Tayar Terbaik Untuk Motosikal Kapcai

Duro DM1188. Bunga tiru Battlax BT090.

Aku nak buat sedikit review tentang tayar motor. Di Malaysia, harga untuk tayar soft compound memang mahal. Contohnya Bridgestone Battlax dan FDR. Tapi ada beberapa tayar soft compound pada harga berpatutan. Antaranya Duro DM1188.

Setelah hampir 2 minggu pakai, layan Kuala Klawang, Lebuh Raya Karak, Cameron Highland-Simpang Pulai dan Balik Pulau apa yang boleh aku katakan grip ketika jalan kering memang puas hati. Berbanding Maxxis m6002, grip Duro DM1188 lebih baik. Melecet. Grip ketika jalan basah juga tidak mengecewakan. Tak terasa membuang ataupun licin.


Selepas diasah...

Harga? Lain tempat lain la harganya. Tapi best price pernah aku dapat ialah RM90 (90/80), RM110 (100/70) dan RM80 (80/90). Kebanyakan kedai aku tengok letak harga antara RM115-120 (90/80). Pandai-pandailah nego.

Tahan lama tak tayar ni? Itu aku belum kira. Tapi selalunya tayar soft compound memang cepat haus.

Jadi kalau banding Maxxis m6002 VS Duro DM1188, kedua-duanya ada kelebihan. Maxxis m6002 tayar yang sesuai untuk kegunaan harian, jalan jauh, jalan basah dan meleper sikit-sikit. Tahan lama tayar ni, aku pakai jejak 15000km baru haus. Itupun garis tengah tak hilang lagi. Sangat berbaloi. Manakala Duro DM1188 sesuai untuk kaki leper dan pengguna yang mahukan tayar melekat dengan kuat di atas jalan.

Comments

zetty said…
sy bukan penunggang motosikal...tp info y bgus..hehehe...like
Afzainizam said…
aku pakai tayar jenama Maxxis.. sepanjang aku pakai..memang amat berpuas hati..huhuhu dia punya grip masa kering dan juga masa hujan..amat memuaskan hati aku...

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda
Admin said…
Basikal pn xde,
motor lg2 la xde..huhu~
Unknown said…
kalau shinkko macam mana ?
adakah lagi baik atau sebaliknya ?
ayisy said…
Shinko tak pasti. Tak pernah try. Tapi feedback dari kawan2, setanding Maxxis.
penggila lensa said…
kingston cmne..? baek x? huhu
Unknown said…
nak tnya kalu tayar FKR DMONTE tuh okay taaak or brand FKR ni bleh buat meleper ke ? sya penah test turun genting pnya road agak panas n lembab skit okay ta membuang dan motor sya smua stock n ex5class1 je pun. Laju gaklah layan corner harituh.
kim tae hee said…
pakai tayar duro tu saiz berape belakang ? 100/70-17 ? tengok gambar dalam blog tu macam tayar belakang lc v1 .
kim tae hee said…
pakai tayar duro tu saiz berape belakang ? 100/70-17 ? tengok gambar dalam blog tu macam tayar belakang lc v1 .
Unknown said…
kalau vee rubber bagus x?

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...