Bermain Ketika Kecil.
Main. Korang pernah main masa kecil-kecil kan. Tipu la kalau tak pernah main. Yang lelaki pernah main masak-masak? Haha.. Kalau pernah jangan malu nak ngaku plak. Pernah main teddy bear atau anak patung lepas tu cakap sorang-sorang macam orang sewel yang cute? Sekali lagi kalau pernah jangan malu ngaku. Hehe... Tak macho main teddy bear? Alah, kecil-kecil takper yang penting dah besar tak jadi bapok, jadi bapak boleh. Haha..
Standard la masa kecil-kecil main sama ada main sorang-sorang atau berkawan. Dulu aku kalau balik kampung mesti main masak-masak dengan sepupu takpun main korek pasir pastu berkudis kat kaki. Hehehe... Tu yang bila dah besar macho semacam kaki aku. Bila tengah main tak fikir malu yelah budak kecil kan. Kalau tanya aku kau main masak-masak macam mana? Aku main masak-masak bukan macam sesetengah budak perempuan (main olok2). Aku dengan member main masak-masak style bakar-bakar guna api real punyer. Hehe... Ambil getah tiub tayar, kayu, batu dan periuk. Pastu mula la merepek masak akar kayu lah, daun rumput lah dan ada sekali tu beli Maggi masak betul-betul siyutt. Huhuhu... Nasib baik part masak akar kayu tuh aku tak makan, kalau tak memang sah aku mereng sekarang.
Main jangan gaduh-gaduh. Isk3! Jahat tol budak nih. Kalau anda seorang manusia yang sentimental, jangan tengok video ni. (video ni bukan aku ambil. Aku baik.)
Main rumah-rumah pulak memang syok masa tu. Duduk atas katil, ambil bantal susun buat dinding rumah. Tah pape jek aku dulu. Dah besar sikit main rumah-rumah pakai daun kelapa. Buat pondok tapi haram tak pernah kukuh. Setakat boleh main-main pastu imagine jelah. Main kawin-kawin? Tak pernah sebab aku sejak lahir memang tak gatal. Kah3! Serius beb!
Main teddy bear pastu cakap sorang-sorang dan anggap teddy bear tu hidup? Ini tabiat aku masa kecil-kecil dulu. Jenis teddy bear yang aku sayang pun aku masih boleh ingat rupa dia macam mana. Main cakap-cakap, pastu tolong cakapkan untuk teddy bear yang bisu tu. Hak3! Imaginasi aku terlebih kuat kot masa kecil. Tapi aku tak main anak patung sebab takut seh tengok anak patung. Tak tahu lah kenapa.
Oklah, kalau perkara di atas terjadi pada diri korang masa kecil, korang jangan risau. Korang tak giler masa kecil. Korang tak sewel, tak sindrom up ataupun kena sawan beruang. Itu semua perkara normal yang terjadi ketika kita masih kecil. Pensyarah aku pun ada cakap kalau nampak budak kecil cakap sorang-sorang dengan teddy bear, biarkan. Perkara tersebut sebenarnya merupakan satu proses normal kanak-kanak dalam pembelajaran dan perkembangan diri mereka. Tapi kalau anak korang kecil-kecil dah pandai menuturkan kata-kata mengurat wanita, sila ambil perhatian! Anak anda mungkin mengalami sindrom gatal-gatal daun keladi. Hue3!
Sekarang bila dah besar korang mesti dah tak nak main kan. Kalau main pun main benda lain. Main judi, main kasino, main sport toto dan sebagainya. Haha. Gurau jek. Hehehe... Sebenarnya aku tulis pasal main ni sebab tengah study "peranan main dalam pembelajaran". Minggu depan nak periksa nih. Huh! Jap-jap, nak hafal. Main ada beberapa jenis, main unoccupied, main solitary, main onlooker, main parallel, main associative dan main cooperative. Orait, hafal dah! Sekian terima kasih kerana sudi membaca. :) Kih3!
gambar kredit kpd nurhifzan.blogspot.com
Comments
itu mesti ..
tapi anak patung teddy bear tak mampu la dik time tuh..
dah besor baru dapat teddy bear..
noor afzan, itu merupakan suatu pengalaman indah. huhuu..
dah besar pun bila tengok teddy bear puluh ringgit pehh... agak mahal. hehe..
oit!
study la...
ok jom ulangkaji...
main ada beberapa jenis
-main unoccupied
-main solitary
-main onlooker
-main parallel
-main associative
-main cooperative
ok.. da hafal jugak... oo.. kat ipgm blaja bendalah ni ke? cam pelik je???
zaman semasa kecil saya penuh dengan usaha membaca buku-buku cerita hikayat. haha.
main pondok2 ngan masak2 tak pernah habis. anak2 zaman sekarang dah takdek life cam dulu2..
sekarang ni tak tahu lah ada lagi ke tak budak2 yg main masak2 atau pondok2. emmm...