Posts

Jambatan Gantung Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Image
Cantik. Tengok dia punyer tiang cukuplah memang smart ahh. Ok, dah tengok gambar kat atas ni lama-lama? Korang rasa kat mana? Taman Negara? Sungai Pahang? Atau Sunway Lagoon? Hahaha. Semua bukan bai. Sebenarnya jambatan gantung tu belakang bilik aku jek. Hebat tak? Haha. Well, jambatan gantung tu adalah ikon terbaik IPGKTAA aku. Dulu tiap-tiap hari lalu sampai dah takder feel. Kalau yang mula-mula lalu mesti jakun punyer lah. Sekarang aku dah jarang lalu sebab malas jalan kaki pergi kuliah untuk menambah berat badan aku yang cekeding nih. Akibat usaha ini, berat aku naik daripada 52kg (2008) kepada 61kg (2009). Macam haremm jek aku. Haha. Pandangan atas. Budak baju hitam tu mesti tengah feel lalu jambatan ni. Ekeke. Gurau jek. Berbalik kepada jambatan gantung ni. Jambatan ni korang jangan main-main. Dia punyer tinggi memang boleh buat main terjun bunjee. Tak percaya? Korang tengoklah dia punyer tiang tu tinggi mana. Nasib baik kat bawah tu takder air. Eh, ada. Air longkang jek lah. Kal...

Hari Sabtu! Yeh!

Image
Dulu masa sekolah hari Sabtu jek lepak kat Bukit Soga. Happening beb! Haha. Bila fikir, daripada zaman sekolah sehingga zaman di IPGM ni, aku rasa hari Sabtu lah hari paling menenangkan. Jauh daripada kesibukan. Feel pada hari Sabtu lain bagi aku. Sehingga sekarang, bila masuk hari Sabtu yang sangat-sangat free, aku rasa macam zaman sekolah dulu-dulu. Lepak kat bilik/dorm jek takpun jalan-jalan. Memang best. Haha. Rileks! Zaman sekolah. Suasana biasa jika outing. Tapi ni gambar masa balik kampung. Lebih kuranglah. Zaman sekolah dulu, hari Sabtu waktu petang boleh outing. Tu lah waktu paling best. Tapi sekarang aku dah tak outing dah. Lepak bilik dari pagi sampai malam. Malas nak keluar sebab bukan ada menda pun. Hahaha. Lain la zaman sekolah dulu kalau keluar gerenti happening. Member-member lain kat IPGM hari minggu jek keluar pergi K.Lumpur lah, balik kampung lah. Ikutkan hati nak jek ikut tapi aku tak suka Kuala Lumpur. Kalau pergi Kuala Lumpur mesti otak aku kusut sebab keadaannya ...

Tag. Piwwit! Haha.

Image
Oh. Aku kena tagged. Haha. Tag ni diberikan oleh Amirah Rashid . Thanks! Jadi, inilah jawapannya. Where is your cell phone? Ni hah kat sebelah laptop aku. Handphone aku dah jadi hiasan jek. Dah tak selalu guna. 2) Relationship? Belum berkahwin. 3) Your hair? Skema, belah tepi. Kalau pendek buat cacak sikit tapi tak berapa nak cacak. 4) Work? Guru Pelatih. 5) Your sisters? Aku anak sulung. Ada adik perempuan sorang. Haha. 6) Your favorite thing? Jam tangan...motosikal...cuti...melancong... Hihi Aku tak ingat la gambar ni dah ada ke belum. Haha. Aku dah takder stok gambar baru. 7) Your dream last night? Aku kalau mimpi memang tak boleh ingat. 8) Your favorite drink? Nescafe tarik. Peh! Taste orang tua siyut! Haha. 9) Your dream car? Subaru Impreza WRX 10) Your shoes? Kasut jogging, court, futsal, takraw dan kulit. Semua beli sebab dulu ambil PJK. Haha. 11) Your fears? Susah nak cerita. 12) What do you want to be in 10 years? Pensyarah mungkin. Part ni pun susah nak cerita lah. 13) Who di...

Demam+Selesema.

