Perasaan Aku Bila...
Kehidupan baru aku selepas 2,3 tahun terjebak dengan dunia motor secara serius. :P Macam-macam perasaan timbul bila aku baca balik entry-entry lama dalam blog ini. Sampai aku rasa macam malu sangat-sangat. Rasa macam nak tutup sahaja blog ini. Bila aku belek entry lama, aku rasa macam budak-budak jek. Aku dapat rasakan yang dahulu semasa aku menulis entry, aku cuba masukkan unsur humor dan feel “happy go lucky”. Konon-kononnya lah. Tapi aku tak sedar gaya penulisan seperti itu memang sungguh kebudak-budakan. “Badan rasa geli bila baca entry lama”. Berbanding sekarang, aku sedar setiap kali aku tulis entry feel dalam kepala aku serius jek. Agak sukar nak buat sebuah entry yang bersifat happening. Mungkin gaya hidup aku dah berubah. Sejak setahun kebelakangan ini, banyak benda lama aku tinggalkan dan banyak benda baru aku cuba. Kadang-kala rasa macam tertanya-tanya kenapalah aku boleh terjebak dengan blog ni. Mungkin dulu-dulu perasaan ingin berkongsi pendapat, aku luahkan di blog...