Posts

Showing posts from August, 2009

Melancong Ke Melaka.

Image
Sengal ubi betul badan aku. Rasa dah dekat 3 hari aku menyenyapkan blog ini. Sory la start semalam member aku Hafiz balik B.Pahat. So apelagi, berjalan-jalan la kitaorang. Sabtu lepas kami pergi Kluang. Ceh, kau kan dah pergi Rabu lepas, semalam pun kau pergi lagi. Takper-takper, hari tu kau pergi sorang-sorang semalam kau pergi berdua. Berdua denganmu pasti lebih baikkk... Hahaha.. Dan tadi, kami rempitan pula ke Bandaraya Bersejarah iaitu Melaka. Yah! Sebenarnya, dah banyak kali aku pergi Melaka sejak kecil tapi tak pernah jemu. Ada jek benda baru yang best kat Melaka ni. Korang yang tak pernah jejak kaki ke Melaka, bawak-bawakla diri korang ke negeri Parameswara ni. Kompom best wa cakap lu. Korang nak apa? Shopping? Makan angin? Melawat tempat bersejarah? Tengok mat saleh? Makan cencalok? Semua ada kat Melaka ni. Eceh! Walaupun dalam bulan puasa, kami tetap bersemangat kentang naik motor ke Melaka (2 jam 30 minit). Padahal kalau pergi kuliah time puasa, mak aih..melepek jek kat kela...

Melancong Ke Kluang.

Image
Boulevard di Kluang Parade. Hahaha... " I walk a lonely road The only one that I have ever known .. Aha..aha..." Hek eleh, apa pesen kau tulis tajuk camtu Ayisy. Macam la Kluang jauh sangat dengan rumah kau. Hehehe... Kluang, sebuah bandar di tengah negeri Johor. Masa aku kecik, semasa aku tinggal di Mersing hampir setiap minggu aku lalu bandar Kluang. Dulu, aku suka betul lalu bandar Kluang pasal boleh tengok landasan keretapi. Eceh! Kecik-kecik dulu aku memang mat jakun tengok keretapi. Tapi sekarang bila tengok landasan tu jek rasa nyampah melimpah-ruah dalam hati aku ni. Hahaha... Hari Rabu lepas aku rempitan ke Kluang sebab dah bosan dengan Batu Pahat. Asyik explore B.Pahat jek, tu yang giler pergi Kluang. Naik motor dalam 45 minit jek. Dalam Kluang Mall yang baru. Best ke Kluang tu? Heh! Kalau 10 tahun dulu ada apakemendenya kat Kluang tu. Ingat lagi dulu kalau aku lalu Kluang, mesti singgah The Store kat BCB. Beli majalah Anak-anak Sidek dan Along. Hihihi.. Siapa dulu...

Zaman Kecil-Kecil Cili Padi. Hah!

Image
Pejam kelip-kelip mata, umur aku dah 20 tahun. Teringat masa kecil-kecil dulu main korek pasir kat kampung. Korek pasir buat longkang, pastu ada gua kemudian curah air konon-konon macam betul-betul la. Pastu kudis mula tumbuh kat kaki. Hahaha.. Ok, entry ni tak panjang, cuma banyak gambar jek. Gambar sepanjang zaman persekolahan aku daripada tadika sampailah tingkatan 5. Bila kenang balik zaman tadika, aku teringat ada sorang budak selalu cubit badan aku. Rasa cam nak nangis jek tapi tahan sebab malu la kan lelaki. Pehal tah mamat tu tiap hari cubit aku. Sampai cikgu pun perasan. Kalau aku jumpa kau sekarang, aku smack kepala lutut kau. Kah3! Oh yer, ingat lagi zaman tadika, waktu rehat dapat makan free kan? Apakah makanan kegemaran korang masa tu? Aku paling suka nasi goreng dan roti bakar. Paling nyampah bila time bubur apa entah. Sumpah nak muntah makan. Tak sedap! Uwekkks! Sudah, jom tengok proses pengembangan diri aku ketika dulu. Yeh! Damm! Ni la gambar masa aku prasekolah. Aku s...

Tabiat Tersangat Baik Diri Aku. Kah3!

