Martabak, Ayam Goreng ft Air Tebu.
Salam semua. Minta maaf lah kalau entry sebelum ni sukar untuk korang faham. Aku tulis ikut sedap dan tidak menggunakan ayat yang betul. Jadi, mungkin pembaca berasa pening ketika baca. Kalau buat karangan SPM dengan ayat macam tu, pasti dapat C. Huhu.
Berbalik kepada tajuk, sempena bulan Ramadhan ni, aku nak cerita sedikit apa yang bermain dalam otak aku sekarang. Bila sebut juadah berbuka puasa, mesti terbayang makanan yang sedap kan. Aku pula, bila ditanya apakah makanan kegemaran semasa berbuka aku akan jawab ayam goreng, martabak Singapura (eceh!) dan cheesy wedges. Air pula semestinya air tebu atau air kelapa. Tapi itu semua hanyalah nikmat yang aku dapat semasa berbuka di rumah atau BP. Berbuka di Kuala Lipis mak aih, buka jelah apa yang ada. Nasi ayam sejuk pun layan. Kesian kat aku. Muahaha.
Bazar Ramadhan kat Batu Pahat dan Kuala Lipis dah lain. Jenis makanan pun lain. Kat Kuala Lipis, macam-macam jenis kuih pelik-pelik aku jumpa. Ada macam jeli lah, berkuah-kuah macam koktail lah. Martabak pulak kuahnya macam air sirap. Pelik betul. Orang makan dengan kuah kacang dhal dan sambal, dia boleh taruk kuah macam air sirap. Tak feel langsung makan. Hahaha. Marah orang Lipis bila aku cakap camni tapi nak buat camne kan, dah kenyataan.
Sahur pula kalau kat rumah memang makan nasi. Tapi bila dah kat IPGM, takkan nak masak nasi dengan lauk. Mana sempat beb nak masak. So makan roti, cokelat dan koko crunch jela. Kalau la IPGM aku ni kat area bandar macam JB, mesti boleh sahur kat warong ekk. Kawan aku lagi style, sahur dengan air dan kurma jek. Bagus-bagus!
Orait, siapa kat sini pernah puasa kat asrama? Best tak pengalaman korang? Heh! Kalau pengalaman aku, semestinya best! Masa buka sedap woo. Sahur pun sedap walaupun masa sahur mata buka sebelah jek. Hahaha. Jangan muka tersembab kat dalam nasi sudah.
Oh yer, warga IPGM KTAA! Korang tahu tak port jual karbait kat Kuala Lipis? Ok, itu jek penulisan aku hari ini. Tiada cerita yang boleh dijadikan pengajaran. Hanya entry suka-suka jek dari aku. Dan tak lupa, kucing kat kolej kediaman aku tak puasa, tadi aku nampak dia makan. Hak3! Bye!
*korang pula, suka makan apa masa berbuka dan bersahur?
*gambar gua ambil dari animals.nationalgeographic.com
Comments
makan murtabak ngan sirap bawang..
wakaka. selama ni aku penah dgr sirap ros aje!
wah sahur mkn koko crunch..
aku mkn maggie je kot!
ngee!
Sirap bawang pun sirap bawang lah. Huhuhu.. Aku suka makan koko crunch woo, sedap dan mudah disediakan.
aku??? stedy jer...
aah, kt penang ni mrtbak dy makan dgn sirap bwang gak.. aku kat slgor dlu adela jugak dpat sirap bawang tu, tapi adela jugak makan dgn kuah dal walaupon cayaq..tapi, pe bleh bwt... aku makan jugak le sbb da bli.. tapi aku tak makan la dgn sirap tu, aku makan camtu jerk...
.:.pssst:ok je bhasa ko..
sirap bawang tu kadang2 sedap gak kalau dah lapar. hehehe..