Posts

Showing posts from April, 2010

BIG di SK Lanai (Orang Asli)

Image
Sebelum pergi... Muka segar lagi, dalam bas mabuk. Hak3! Faham-faham jeklah maksud tersirat gambar nih. Ekeke! Dikesempatan ini, dapat juga aku curi masa untuk menulis entry di blog ini. Haha... Minggu lepas, aku dan rakan-rakan lain pergi membuat program Bina Insan Guru di SK Lanai, Pahang. Sekolah ni merupakan sekolah orang asli. Bahasa yang mereka tuturkan pun aku tak berapa faham. Bahasa Semai kalau tak silap. Aku pula orang Jawa. Ceh! Apa kena mengena plak. Hehe… Perjalanan memakan masa hampir satu jam lebih dengan menaiki bas. Kalau korang nak tahu, ni lah 1st time aku mabuk nak giler naik bas. Pehal entah hari tu boleh mabuk sampai merengkuk kat tempat duduk. Mungkin keadaan jalan yang berselekoh tajam. Masa balik aku tutup hidung dengan tuala sebab tak boleh tahan bau aircond, rasa nak muntah jek. Biasalah…naik motor mana ada aircond, ni tiba-tiba kena aircond tu yang mabuk. Haha… Murid orang asli. Ada apa kat Lanai? Di sini orang asli boleh dikatakan sudah maju. Kerajaan dah b...

Karat Yang Semakin Berkarat.

Image
Hurmmm... Apa dah jadi dengan pemilik blog ni yang telah membiarkan blog dia berkarat selamat hampir 3 minggu? Huh! Sebenarnya, aku sedang melalui saat-saat getir kesibukan yang giler nak mampus. Mungkin lagi 2,3 minggu baru aku dapat keluar daripada kesibukan ini. Ataupun mungkin cuti bulan 6 nanti baru aku dapat rileks sepuasnya. Kau sibuk apa Ayisy? Haha. Biasalah sebagai pelajar akan kata sibuk dengan kerja kursus, projek, perbentangan, aktiviti luar bersifat akademik, buat laporan, folio, kuiz... Pehh!!! Tapi bukanlah hidup aku diselubungi masalah semata-mata. Hari minggu aku tetap enjoy keluar pergi berkelah dan ride mengasah tayar motor di highwayyyy... Haha. Sebab tu lah aku sibuk memanjang. Sibuk dengan pelajaran+hobi. Barulah life namanya!!! Apa-apa hal, tunggu akhir semester ni. Insyaallah aku akan update dengan entry pasal jalan-jalan cari makan, shopping, lepak dan sebagainya. Yeehhhh! Kepada rakan-rakan blog yang telah menghantar sebarang mesej atau komen, maaflah aku tak...

Ride To Bukit Tinggi.

Image
Sabtu lepas aku dan member pergi Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi. Saja jalan-jalan hujung minggu hilangkan bosan dan tekanan belajar. Tujuan utama aku pergi K.Lumpur adalah untuk cari barang motor. Aku rasa ramai kaki motor dah tahu apa itu Sentul. Kat Sentul ada deretan kedai motor yang bagi aku adalah syurga barang motor. Bila tengok deretan kedai motor membuatkan aku rasa macam nak beli semua benda kat situ. Heh! Kat sini memang terlalu banyak pilihan yang mungkin tidak terdapat di tempat lain. Nak cuci mata tengok brader-brader superbike pun boleh. Barang pun murah-murah. Cuma keadaan di situ agak sempit dan ramai orang. Kena pergi awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Dan pastikan bawa duit lebih supaya tidak kempunan macam aku. Aku bawa duit cukup-cukup RM400 ingat nak beli helmet RM200+ jaket padding RM180. Sekali bila dah beli helmet kira balik duit tinggal RM180 cukup-cukup. Walaweh... Aku lupa asingkan bajet makan dan duit minyak. Sedih giler aku... Baru nak ride dengan jaket ...

Jam Casio G-Shock Pada Harga Mampu Milik.

Image
Sampai bila ko nak cerita pasal jam ni brader? Haha. Mula dah terpengaruh dengan filem Adnan Sempit. Hehe. Straight to the tali jam. Entry lepas aku ada buat review tentang jam yang berbaloi untuk dimiliki bagi sesiapa berbajet rendah. Kali ni aku nak buat review pasal jam Casio G-Shock plak yang berbaloi dibeli jika berbajet rendah. Jam G-Shock memang dah terkenal seantero dunia kerana ketahanannya. Malah jam ni telah dipakai oleh beberapa pelakon di dalam filem-filem aksi ganas seperti Mission Impossible, Training Day dan The Italian Job. Tapi kalau betul-betul nak jam yang tahan segalanya, apa kata korang pakai jam matahari? Cuma ambil sebatang kayu dan lihat kedudukan bayang-bayangnya. Hak3! Kalau dilihat pada harganya, tak dinafikan jam G-Shock agak mahal bagi golongan bergelar pelajar. Tapi takper, berdasarkan pengalaman aku usha kedai jam, terdapat beberapa jam G-Shock model classic yang dijual pada harga bawah RM200. Walaupun model-model ini di antara G-shock paling murah, kual...

Review Jam Casio AE-1000W-1AV.

Image
CASIO AE-1000W-1AV Emmm... Dah lama aku tak tulis pasal jam. Tahun ni aku langsung tak beli jam walau satu pun. Mungkin bajet aku dah banyak habis untuk motor dan safety gear. Tapi itu tak bermakna minat terhadap jam tangan dalam diri aku hilang. Aku masih minat cuma duit tidak mengizinkan. Bila sebut pasal duit, tentu ramai orang macam aku yang duit cukup-cukup untuk hidup dan masih bergelar pelajar. Nak beli sesuatu yang kita minat terpaksa kumpul duit dulu baru boleh beli. Jadi, mungkin anda di luar sana ada yang bercadang nak beli jam tangan tapi bajet terhad. Kalau bajet di antara RM50-200 dan mahukan jam yang original, tahan serta murah, jam tangan Casio lah jawapannya. Pengalaman aku memakai jam Casio tidak pernah mengecewakan. Aku masih lagi menyimpan jam Casio pertama yang aku beli pada tahun 2005. Dah dekat 5 tahun tetapi masih berfungsi dengan baik. Masa pakai dulu memang hentam jek. Pergi sekolah, jalan di bandar, masuk hutan, masuk kampung, buat tidur dan mandi (sekali-se...