Image
Shuuutt..! Gambar Aku Ketika Muda Dulu.. Hahahaaah! Malam-malam ni, aku rasa nak mengarut sikit lah. Boleh tak murid-murid? Boleh cekgu... Cekgu nak ngarut apa malam ni? Orait, siapa yang dekat sini suka shopping? Perempuan of coz la kan. Tapi aku yang bergelar bocah lanang (lelaki) pun suka membeli-belah. Jap, kenapa kata ganda membeli dipadankan dengan perkataan belah? Aku pelik apa kena mengena membeli dengan belah. Adakah nenek moyang kita dahulu kala suka belah barang yang diaorang beli? Contohnya beli buah kelapa pastu belah. Habis, kalau beli minyak, nak belah apanya ye tak? Ok, cukup untuk mengarut pertama. Muahaha... Seterusnya, kenapa bila aku shopping aku akan rasa mahal atau murah dengan nilai wang yang sama. Contohnya la, kalau aku beli topup RM 10 aku rasa murah dan biasa. Tapi kalau aku beli charger RM 10 mak aih mahalnya, sayang duit oooh. Takpun bila makan KFC RM 10, rasa biasa jek, tapi bila makan kat warong mahal sikit jek (RM 6++), peh...rasa menyirap jek. Haishh! S...

Laporan Akhir PBS Aku Di SK Wan Ibrahim.

Image
Bergambaran di hadapan mural buatan kitaorang. Ok beb! Entry hari ni merupakan penutup bagi cerita PBS aku. Menda la kau Ayisy dah 2 hari lepas habis baru nak cerita penutup. Takper, dah nama pun ending, tu yang lambat. Hari terakhir ngeteh di kantin sekolah. Kuih 4=RM1 jek. Bala murah giler. Ending PBS aku boleh dikatakan syok jugak. Minta tanda tangan guru besar, pastu cari bahan terakhir di perpustakaan kemudian duduk di perhimpunan murid. Sambil-sambil tu ambik la gambar sekolah buat kenangan. Walaupun sekolah SK Wan Ibrahim tu dekat benor dengan IPGMKTAA, tapi rasa sedih plak bila nak blah dari sekolah tu. Hari pertama bingung-bingung, hari last rasa sedih plak. Kejap jek seminggu berlalu. Yang best aku dapat hadiah cabutan bertuah masa jamuan J-QAF. Hua3! Sebuah pembaris Ben-10 warna hijau. So cute…(orang yang bagi..muahahaha). Abaikan muka aku yang senoneng. Baju aku ada belang biru, so korang jangan psiko aku pakai baju budak sekolah. Hahaha... Cam **&* jek. (kame...

Dugaan Dan Rezeki Di Ramadhan Pertama.

Image
Alhamdulillah, akhirnya setelah 2 bulan aku menginap di daerah kelahiran Dato Siti Nurhaliza, hari ini, aku pulang ke sebuah daerah di mana pada zaman dahulu, sekumpulan tentera Siam yang kehausan telah memahat batu untuk dibuat perigi. Haha... Pulang ke kampung pada 1 Ramadhan dengan menaiki keretapi yang sekali lagi mendelaykan dirinya. Aku dah macam peminta sedekah tersenggut-senggut duduk kat kerusi stesen keretapi Kuala Lipis semasa menunggu buah hati yang lambat(KTM). Say sucks to KTM!!! Satu Ramadhan 2009 yang penuh dugaan. Baru hari pertama dah macam-macam dugaan berlaku. Heh! Nasib baik mood steady jek. Kalau korang nak tahu, masa aku tidur kat dalam train tu, entah camne kanta cermin mata aku tertanggal sebelah. Cari-cari tak jumpa. Ahh sudah... Senoneng mata aku sebab rabun sebelah mata. Dalam pale hotak sudah memikirkan bajet yang perlu dilaburkan untuk ganti kanta baru. Paling-paling habis RM 50. What The Money! Susah dicari tetapi mudah dihabisi. Tak cam style plak kan bo...

Kami Melakukan Vandalisme Di Sekolah! Muahahaha!

