Gagal? Rileks Sudahh...


Salam semua. Entry lepas aku ada membicarakan tentang kes bunuh diri. Ramai orang bunuh diri sebab tidak tahan menanggung masalah, beban hidup, kecewa, gagal dan berbagai lagi. Bila sebut gagal biasa lah semua orang pernah gagal ye tak. Kalau ada yang cakap dia tak pernah gagal sepanjang hidup dia, sumbat mulut dia dengan karipap sardin biar batal puasa. Hak3! Gurau jek jangan buat betul-betul plak yer. Teringat masa kecik-kecik dulu, aku ada sorang kawan yang tak puasa. Aku yang puasa (ceh, konon baik la) psiko-psiko dia la. Pastu dia boleh plak geram, ambik kek Apollo 30 sen sumbat secara paksa ke dalam mulut aku. Cis! Kuang ajau itu punya budak. Hahaha...

Gagal dalam mata pelajaran add math semasa ujian (sekolah menengah) dulu adalah perkara biasa bagi aku. Iyelah, kita ni otak prosesor Intel Celeron jek, orang lain Intel Core Duo itu pasal asyik gagal jek. Heh! Boleh plak cakap camtu. Tapi aku steady jek macam takder perasaan bila tengok markah 10 ajer. Masa tingkatan dua dulu aku pernah dapat nombor kedua last dalam kelas. Hahaha.. Giler bongok kau Ayisy. Nak buat camne, rilex ajelah. Masuk tingkatan tiga turun kelas buat kali pertama dalam hidup. Sedih beb masa tu. Rasa macam orang jelir lidah kat aku jek. Masuk tingkatan 4,5... Alhamdulillah, otak aku berfungsi semakin baik walaupun add math jek sangkut. Eceh!

Boleh dikatakan SPM aku gagal jugak la walaupun aku rajin belajar. Sumpah kerek cakap camni. Muahaha. Ok..ok, bukan rajin tapi dipaksa rajin. Ialah, duduk asrama faham-faham jelah prep memanjang. Malam kelas tambahan. Keputusan SPM aku kalau korang nak tahu cuma 5A jek. Dikalangan classmate IPGM aku, diaorang average dapat 7A ke atas. Aku la paling sengal. Cuma aku terkilan, disebabkan kesengalan add math akulah aku gagal sambung pelajaran dalam bidang yang aku minat (farmasi atau sains pemakanan). Yang aku dapat ialah Diploma dalam Teknologi Makmal Perubatan. Aku samar-samar dalam bidang tersebut dan akhirnya memilih perguruan. Bila duduk kat Kuala Lipis ni plak, rasa tak kerasan (tak berapa suka) la plak. Situasi ni aku kena lawan supaya tak gagal lagi. Giler kau Ayisy takkan sebab duduk Lipis kau nak mengagalkan diri kau. Hehehe. Sekarang dah steady duk Lipis.

Takpelah, lupakan add math yang sucks tu. Aku ni harap jek Kimia A , Bio dan Fizik B(ececeh, nak kerek lagi tu) tapi tak dapat sambung pelajaran yang dikehendaki buat apa. Kadang-kadang jeles gak tengok orang lain subjek Sains Tulen biasa-biasa jek tapi boleh pergi. Rezeki masing-masing kan, ala kau Ayisy yang kau tolak tawaran Teknologi Makmal Perubatan tu apa pasal? Hehehe... Masuk IPGM lagi best bai! Boleh pergi sekolah dan berada di tahap tersendiri.

Dan untuk terakhirnya, gagal tak semestinya kita gagal di lain hari kan. Lagipun kita dah biasa dengar frasa macam ni. Tak payah la nak nyesal-nyesal, bunuh diri atau harok tak tentu pasal. Yang penting hidup mesti diteruskan. Tapi korang takkan gagal kalau buat macam dalam gambar di bawah. Keinginan mengatasi segala-galanya. Prenggggg… Bye!

VS

Muahaha.. Motor aku pun kalah bai!

