Aksesori Motosikal

Sekarang ni pengeluar-pengeluar aksesori motor khasnya untuk pasaran motosikal kecil banyak mengeluarkan barang-barang high-end. Aku rasa ia berpunca daripada perubahan senario dunia motor di Malaysia sekarang. Aku perhatikan, contohnya lah geng-geng motor aku kebanyakan sudah bekerja dan berjawatan, pelajar IPT, engineer, mekanik, guru (kih3!) dan ada bakal doktor! Dan mereka ini berduit.

Antara sebab kenapa mereka layan motor adalah minat. Minat mengatasi segalanya. Lantak orang lain nak kata apa. Dan disebabkan mereka berduit, maka kuasa membeli mereka tinggi. Nak beli barang mahal sikit tak ada hal la. Jangan terkejut jika ternampak sekumpulan penunggang motosikal kecil memakai helmet Nolan dan AGV yang harganya antara RM700-1000 sebuah. Dan jangan terkejut jika melihat sepasang sport rim untuk kapcai mencecah RM2000++! Situasi ni dah jadi kebiasaan di kawasan sekitar K.Lumpur dan Penang. (berdasarkan pemerhatian aku)

Ok, di bawah beberapa aksesori motor high-end yang sempat aku usha semasa di Cubprix.


Yoshimura Mikuni TM-MJN (RM1k++ mungkin)



Yoshimura Ekzos Yamaha 135LC (harga/price: RM540-600)



Racing Boy Forged Rim + price tag



Yamaha 135LC + RB Forged Rim Black + RB Footrest V3 (harga/price: RM300) + RB 135LC Alloy Swing Arm



Racing Boy SP522 5 spoke (harga/price: RM380-400). Saiz 1.85f, 2.50r



Aftermarket meter



Yamaha 135LCES 5 Speed 2011 + RB Forged Rim Orange + Michelin Tire 100/80



RB Racing Footrest:
Yamaha 135LC Single Set (RM189-200)
RB Racing Use ~Cubprix~ (RM295)

*Harga yang disebutkan mungkin berbeza. Harga yang tertera merupakan harga yang aku lihat semasa di kedai dan pertanyaan dari rakan.

Comments

Berduit ea??belikan aku LC135 sebijik..hahahahaaa~ =p
ayisy said…
Penembak Muda... Boleh2. Aku belikan, tapi bayar guna duit kau. Hahaha!
Afzainizam said…
perrgghhh barangan yushimura mekuni ni bukan murah beb ... mahal gilerrr terutama meter koso tu perrgghhh tepuk dahi lah klu tengok harganya

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Selamat Hari Raya Aidil Adha
pada Korang semua yerr
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
diy polishing head lamp kereta
Afzainizam said…
Yoshimura Ekzos Yamaha tu dah lama aku idamkan.... Racing Boy Forged Rim tu pun pergghhhhh meleleh air liur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tinted film headlamp rr taillamp
ayisy said…
afzainizam... Skrg barang2 motor dah jejak ribu2. Huhu... Tapi ada jek yang beli orang Malaysia ni. Ada pulak pakai tayar FDR/Battlax buat daily use. Huh!
Admin said…
Tengah tunggu wak update tentang
kereta lak, hehehe :)
arerep- RaVe said…
Meter ntok lc es 2011 da ada??
Unknown said…
tahu x harga swing arm tu
Unknown said…
Skarang lc 5s aq pakai exjos yoshi tuh..beli harga kawan rm600..lepas nie klu ad duit nak sambo carb yoshi tu pulak..huhu!!
Unknown said…
Skarang lc 5s aq pakai exjos yoshi tuh..beli harga kawan rm600..lepas nie klu ad duit nak sambo carb yoshi tu pulak..huhu!!
Unknown said…
Skarang lc 5s aq pakai exjos yoshi tuh..beli harga kawan rm600..lepas nie klu ad duit nak sambo carb yoshi tu pulak..huhu!!
daus said…
Helmi hassan..performances ekzos yoshimura dari segi topspeed ok x..?

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...