Posts

Showing posts from September, 2010

Erti Raya Tahun Ini...

Image
Takder kerja ambil gambar kat tunggul. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Sengal la ko Ayisy dah seminggu raya baru nak ucap. Haha... Takper-takper, bukan salah pun kan. Sudah lama tak update cerita baru. Maklumlah, kesibukan dan keseronokan untuk menyambut raya selama hampir 3 minggu. Raya tahun ini macam biasa, best dan happening. Berjumpa dengan insan-insan yang mungkin hanya setahun sekali berjumpa. Kalau tiada raya, mungkin hubungan kekeluargaan atau persahabatan boleh terputus. Masing-masing sibuk dengan tugas dan pelajaran. Nak jumpa masa cuti pun susah. Jadi, di Hari Raya lah peluang untuk berjumpa dan bertanya khabar saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Apabila sudah lama tidak berjumpa, macam-macam cerita keluar dan hendak dibualkan. Tak berhenti-henti nak kongsi. Huhu... Masing-masing sudah berubah. Paling syahdu, berjumpa dengan seorang cikgu aku yang boleh aku anggap antara terbaik sepanjang persekolahan. Last jumpa tahun 2007. Banyak kata-k...

Helmet MS88 Review.

Image
Helmet MS88 Biru Jembalang Hantu Kalau korang rider atau penunggang motosikal di Malaysia, pasti korang tahu sejenis helmet yang diberi nama MS88. Ada orang cop ini helmet Mat Rempit. Lantak koranglah nak cop apa. Orang Malaysia memang suka macam tu, suka buat andaian tak tentu pasal. Nampak orang naik motor dicop Mat Rempit, nampak orang bawak BMW terus cop orang kaya padahal yang bawak tu entah-entah driver jek takpun pengedar barang harremm...! Huhuhu... Masa aku beli motor Yamaha 135LC, dapatlah free sebijik helmet MS88 ni. Tapi apa punya tokey kedailah bagi aku helmet MS88 warna biru dah tahu aku beli motor warna merah. Tak mecing! Tapi orang bagi bersyukur jek lah. Huhu. Sebelum ni, aku memang tak pandang helmet MS88 memandangkan helmet ni dicop helmet Mat Rempit. Dan satu lagi kualiti helmet ni aku rasa macam kureng sikit lagi-lagi bahagian padding/span di dalamnya. Nipis wooo... Sangat nipis sampai kalau pegang boleh rasa bahagian yang macam polisterin tu. Apa entah i...

Modenas Dinamik dan CT110 Review.

Image
Gila lama aku tak update blog. Haha. Rasa malas dan tiada mood pula. Maklumlah, sibuk dengan School Based Experience di SK Clifford dan sibuk dengan hobi motor aku. Nak cerita sedikit tentang dunia motor ni. Hari tu, member aku ada minta pendapat untuk dia membeli sebuah motosikal. Dia bercadang untuk beli motor Modenas CT110. Memandangkan aku sebelum ni tak pernah ambil port pasal motor Modenas, so aku buat sedikit kajian pasal motor ni di forum-forum dan internet. Antara motor Modenas yang aku familiar contohnya macam Kriss, Jaguh, GT128 dan skuter Karisma memandangkan motor-motor ni popular dan ada member aku yang pakai. Lepas aku baca di forum-forum, barulah aku tahu sedikit sebanyak tentang Modenas. Mungkin ramai yang anggap Modenas hanya mengeluarkan motor biasa-biasa. Sebenarnya sebelum ini dan pada masa sekarang Modenas telah mengeluarkan beberapa motor yang berteknologi tinggi cuma mungkin kurang mendapat sambutan. Contohnya dulu Modenas telah mengeluarkan sebuah mot...