Cerita-Cerita Pandir Daripada Pemilik Blog Ini.
Ahh.. Tak nak cerita pasal raya. Tak nak..tak nak..! Sambil guling-guling dan menghentak kaki. Hue3! Tak lah. Takkan lah Encik Ayisy nak buat pe'el camtu kan. Haha. Nak update mende ekk. Haa! Tengok dulu gambar kami boleh? Hihi.
Cerita pertama, tadi pagi ada forum apresiasi kemerdekaan kat IPGM aku. Ahli panelnya terdiri daripada Prof. Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dan seorang lagi Prof tapi aku lupa la plak namanya. Nampak sangat kau tidur Ayisy masa forum tu berjalan. Hahaha. Aku nak ulas balik kat blog ni tak boleh-boleh. Idea dalam pale hotak ada tapi nak menterjemahkan ke dalam bentuk ayat mak aih tak reti seh. Payah giler. Senang cerita, kemerdekaan yang kita capai hari ini berdasarkan politik. Dan adakah orang Melayu akan terus kekal memerintah negara ini berdasarkan situasi politik masa kini? Ehem... rasanya budak bernama Ayisy tak sesuai menulis benda-benda berat camni. Heh!
Cerita kedua, kat blok kediaman aku ni merupakan syurga bagi kucing-kucing yang kehilangan tempat tinggal dan kekurangan kasih-sayang. Kira blok kediaman aku jadi rumah bahagia kucing la. Kepada kucing-kucing, jika anda lapar, Miaooooww saja di depan pintu bilik-bilik penghuni blok Nuri yer. Anda pasti akan dilayan dengan penuh kasih-sayang. Sayangilah haiwan seperti anda menyayangi... menyayangi siapa ekk? Haha. Moga-moga kucing tu mendoakan kebahagiaan anda. Amin...
Ko tengok! Betapa bahagianya kucing-kucing di blok kediaman aku. Cool jek lepak kat dalam baldi budak. Style tak style kucing kat sini. Opps! Orang kata kalau ambik gambar kucing, nanti kucing tu mati. Gulp!
*korang jangan ingat aku yang campak kucing tu dalam baldi, memang kucing tu lepak kat dalam baldi tu. Aku apelagi, amik gambar die la.
Cerita ketiga, korang main Facebook? Kalau belum ada, tak payah la nak main. Yahudi punya tu. Kalau dah termain, main elok-elok. Pandai-pandai jaga diri. Cuma satu jek yang aku suka main Facebook ni. Golongan dewasa pun main gak weh. Layan! Pensyarah aku pun ada Facebook! Giler kentang! Hahaha. Rasa dunia ini tiada sempadan. Barulah internet namanya! Hahaha... Tapi kalau pensyarah HEP add aku, heeeee. Rasa-rasa nak terima ke tolak? Kalau terima, habis segala rahsia tahap lobang cacing aku kena korek. Kih3! Dasyat sungguh penangan internet ni kan.
Ok, sekian dulu untuk hari ini. Mercun dah beli belum? Heee..
Comments
Salam lembaran Aidil fitri Maaf zahir Batin sesungguhnya aku ade buat salah terkasar bahasa harap di ampun... salam kenalan…….
Lemang lontong ketupat laksa,
kuih semprit kuih koya,
Sebulan sudah lama berpuasa,
Tiba masa untuk merayakannya,
"Ramailah orang memasang pelita,
berbaju melayu cantik ceria,
Salam dihulur kemaafan dipinta,
Menyambut aidilfitri hari mulia"
Maaf kerana lama tak berkunjung dib log korang kerana aku kesibukan disaat kerja-kerja-akhir di bengkel.. sorry.. aku tetap mengingati kalian semua.. my friends.. sincere azli…
p/s: Kami ingin menjemput anda semua menyertai komuniti blogger kami di Komuniti Blogger
Azie, saya ambil Bahasa Melayu. :)
facebook?manfaatkan jelah.saya pun ada, add lah.
ayisy, tentang forum ilmiah tu, kalau nak start tulis artikel berat, mula dari mendengar forum pun okeh gak hape. lagipun awak bakal cikgu, kan. jadi rasanya belajar menulis secara matang pun perlu juga :) manalahtau kalau tetiba satu ari nanti saya jumpa kat pasaran buku hasil tulisan ayisy. tak mustahil tu. hehe.
salam ukhuwwah, selamat berLEBARan. hehe.