidak ramai orang dan tidak sesak. Cuma pekan-pekan kecil seperti Senggarang, Rengit dan Parit Raja mengalami kesesakan yang teruk.

Malam raya pertama, ada la sikit-sikit rasa nak raya. Aku nak minta maaf kepada semua rakan jika aku tak balas mesej raya korang. Bukan aku tak nak balas, masalahnya bila aku nak send mesej, asyik fail jek. Aku pedap, aku malas nak tengok handphone. Buka YM dan Facebook, ucap kat situ tapi tak semua rakan aku yang online kan. Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan termasuk rakan-rakan online aku. Maaflah sebab lambat. Senang-senang jom la datang rumah aku. Tapi burasak dengan ketupat dah habis la aku bantai. Haha.

Pagi raya aku terkilan sikit sebab aku tempah baju teluk belanga tapi dapat cekak musang. Nasib la, layan jek. Makan burasak dan ketupat sampai 5 kali sehari. Giler kentang... Heh! Bukan senang ye tak nak dapat makan camtu. Dan hari raya pertama dan seterusnya berlalu seperti tahun-tahun lalu cuma keseronokannya itu tak pernah pudar. Tengok budak-budak kecik beraya dan masuk ke rumah orang-orang kampung walau tak kenal, mengingatkan aku masa kecil dulu. Beraya rumah orang tak kira kenal atau tak. Sebat semua rumah. Hahaha. Best aper...!

Bila sebut marhaban, masa kecil-kecil dulu pernah berlaku sesuatu yang amat memalukan aku. Sangat-sangat memalukan. Sampai tak boleh cakap kat blog ni. Cuma saudara-mara aku sahaja yang tahu kisah aku ni. Bila sebut, kompom aku kena bakar kaw-kaw punyer. Aku pun dah lupa rumah yang aku pergi marhaban tu. Maklumlah, sekali marhaban berpuluh rumah tapi tiap kali masuk rumah, mesti makan tak kenyang-kenyang. Hahaha.

Oklah, sampai di sini untuk hari ini. Hari kemudian aku cerita lagi pasal raya kalau ada. Kat bawah aku selitkan video marhaban di rumah kampung aku. Enjoy! Assalamualaikum.


Comments

FdausAmad said…
Gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

Selamber..
IMANSHAH said…
selamat hari raya..mahap zahir batin dari imanshah sekeluarga
.ShazaSulaiman. said…
slmt ri ry jgk ayisy!
^_^
maaf dipinta andai tsilap budi bcr ye..


chup2x!!
nk tny cket..
BURASAK tuh pew??
ayisy said…
FdausAhmad, ok bro.. :)

imanshah, Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin.. :)

Shaza, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. :) burasak tu macam ketupat tp len sikit. makanan org Bugis tp saya bukan Bugis pun. Haha..
amalina wahida said…
ayisyy!! kamoo ni kampung di batu pahat tu parit apa?? persoalan ini dintanyakan kerana kampung saya pun terletak di batu pahat juga dan marhaban ini juga ada.
ayisy said…
Emm? kampung saya di Parit hailam, Senggarang. Marhaban memang ada kat setiap kampung.. Hehehe...
Nadiene said…
jom marhaban d taman intan..
ayisy said…
hahahaha... jom marhaban kat klang!
huhu..
tahun nih umah sayapun ramai budak beraya..
x seperti tahun2 sudah..
ayisy said…
noor afzan, huhuhu.. baguslah kalau gitu, meriah sikit ye tak? :)
azli said…
Silalah berkunjung Ke blog kami ye…

Salam Aidilfitri sekali lagi dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com/
Salam Kenalan Dari Kami…

“Tanjung Puteri Pantai Gelora,
Selat Tebrau Kembara Mahkota,
Tibanya Syawal Disambut Gembira,
Salam Dihulur Kemaafan Dipinta”,

Jika tidak terlambat dan masih ade kesempatan ini

“Dalam kerendahan hati ade ketinggian budi..
Dalam kemiskinan harta ade kekayaan pekerti..
Dalam kelembutan lidah ade keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentunya ade silap berdosa”

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini aku menyusun jari salam dihulur memohon ampun dan maaf atas segalanya..

Silalah berkunjung Ke blog kami ye…
Sorry masih dalam mood raaya.. aku saja melawat blog korang ni dah 25hb ni naik kerja tengah gian baalik untuk mem bloggin member2 wah..waah.. aku sedang boring mana korang semua ni masih bercuti lagi ke

Tu ayish tah kenapa aku tak jemu melayan blog ko.. emm marhabaan aku tak tau lah klu negeri lain tapi klu kat johor dah jadi kemestian marhaban ni..tak kira berbangsaa jawa Bugis atau melayu juga banjar.. banyak kumpulan lelaki wanita dan kanak-kanak dataang maarhaban dengan group masing-masing.. yup aku melalui jalan Parit betak jalan sesak ke Rojo sari melalui benut juga begitu penuh sesak Parit raja jangan kata tiap-tiap tahun begitu juga parit sulung..singgah parit kemang senggarang beli kerepek je.. borong haabis.. parit hailam yup aku pernah sampai kat sana.. pasal kampung aku dekat parit mahang parit botak...
ayisy said…
Selamat Hari Raya Azli, Maaf Zahir dan Batin. Kalau dekat Batu Phat, kedai kerepek opular ada kat Parit Kemang. Satu lagi Azhar Food di Rengit. hehehe..
adilah md shah said…
salam..selamat hari raya ayisy...kalau beli kepek kat azhar food selalu dapat diskaun..
ayisy said…
Selamat hari Raya Adilah, emm? Selalu pergi Azhar Food eh? hehehe..
adilah md shah said…
bukan sebab selalu g..tp anak die ade link ngn adik tu pasal dapat diskaun..hehehe
ayisy said…
Oh.. Best la kalau camtu. Hari tu lalu kat Azhar Food, dah macam orang kawen. Hahaha..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...