Deja Vu.
Layan gambar ini dahulu...
Layan...layan....
Terima Kasih...
Ok..ok.. Nak cerita ni. Duduk diam-diam eh. Pernah dengar perkataan Deja Vu? Pernah mengalami Deja Vu? Rileks-rileks, jangan fikir Deja Mos plak. Sebelum aku melalut lebih panjang, aku bagi definisi Deja Vu dulu yer sayang? Perkataan Deja Vu ni berasal daripada bahasa Perancis yang bererti 'pernah melihat'. Maksudnya, seseorang mengalami suatu pengalaman yang dirasakan dia pernah mengalami sebelumnya. Huh!
Hahaha, contoh camnilah. Aku tengah berbual-bual dengan member. Tiba-tiba aku rasa situasi atau peristiwa tengah berbual dengan member tu macam pernah berlaku dulu-dulu. Tapi bila fikir balik bila ekk? Contoh kedua plak, aku tengah makan dengan family dan tiba-tiba beberapa saat semasa situasi tu berjalan aku rasa macam pernah berlaku masa dulu-dulu. Situasi yang berlaku serupa dan sebijik. Bila fikir balik bila ekk? Tak dapat dipastikan. Itulah yang selalu menjadi persoalan dalam benak fikiranku. Ececeh, guna kosa kata tahap Munsyi Bahasa kononnya.
Kata orang pakar-pakar paling kurang 70% manusia di planet bumi ni mengalami Deja Vu. Member aku pun cakap dia pernah kena benda alah Deja Vu ni. Siapa yang tak pernah bawak-bawak la bertaubat. Kih3! Apa kena mengenanya? Jadi siapa yang pernah kena Deja Vu tahniah aku ucapkan. Aku memang selalu dapat Deja Vu ni. Pehal ntah. Senget kot otak aku. Kih3!
Bulan lepas kalau tak silap aku ada menonton sebuah filem bertajuk Next. Cerita ni mengisahkan seorang lelaki yang mempunyai kuasa melihat masa depan 2 minit akan datang. Maksudnya mamat tu boleh melihat 2 minit masa akan datang. Syok cerita tu. Bayangkan kalau aku ada kuasa macam tu, aku boleh tahu apa akan jadi dalam masa 2 minit lagi. Contoh tengah lepak kat bilik, dalam masa 2 minit warden akan buat spotcheck. Jadi aku dah tahu dan terus menyelamatkan segala barang-barang halal di tempat selamat mahupun kunci bilik terus dari dalam. Ekekeke.
Orait, babai!
Comments
kngkdg rse cam pna jdik jea lam mmp..
=)
tukar2!!!!
he3
imanshah, hehehe..
kakna, banyak perkara yang terjadi pada otak tak dpt dirungkai. malah ada kes seorang kanak2 dibuang sebelah otak tp masih mampu hidup. :)
ahsfantasy24, yup, dalam Deja Vu pun ada kata kdg2 kita rasa apa yang dalam mimpi jadi dalam realiti. :)
Siti Husna, takper2, entry akan datang aku letak yang ada gambar kau. hehehe.
best..
deja vu tuh ada penah alami..
tapi dulu la..
hehe~
ohh..rupanya peristiwa mcm ni dipanggil deja vu erh..baru tau....
penah kena mcm ni..selalu gak..
cegu tau ka camner boleh jd mcm tu?
kekadang pening gak pesal kepala otak jd mcm tu...
conan_syuxuky, susah nak terangkan sebab saintis sendiri masih belum dapat jawapan kenapa deja vu berlaku. :)