Image
Yahhhh! Nak cuti! *abaikan muka aku yang tak boleh blah. Cuba teka aku kat mana ni? Salam. Minggu ni aku diuji. Huk3! Dengan kerja yang banyak, tiba-tiba boleh kena demam+selesema pula. Adehhh... Aku kalau sakit demam atau selesema memang perit woh. Pening satu kepala, badan lemah jek. Pastu terbaring atas katil. Hidung berair jek. Memang perit lah. Bantai 100Plus sebotol baru kurang sikit. Tu pun dah menggelupur aku masa kat makmal komputer. Kalau ada isteri kan best, ada yang jaga makan minum aku, sakit pening aku. Kih3! *gatal* Sekarang ni, aku dah tak sabar nak balik cuti raya cina nanti. Lagi dua minggu lebih. Ahhh! Bestnyer cuti! Boleh jalan-jalan, lepak-lepak, shopping dan huhahuha. Hehe. Rindu dengan Nasi Bariyani Ayam. Nyum3! Ahhh! Adakah semua ini punca aku demam secara berleluasa? Baru aku sedar dah dekat tiga minggu lebih aku sibuk dengan urusan pembelajaran aku. Sudah tiba masa aku harok! Yeh! Rileks Ayisy rileks. Cuti lagi dua minggu bai. Lama lagi. Huk! Nampak benda puti...

Rolex Watch

Image
Kebelakangan ni, ramai peminat jam bercakap tentang jam Rolex. Aku pun nak cakap pasal Rolex lah walaupun tak mampu beli dan duit dalam simpanan aku belum tentu cukup untuk buat downpayment jam tu jek. Haha. Sebut jam Rolex ramai yang kenal. Kau tanya la siapa-siapa pun walaupun dia tak minat jam mesti tahu jenama Rolex. Tu lah penangan jam Rolex. Aku pula sejak kecil dah tahu jam Rolex. Sebelum aku kenal G-Shock dan Swatch, aku kenal Rolex dulu. Kat surat khabar pun selalu keluar iklan jam Rolex. Harga jam Rolex korang jangan tanya lah. Kalau korang nampak aku pakai jam Rolex ori, tu maknanya aku dah jadi jutawan. Hak3! Takpun aku dah kawen dengan golongan bangsawan/usahawan. Hehe. Sejarah Rolex ditubuhkan oleh Hans Wilsdorf dan Alfred Davis. Mereka menubuhkan syarikat "Wilsdorf dan Davis" di London. Perniagaan utama mereka pada masa itu adalah mengimport Hermann Aegler's Swiss movement ke England. Pada tahun 1908 Wilsdorf telah mendaftarkan nama "Rolex" dan me...

Pensil Warna Oh Pensil Warna.

Image
Staedtler Luna. Terbaik daripada zaman sekolah! Huih! Dekat seminggu aku tak kemas kini blog. Haha. Minggu ni aku sibuk sikit. Dengan kuliah memanjang, tunggu duit masuk,mewarna buku anatomi, buat fail untuk diaudit, teman member setting motor...Huh! Memang sibuklah sampai blog ini dilupakan. Esok pun ada kuliah ganti untuk raya Cina, lepas tu gerak pergi Raub cari aksesori Pengakap. Peh! Aku tahun ni jadi Pengakap siyut. Hehe. Nak buat macam mana ia dah jadi salah satu daripada silibus PISMP. Dah ngajar kat sekolah nanti komfem kena jadi cikgu penasihat badan beruniform yer tak. Oklah, kita ke tajuk utama entry ni. Pensil warna. Korang tahu apa itu pensil warna. Kalau tak tahu sah korang kecik-kecik tak pernah pergi sekolah. Ataupun korang sekolah zaman perang Jepun dulu di mana pensil warna mungkin tiada dijual pada zaman tuh. Dulu masa kita kecik mana ada duit nak beli pensil warna ye tak. Nak tak nak minta mak ayah la belikan. Beberapa hari sebelum masuk tadika, mak aku belikan pen...

Watchmaker dan Fashion Watches.

Image
Seiko. Sebuah syarikat 'watchmaker'. Pening-pening. Itulah yang terjadi dalam kepala hotak aku semasa hendak menulis entry ni. Aku cuba memahami apa itu watchmaker, fashion watches dan couture watches. Hahaha. Study punyer study last-last tak berapa faham. Takper, aku nak tulis info asas jek. Apa yang aku tulis ni berdasarkan pembacaan aku pasal jam di website, blog dan forum. Jam watchmaker vs jam jenama fesyen? Ok, sebelum tu kita kenal dulu apa dia jam watchmaker dan jam jenama fesyen. Jam watchmaker ni ialah jam yang dibuat oleh syarikat jam (memang buat jam jek) macam Seiko, Orient, Citizen, Alba, Swatch, Rado, Omega, Breitling, Tissot dan Titoni. Manakala jam jenama fesyen pula contohnya macam Bonia, Guess, DKNY, Calvin Klein, Elle, Esprit dan Levis. Kebanyakan syarikat jam jenama fesyen ni dia buat macam-macam produk seperti baju, seluar, beg, dompet dan aksesori. Jam ni kira produk tambahan mereka lah. Kalau nak banding jam watchmaker dengan jam jenama fesyen, aku rasa...