Tahniah buat pengeluar motosikal Yamaha kerana berjaya mengeluarkan sebuah moped yang memenuhi selera pengguna dan berlainan daripada moped biasa. Yamaha 135LC 5 speed 2011 (Malaysia)... Bagi aku, cukuplah pengeluar motosikal lain yang hanya mengeluarkan moped dengan spec biasa-biasa dan tradisional. Hanya ubah rupa moden sikit manakala teknologi enjin tiada perubahan ketara. Yang membuatkan Yamaha 135lc berbeza dengan moped lain? 4 dan 5 speed, 135cc, liquid cool, ada bakul, multi function dan monoshock untuk 4 lejang sudah memadai. Nak kasik lagi sentap, kasik sumbat twin cam (DOHC). Heh! Gambar atas kredit to Y135C-Community Of LC'ians Spirit Satu lagi! Beli Yamaha 135lc 5 speed 2011 terus boleh buat leper. Sebab? Tayar standard kilang dah cukup lebar. Depan 70/90, belakang 100/70. Nak lagi sedap, tukar tayar lebih grip dan footrest racing. Rim? Siap sedia lebar. Saiz belakang 2.50, depan masih tidak pasti. Jika dilihat sport rim ada lubang, Enkei? Harga? RM7600++ OTR. Dah boleh...
Kadang-kala, tak semestinya yang mahal itu cantik. Kadang-kala, tak semestinya yang ringkas itu tidak menawan. Kadang-kala, tak semestinya yang baru itu bergaya. Semasa zaman sekolah menengah, aku teringin memiliki beberapa jenis jam yang ketika itu walaupun harganya cuma rm29, peh… tak nak mahal plak kan. Beli jam rm15 kat pasar lambak pun terkial-kial nak bayar. Hehe.. Impian tu akhirnya aku lupakan dan berlalu di bawa angin bayu. Fuuuu…. Zaman tingkatan 1-2 dulu, aku memang mengidam nak pakai jam Casio F-91W, Casio Solar Al-180 dan Casio Data Bank DB-310. Harga jam tu zaman dulu-dulu antara rm30-120. Mana la aku ada duit. Kalau jalan-jalan kat mall, jeling dari jauh jela jam tuh. Memang touching habis lah. Takper Ayisy, takper. Kau belajar rajin-rajin. Dah besar kau boleh beli apa yang kau suka. Mangkuk tandas ada jam digital pun kau boleh beli Ayisy. Last-last aku terlupa impian aku tu sampailah…. Dua minggu lepas, entah camne aku boleh terjumpa blog pasal jam digital retro. Maksud...
Semasa entry ni ditulis, aku baru habis kuliah Bahasa Melayu Pentaksiran. Kuliah bermula jam 3.00 sehingga jam 5.00 petang tadi. Sebelum mula kuliah, aku dan beberapa rakan kena sound baik punyer dengan pensyarah tersebut sebab lambat 5 minit. “Mentaliti kelas ketiga!!!!”. Peh, menusuk jiwa raga aku betul masa kena sound tu. Huk3! Bila sebut lambat atau tidak menepati masa, ni la budaya orang kita termasuk aku walaupun aku buat cuma kadang-kadang jek. Haktuih la ko Ayisy! Heh! Tapi serius, tadi aku lambat ke kuliah disebabkan hujan tiba-tiba turun. Aku dah keluar bilik 10 minit awal dan bila sampai jek kat parking motor, hujan mencurah turun. Bila tengok jam dah menunjukkan pukul 3.05, hujan masih renyai-renyai tapi aku tetap rempit jugak pergi kuliah. Bila pensyarah sound, aku diam jek malas nak berdebat sebab aku tahu itu salah aku walaupun aku ada alasan yang sungguh munasabah. Tak baik lawan cakap guru kita ye tak. Dan yang penting, setiap butir kata yang keluar daripada mulut pen...
Comments
sgt shuke..
ermm klau anak murid cik sara camni:
cik sara soh diorg join program KIA2M..
haha