*gambar diambil dari failblog.org dan lifedynamix.com

Comments

naz. said…
ouhoi... kalau ko amek diploma tu, boleh je sambung degree bidang yang ko minat tu perubatan or else as long as result ko mantop :)
Anonymous said…
aku masa zaman sekolah pun tertonggeng2 jawab add math...hardcore lembab pala otak..huhu
kakna said…
pendapat sy..
pengalaman paling berharga dlm idop datangnya dr kegagalan bukan dr kejayaan.. bila org tegur kita wat salah sampai mati pun akan ingat teguran tu.. bila sedih sebab gagal, kesedihan tu kita akan rasa untuk jangka masa yang lama .. bila payahnya nak bangkit setelah gagal.. kepayahan tu memang kita akan ingat sampai bila-bila.. kalau gembira sebab berjaya.. rasa itu mcm sekelip mata jer..
zetty said…
x semesti yerr gagal sekali..akan gagal selamanyerr kn...hidup nie sntiasa ad peluang utk kite...cume kite jerr y tntukn nk amik @ x peluang y ad tue...n nk brjaya @ x...slgi kite brusaha...selagi tue laa sntiasa ad peluang utk kite brjaya...
drpd pnglmn hidup y x seberapa nie...
Mizah Ady said…
ala ayish..
rileks la.ak dlu pon lmbab gak dlm add math..asik fail jek.tp ttap wt mke toya.pastu berangan amek sains hyt,aleh2 ckang jd bdk i.t.But now ak sdr y ak xleh jd doc.de hikmah rpe2nye..
ayisy said…
azwa, masa tu aku samar2 lagi, tak tau sgt dunia pengajian tinggi. hehehe.. pe boleh buat, hidup perlu diteruskan. :)

fndrocka, hehehe. aku kalau dapat lulus add math pun kire hebat la tu. tp ada orang add math tu kacang giler. heh!

kakna, betul tu. bila kita gagal, kita akan ingat dan terus berusaha utk berjaya. tp sesetengah org bila gagal terus tak cuba lagi.

zetty, yu, peluang untuk kita berjaya mmg sentiasa ada. :)

mizatiqah, hehehe.. aku rileks ajer fail add math. Ambik IT? Aku lepas masuk IPGM tiba2 minat IT. Kalau dulu aku dah minat, mesti sekarang kat MMU kot. Takpun LIm Kok Wing. Haha..
Admin said…
cuba cntai apa yg kamu miliki..=)
IMANSHAH said…
alahai, kat lipis dah tak suka, esok2 kena posting kat Kapit, mak ai, hari2lah nangis..kuikui
woww kimia A hebat tuh
ayisy said…
ahsfantasy24, cintai apa yg aku miliki? emm..

imanshah, dulu tak suka, skrg dah steady aje... hehehe.

pany, Kimia jek A, add math? hak3! malu giler nak cerita.
Along Fina said…
cakap pasal add math...
aku teringat kisah aku sendiri.. yela, takkan kisah org lain kot kan...

mse bru2 masuk mrsm, form 4. exm je, dapat markah belas2 je... yg 1st exm, aku dapat 7% je.. ingat beb!siyes!

bile aku naik form 5, aku sekelas dgn sorang llki, mak jepun, bapak perak..addmath superb..hensom lak tu..adeh...ranking ke-2.. mrkah tak penah kurang 90.. kot..

sejak aku minat kat budak tu, aku mule blaja btol2.. nak beat dy la konon.. budak tu baik.. slalu ajar org2 lain.. termasuk aku..

bile trial spm, aku dpt A1 tolak 1 markah.. wah.. punye la bengang, 1 markah pon takleh kawtim.. sengal2.. tp mamat tu, mestila dpt A1.. takpela.. tu pon da bersyukur da...

so, moral of the story: begitu hebatnya bile suke kat seseorang..
hahaha

moral story hampeh...

da banyak aku merepek nieh..
masa untuk mengundur diri.. ingat cerita aku nieh tau..
ayisy said…
oh.. terer la kau add math. Kena admire bdak eh baru boleh pergi. Patutla aku tak hebat add math, aku tak admire kat sapa-sapa. Huk3!

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...