Image
Kimie : Ayisy, ko buat apa tu? Ayisy : Gua rasa cam tak yakin jek dengan ketulenan besi ni. Kuat ke? Kimie : Kuat punyer, besi K.Lipis mari bai. Ambik dari rumah Dato Siti Nurhaliza. Rilex, sebenarnya kami (Ayisy, Shafiq, Kimie, Fareez, Han dan Afiq) cuma menconteng dinding dengan penuh kesenian dan kecantikan. Heh! Semalam masa PBS kat SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis kami dan kakak KPLI telah diberikan lesen untuk melakukan vandalisme secara profesional. Mural. Satu perkataan yang aku rasa korang dah faham bila mendengarnya. Oh yeh! Ni lah kali pertama aku buat mural. Hah! Pe kono den dah besar panjang tak pernah buat mural. Ayisy : Han, aweks IPKB kat bawah! Comel seh! Han : Mana-mana? Kami melukis mural bukanlah di dinding tepi kelas, tangga ataupun di kaki lima. Yang kami lakukan jauh lebih tragik iaitu melukis mural di dinding bangunan tingkat dua. Iyer! Tingkat dua. Ceh, kalau buruh binaan dengar kompom kena nganjing sebab diaorang dah biasa dengan ketinggian tersebut. Ekeke......

Kehidupan Aku Bersama Teknologi Tanpa Wayar.

Image
You’re so beautiful So damn beautiful Said you’re so beautiful So damn beautiful Dah, stop. Sory la weh hari ni aku tengah layan lagu Akon Ft Dulce Maria yang diberi nama Beautiful. Sedap gak lagu dia. Dulu aku mana layan lagu Akon sebab suara macam buat-buat manja nak tarik perhatian. Gediks seh dengar, siyes. Haha... Tengah sedap layan lagu sambil togak air sirap free cikgu kpli belanja tadi, tiba-tiba aku dapat idea nak cerita pasal wireless. Wireless kalau dalam bahasa ibunda dan ayahanda kita bermaksud tanpa wayar. Kalau tengok sejarah hidup aku, aku mula kenal teknologi wireless semenjak ayah aku beli televisyen Panasonic 14 inci berserta alat kawalan jauh tanpa wayar. Peh! Teruja bai dapat tengok tv ada 'kontrol'. Boleh tukar channel tanpa picit-picit butang kat tv. Heh! Pastu main 'kontrol' tv tu, halakan sensornya di dinding pastu tengok ia masih berfungsi menukar channel walaupun tak dihalakan ke tv. Wah! Hebat! Tepuk tangan..! Kemudiannya, kereta kawalan jauh...

Bosan, Terkilan dan Seronok.

Image
Friendster sekarang dah tak relevan sebagai medium untuk bersosial di internet? Korang semua yang masih aktif berFriendster, seronok tak main Friendster? Aku dah lama tak menziarahi laman web tersebut sebab bosan. Kalau ziarah pun tak sampai seminit pastu blah. Tapi semalam aku terperasan yang Friendster dah letak Chat Box kat bawah page dia. Lebih kurang macam Facebook la tapi aku rasa dah terlambat Friendster untuk berbuat demikian. Haha… Lantaklah diaorang nak buat apa. Yang penting kita sebagai pengguna tahu batas-batas tertentu semasa menggunakan laman web tersebut. Oh yer, aku hari ni tak dapat update pasal PBS aku sebab tiada apa yang menarik untuk dikongsi. Kalau aku paksa tulis gak, kompom amat membosankan. Buat pengetahuan korang, tadi aku dapat khabar gembira bahawa taiko Bahasa Melayu di Malaysia iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berada di Kuala Lipis. Dengar khabar esok dia nak pergi IPGMKTAA. What The Hekk aku takder kat kampus esok! Aku kat sekolah...! O...

PBS Di SK Wan Ibrahim, Hari Pertama...

Image
Semasa perhimpunan, muka kering jek. Kah3! Hai! Mungkin minggu ni aku akan update blog dengan cerita PBS(SBE) aku. Kepada insan yang bukan bergelar guru pelatih, meh aku bagitau, PBS dalam bahasa Melayunya bermaksud Pengalaman Berasaskan Sekolah. Ia merupakan satu latihan untuk guru pelatih merasai suasana, sistem pentadbiran dan masalah yang terdapat di sekolah. Masa yang diberi cuma satu minggu. Cukup menyeronokkan bagi yang minat tetapi sangat memeritkan bagi orang yang tidak minat. Aku? Aku biasa-biasa ajek. Ada part yang aku minat, ada part yang aku tak minat. Cara? Pemilik blog semasa mendaftar di pejabat sekolah. Muka innocent jek. Haktuih! Cerita pertama, waktu persekolahan di sekolah ini bermula jam 7.40 pagi. Amat berbeza dengan negeri Johor yang sesi persekolahannya bermula jam 7.10 pagi! Walaweh! Bersemangat sungguh orang negeri Johor nih. Hahaha... Whatever lah... Janji kita tak datang lewat ke sekolah kan. Aku bersama 2 orang rakan sekursus dan 3 orang rakan lain kursus m...

