Posts

Showing posts from January, 2012

Satu Lagi Perpisahan~

Pertemuan dan perpisahan adat kehidupan. Masih ingat lagi zaman awal berpisah dengan rakan persekolahan, memang cukup perit. Dan sekarang, berpisah pula dengan rakan di IPG. Berpisah sementara waktu menjalani praktikum. Sekali lagi diri merasai perit. Selalunya, perpisahan akan berlaku bila kemesraan mula timbul. Bila proses dan umur persahabatan berjalan selama beberapa tahun, bila ianya mula terasa dekat, bila ianya mula membaca hati ke hati, di situlah akan bermulanya perpisahan. Perpisahan di sini bukanlah bermaksud berpisah langsung tak jumpa-jumpa. Tapi berpisah yang aku maksudkan ialah tidak lagi bersama. Masing-masing jauh. Namun, cukup perit untuk dirasai. Rasanya sudah bertahun-tahun letih melayan rasa hati berpisah dan berjauhan dengan rakan persekolahan. Tahun depan, mungkin bertambah lagi rasa perit tersebut dengan satu lagi perpisahan.

Cinta Itu Buta... Hahahaha!

Image
Seseronok mana pun aku ride ke sana ke sini, segembira mana pun aku berjalan di negeri orang, seghairah mana pun melayan koner di banjaran-banjaran gunung... Masih tak dapat menandingi seronoknya menghabiskan masa bersama teman rapat sejak zaman sekolah lagi. Setengah hari menghabiskan masa bersama teman rapat terasa begitu bermakna. Lebih bermakna berbanding menghabiskan masa hujung minggu dengan meleper ke sana ke sini. Ketenangan dan keindahan Cameron Highlands masih tidak setanding ketenangan yang diberikan di tempat sendiri. Bila berada di tempat sendiri, seakan hilang segala perasaan bimbang. Bila bersama teman rapat, seakan lupa segala masalah dan sedih yang membelenggu hati. Digantikan dengan gelak tawa dan kongsi cerita. Setiap saat mengukir senyuman di wajah. Kan indah jika semua itu berada di sekeliling kita setiap masa. Seperti suatu ketika dahulu~ Memang benar kata orang, cinta itu buta. Entahlah... Sehingga kini masih sukar menerima tempat lain dan orang lain. wakakaka!

Minat

Image
Ini risiko! Tapi anda menghadapinya kerana anda minat! Dalam hidup, kita kena pilih dan buat sesuatu yang kita suka. Pilihlah sesuatu yang kita suka walaupun ianya sukar. Kerana perkara yang sukar, kita akan tetap semangat untuk melakukannya jika kita suka. Pilih yang kita mahu. Pilih yang kita idamkan. Begitu juga semasa membuat sesuatu keputusan, dahulukan minat dan gerak hati. Sebabnya, dalam hidup kita akan sentiasa dilanda ujian. Namun, kita pasti akan menghadapinya dengan semangat kerana apa yang kita lalui adalah perkara yang kita suka. Biarpun kita jatuh tergolek, kita akan bangun dengan semangat baru mengejar kejayaan yang kita idamkan. Berlainan jika kita memilih perkara yang kita tidak suka. Benda yang senang menjadi sukar. Bila jatuh, sukar untuk bangun. Bila tersungkur, seakan tiada semangat untuk bangkit. Tersandung batu pun mengeluh berpanjangan. Itulah bezanya. Jangan takut untuk memilih yang kita mahu hanya kerana takutkan risiko. Dan jangan memilih yang kita tidak mah...

Sedih

Image
Hari ini, sekali lagi hidup aku diberi ujian. Selepas hampir 4 bulan hidup selesa, akhirnya masa yang ditunggu dan ditakuti tiba. Praktikum di kawasan pedalaman dan orang asli. (@_@) Walaupun telah bersedia, tapi bila ia menimpa, memang tak boleh sorok perasaan sedih, sunyi, takut dan risau. Tapi kita kena percaya, Allah tak akan menguji hambaNya mengikut kemampuan hambaNya. Lagipun sebelum-sebelum ini, perasaan yang sama telah banyak kali timbul. Ujian demi ujian silih berganti. Bila sudah lepas, diimbas kembali, aku boleh tersenyum. Maksudnya, dengan izin Allah, memang aku mampu menghadapinya. Kadang-kala, timbul rasa sedih dan sayu bila aku rasa macam tiada siapa yang faham dan nampak situasi aku sekarang. Walaupun bercerita dengan rakan rapat dan family, mereka tak nampak apa yang sebenar aku lalui. Akhirnya, hanya Allah tempat aku berdoa, meminta pertolongan dan mengadu. Sebab hanya Dia yang betul-betul mendengar kesedihan dalam hati aku. Untuk menghilangkan perasaan takut dan sed...

Biskut kering 3 keping + teh O panas

Image
Biskut kering 3 keping + teh O panas Hidangan petang itulah paling nikmat masa sekolah asrama dulu. Tak tau kenapa ianya begitu nikmat. Dan hidangan itulah yang aku paling ingat. Kadang-kadang mengelat, ngecek sikit dengan makcik kantin asrama mintak lebih. Tak pun cari member yang tak makan, ambil bahagian dia. Saja menulis tentang makanan. Sebab sekarang, kalau nak makan (makan ringan) apa-apa, mudah sahaja dapat. Cokelat, roti, biskut... Tapi kebanyakan makan sorang-sorang di hadapan laptop. Sedap? Entahlah. Rasanya makan biskut kering 3 keping + teh O panas waktu petang bersama rakan-rakan sambil gelak-tawa lebih nikmat. Penambah nikmat? Satu hari makan 5 kali sehari. Bayar RM1.00 sahaja sehari, lain-lain kerajaan tanggung. Nikmat bukan? Alhamdulillah diberi peluang untuk menikmatinya. Sekadar berkongsi memori indah yang dirindui~