ayisy.blogspot.com Versi Rayalah Pulak!



Waktu yang seronok, aku rasa begitu pantas berlalu. Waktu tak best, mak aih tak nak lembab plak kan masa berjalan. Jap jek raya dah seminggu. Raya tahun ni aku rasa paling best sepanjang hidup. Walaupun waktu akhir bulan puasa lepas rasa macam tak syok jek raya, tapi bila start hari raya pertama, haa kau!

Apa erti Hari raya Aidilfitri bagi korang? Bagi aku, susah plak nak cakap. Masing-masing pasti ada pengertian sendiri kan. Oklah, aku nak buat laporan rasmi sepanjang Hari Raya Aidilfitri aku tahun ini. Mungkin agak personal tapi aku tetap nak berbual kambing! Ahah!

Yang ni aku tak tau la nak cakap apa. Orang tengah raya pun masih nak jual aiskrim. Bocah ki bocah ki.

Hari raya pertama, macam biasalah beraya rumah saudara-mara versi veteran. Maksudnya saudara terdekat dan umur mereka sudah dewasa. Untuk raya pertama, beraya rumah saudara belah ayah aku area Kampung Parit Hailam dan Kampung Bahru. Kat Kampung Parit Hailam ni, ada seorang pembuat gambus terkenal seantero Johor iaitu Wak Hassan. Tetapi, aku sendiri tak pernah jumpa Wak ni. Hak3! Sengal giler, tapi lalu rumah dia pernah la.

Raya kedua, marhaban@baraan di Kampung Pasir Lebar. Malamnya, buat barbikiu.. Eh, ejaan sebenar camne ekk? Barbekue? Ahh.. Pening-pening. Haha... Pastu apelagi, bakor mercun dan segala benda haram la. Haha. Tak nak bergegar plak kan satu Kampung Pasir Lebar tu. Seronok main bakor-bakor duit ni. Heh! Thunder Clap la, Thunder King lah, Thunder Kong lah, Thunder Nak putus tanganlah.. Heee...

Marhaban At Atok House...

Raya ketiga, beraya plak rumah saudara belah mak. Saudara belah mak aku memang pure dia punyer Jawa. Generasi atok aku lahir kat Jawa pastu berhijrah ke Tanah Melayu. Aku ni nama jek Jawa, tapi lepas lahir jek kat dunia, mulut aku automatik cakap Bahasa Melayu.

Sesi story telling tentang sejarah keturunan aku.

Raya keempat sampai la hari Sabtu lepas, aku bergasak beraya rumah kawan-kawan. Masing-masing muka dah macam atok orang. Hahaha. Tak lah, muka dewasa la. Dulu masa sekolah semua muka jambu-jambu, sekarang masing-masing muka dah ensem. Crett la ko Ayisy. Hihi. Kepada Hassanul, terima kasihlah kerana kau la satu-satunya member yang kasik duit raya masa beraya. Haha. Lepas duit minyak motor aku. Kih3!

Sesi menziarahi rumah member.

Ok, tu jelah laporan untuk diaudit ISO9001. Kah3! Selamat Hari Raya.........!

Comments

Olive Tree said…
Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!
Admin said…
rye d klate jomm.. =)
ayisy said…
olive tree guitar, thank you.. :)

ahsfantasy24, jom! hehehehe...
haha..ngade la ayisy dpt dwit ryer..
hahaha..
ehhh Nazi..hang punyer pict masok lam blog ayisy!!! heboh arr nanti gmbor msok intenet..]
kui kui/..
ape2 pon.
slmt ari raye ayisy..and pmbace blog ayisy sume..
salam
haha..ngade la ayisy dpt dwit ryer..
hahaha..
ehhh Nazi..hang punyer pict masok lam blog ayisy!!! heboh arr nanti gmbor msok intenet..]
kui kui/..
ape2 pon.
slmt ari raye ayisy..and pmbace blog ayisy sume..
salam
ayisy said…
hahaha.. duit penting wo lagi2 masa belajar ni. kih3! Nazi jap lagi femes la. Hehehe. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. :)
Nadiene said…
aku biler nak fames???heee.. syami, jangan lupe undi aku , ko kena tolong aku nie.. tekan "vote me" kat blog aku.. TQ genz..
ayisy said…
kau berlakon la macam akak Aslam kompom femes. hehehehe... orait bebeh!
M.o.2.@. said…
tu la len kali inform la dlu kalu nk trjah umah ak..
kn dh xdpt jmpe ak yg ensem ni..
kuikuikui..
tapi awat raye b2 je?abon mne?paan?
ko g umah nas je ke?umah sawit?
ayisy said…
hahaha. aku main terjah jek. haha.. aku raya dengan daus sekali. pergi rumah enol, apiz, dayah, pian, acab, madin dan lain2 lagi. rumah sawit aku pergi takder orang. hahaha..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...