SBE dan Aku Seorang Jawa Tegar. Kah3!

Image
Kabare Wak Mustar!!! Oh... Esok merupakan hari pertama aku untuk SBE semester ni. SK Wan Ibrahim, Kuala Lipis Pahang, wait for me bebeh! Dan, pemakaian penutup muka adalah amat penting ketika berada di sekolah. Selesa atau tidak itu tidak penting, yang penting virus selesema babi a.k.a jabit perlu dijauhi. Di saat selesema babi ini mencokot manusia, tokey-tokey pembuat topeng penutup muka mungkin sedang tersenyum sendirian kerana barang mereka laris di pasaran. Huh! RM3 untuk 5 keping topeng? Itulah harga yang aku laburkan untuk membelinya semalam. Beginilah realiti hidup. Orang yang berfikiran jauh akan mencari peluang dalam masalah. Contoh mudah kes di atas. Aku? Apa peluang yang aku cari dalam masalah selesema H1N1? Menulis artikel mengenai H1N1? Ramai yang sudah menulis. Buat vaksin H1N1? Biologi aku hanya B3 ketika SPM. Mencari peluang untuk bercuti kerana H1N1? Heh! Topik lain pula. Siapa di sini yang berketurunan Jawa? Hah! Mungkin ada di antara korang yang sudah tahu penulis bl...

Pagi Sabtu Yang Touching (Drama Nur Kasih TV3)

Image
Aku Seorang Touching... Pagi Sabtu tadi buat pertama kali aku hiasi masa dengan menonton filem touching bertajuk Nur Kasih . Baru beberapa hari lepas aku bercerita mengenai gambar berkaitan drama tersebut, tah camne pagi ni boleh pulak aku terbukak YouTube lalu menonton drama ini. Terima kasih aku ucapkan kepada Celcom Broadband kerana sepanjang pagi ni kau memberikan servis terbaik untuk aku, tengok video YouTube macam tengok kat tv beb. Heh! Sewaktu entry ni ditulis pun aku masih menonton drama ini, dah dekat 3 jam lebih aku duduk depan laptop sejak pagi tadi. Touching la katakan. :P Tahniah aku ucapkan kepada pembikin drama ni. Touching giler beb! Sob3! Nasib baik aku maintain jek dari mula start tengok. Hak3! Kepada mat-mat motor, apa kata lu tengok citer ni, kompom lu pun touching. Ok, aku rasa dah ramai gak yang tengok cerita kan. Kalau yang tak pernah tengok, korang boleh tengok kat YouTube, taip jek Nur Kasih. Oh yer, nak promote sikit, aku juga sedang layan drama Blogger...

Aku Yang Tak Jiwang. Hak3!

Image
Kumpulan Boboy Tiada lagikah artis berkumpulan yang dipelopori remaja masih bersekolah pada masa kini? Ingat lagikah kita pada zaman dahulu sekitar awal tahun 2000 di mana banyak kumpulan muzik yang diwakili remaja belasan tahun? Kumpulan seperti Newboyz, Q-Face, Boboy dan Antz menyerikan persada muzik tanah air kita dengan lagu-lagu seperti Izinkanlah, Sejarah Mungkin Berulang, Lukamu Lukaku Jua, Norkia, Sebati dan sebagainya. Hehehe.. Bro Fairuz , aku takder niat tersembunyi eh tulis entry kali ni. Saja berkongsi pendapat. Hee.. Bila dilihat keadaan sekarang, jarang kita dengar kumpulan muzik remaja belasan tahun membuat album. Kadang-kadang, bila teringat zaman sekolah dulu, area tahun 2002-2004 rasa rindu menerjah. Hidup aku dihiasi pelbagai genre lagu especially lagu-lagu kumpulan remaja ni. Aku (masa darjah 5,6) dengan adik aku siap beli album Boboy tu beb. Hak3! Lentok abes dengar lagu diaorang masa tu. Nyanyi sikit! Kuterima semua ini Sudah kehendak takdir Ilahi Berakhirlah se...