Peh! Hari ni aku bersama teman seperjuangan telah menaiki 4 buah Kapcai dengan jarak perjalanan 140km. Perjalanan ini menyebabkan kaki dan beberapa bahagian badan sengal-sengal ubi. Adehhhh...!
Masa di IPG, kebanyakan masa aku habiskan bersama rakan-rakan yang main motor. Makan, lepak, study, jalan-jalan, shopping dan sebagainya aku lebih selesa dengan geng-geng motor. Sebenarnya, tak pernah terfikir pun motor akan jadi hobi utama. Masa zaman sekolah, memang tak sentuh motor. Tapi minat tu memang sejak kecil dah ada. Kalau tengok motor, tahu la apa jenisnya, berapa CC nya. 5 tahun setengah berlalu, kenangan bermain motor di sana aku tutup dan simpan menjadi memori terindah. Tersangat indah. Hampir setanding indahnya dengan memori zaman sekolah. Jadi, sebelum kami berpisah selepas tamat belajar, kami buat satu perjanjian. Perjanjian yang dinamakan Perjanjian Cameron. hahaha Perjanjian tu kami buat namun tak la serius sangat nak tunaikan. Memandangkan masing-masing berada di haluan yang berbeza. Seorang di utara, seorang di tengah dan seorang di selatan. Tapi sebagai seorang rider! Amboii... Jarak bukan penghalang. hehe Dan minggu lepas, perjanjian yang asalnya han...
Tahniah buat pengeluar motosikal Yamaha kerana berjaya mengeluarkan sebuah moped yang memenuhi selera pengguna dan berlainan daripada moped biasa. Yamaha 135LC 5 speed 2011 (Malaysia)... Bagi aku, cukuplah pengeluar motosikal lain yang hanya mengeluarkan moped dengan spec biasa-biasa dan tradisional. Hanya ubah rupa moden sikit manakala teknologi enjin tiada perubahan ketara. Yang membuatkan Yamaha 135lc berbeza dengan moped lain? 4 dan 5 speed, 135cc, liquid cool, ada bakul, multi function dan monoshock untuk 4 lejang sudah memadai. Nak kasik lagi sentap, kasik sumbat twin cam (DOHC). Heh! Gambar atas kredit to Y135C-Community Of LC'ians Spirit Satu lagi! Beli Yamaha 135lc 5 speed 2011 terus boleh buat leper. Sebab? Tayar standard kilang dah cukup lebar. Depan 70/90, belakang 100/70. Nak lagi sedap, tukar tayar lebih grip dan footrest racing. Rim? Siap sedia lebar. Saiz belakang 2.50, depan masih tidak pasti. Jika dilihat sport rim ada lubang, Enkei? Harga? RM7600++ OTR. Dah boleh...
Dua budak baju hitam, sedang bayar donat, satu...(sila sambung) Bosan dengan donat yang anda makan sekarang? Ingin merasai suatu perubahan? Jadi apa kata kita pergi Big Apple Donuts & Coffee. Sesekali kena tukar selera. Hak3! Dulu aku tak reti makan donat-donat di restoran, aku standard makan donat kat pasar lambak atau kedai janda tepi jalan jek. Hak3! Masa hari raya lepas, Fid ajar aku makan donat kat restoran plak. Sekali makan terus gian. Haha.. Dulu aku tak pandang Big Apple mahupun Dunkin Donut, nak masuk pun segan-segan. Terima kasih Fid kerana mengajar aku cara-cara makan donat. Hehe.. Kau jugak yang ajar aku makan di Dunkin Donut dulu. Pada pandangan aku, donat-donat di Big Apple Donuts & Coffee lebih yummy berbanding Dunkin Donut. Siyes weh aku cakap. Setiap kali balik kampung mesti pergi makan donut di Big Apple. Donat kat kedai janda tuh dah lama dilupakan. Hahaha. Tipu jek. Harga donat di Big Apple sebiji RM2.30 tak kira rasa. Aku cadangkan untuk yang baru mula nak...
Comments