Balik kampung... Ho..Ho Balik Kampung! Kuala Lipis - Batu Pahat

Pagi yang gelap, lampu sudah terang. Haha... Sebelum bertolak.

Hari ini, aku pulang ke kampung halaman dengan naik motor. Saja cari pengalaman jalan jauh. Lagipun motor dah tak boleh pos guna KTM dari Kuala Lipis. Malas nak guna Pos Laju sebab mahal. Jadi aku dan 6 orang member konvoi bersama. Bertolak dari IPGM seawal jam 7.00 pagi, kami menunggang motor menuju ke Kuala Lumpur. Cuaca sejuk giler bai ditambah hujan renyai-renyai tapi aku suka sebab cuaca sejuk enjin motor tak panas sangat. Sampai jek kat area Genting Sempah Bentong motor mula slow sebab naik bukit. Tapi jalan memang syok la layan lap. Sepanjang jalan area Bentong tu aku nampak beberapa kumpulan motor superbike layan corner. Peh! Terbakar tengok superbike. Motor aku merangkak-rangkak naik bukit, diaorang rileks jek laju macam peluru. Hampeh tol... Dalam hati, dah kerja aku nak beli superbike, kawen nanti dulu. Muahahaha...!

Sampai KL lebih kurang pukul 10.30 pagi. Kejap gak sampai sebab target sampai pukul 11.00. Sepanjang perjalanan ke KL banyak kemalangan kami terjumpa. Cuak beb bila tengok. Konvoi kali ni diketuai oleh Ciko. Terima kasih la Ciko sebab tunjuk jalan dan jadi marshall kami. Memang banyak membantu la. Hehe... Alhamdulillah hari ini motor aku walaupun Honda EX5 boleh pergi 110kmj, throttle tak pulas habis. Selalu 90kmj jek boleh pergi mungkin jalan highway kot. Jadi bolehla motor aku cucuk 135lc dan Lagenda walaupun terkencet sikit. Hak3!

Masa singgah makan kat RNR Ayer Keroh Melaka, beberapa kumpulan superbike datang lagi dan parking depan tempat makan kami. Meleleh tengok Ducati, Honda CBR dan Yamaha R1. Bunyinya sahaja sudah cukup untuk aku terfikir nak beli superbike dulu, takder kereta pun takper janji ada superbike. Haha... Bila la nak posting nih... Ala Ayisy, kalau kau posting kat pedalaman camne nak pakai superbike. Hehe. Dalam pukul 4.00 petang aku sampai susur keluar Ayer Hitam. Fuh! Terasa satu kepuasan apabila sampai ke kampung halaman.

Penat? Hahaha. Bagi aku naik keretapi lagi penat. Penat menunggu keretapi lambat lah, delay lah, rosak lah macam-macam. Naik motor smooth jek perjalanan sambil cuci mata melihat pemandangan. Jimat pun jimat. Minyak habis dalam RM19 jek kalau tak silap. Boleh lepak-lepak, makan-makan, layan corner dan sebagainya. Oklah, itu sahaja laporan tak rasmi aku untuk perjalanan hari ini. Isnin ni gerak pergi Melaka plak. Enjoyyyyy! Hehe...


Muka nak ketat. Rambut nak serabai. Hehe. Nak buat camne, kalau pakai helmet muka jadi camtu. :P Ni kat Sungai Besi, baru lepas KL.


Yang ni aku tak ingat la kat mana. Tapi masih area Selangor atau Negeri Sembilan kot...

Lepak di RNR Ayer Keroh Melaka. Muka aku macam Mat Pet. Pehal tah.


RNR Ayer Keroh Melaka

Yeh! Sudah sampai di Ayer Hitam! Huhu...

*bilalah aku nak angkat Yamaha 125zr takpun Yamaha 135lc. Lepak seh nak kejar member yang motor laju. Heh! Ikut nafsu bulan ni gak angkat tapi takut takder duit spare untuk kecemasan plak di masa akan datang. Siapa nak belanja aku motor 125zr/135lc, angkat tangan! Hua3!

Comments

.ShazaSulaiman. said…
hye ayisy!!
lme x melepak kat blog ko neh..
hehe..
wah2 konvoi nmpknye kn..
nmpk cm best jer..
tp 4 sure pnt an??
hehe..
ayisy...mana gambar superbike tu..cakap la masa kat RnR ko tgh makan pass tu ada group superbike datang n remmmm depan ko...
Pass tu ko ngirap..
abis sumer superbike kena bakar..hehe
Ni bukan aku cakap..,alexander graham bell yang cakap...hahah
This comment has been removed by the author.
ayisy said…
shaza, huhu.. Dah lama tak dgr cerita. Best mmg best. penat tu biaselah. Tapi lebih rela penat naik motor drp. penat naik kenderaan awam. Hehe..

Pejuang Keseniaan Extreme, aku tak amik gambar superbike, tengok jek. Mmg terbakar la hati bila diorang pulas2 throttle. Tapi kalau sekilo dgn diaorang kompom makan asap... Haha
Unknown said…
ayisy, nape muka ketat je, sejuk sgt ke pg naik motor?
selamat beraya ye, take care and fyi, akak pun johorean, balik segamat.
Tak lama lagi, nanti ada IPGM baru nak bukak kat seremban, kat LBJ...tapi under construction lagi. maybe 2011 siap.
Politeknik nilai pun nanti akak dok dekat situ.....
ayisy said…
kak mila, hehe.. tak tahu lah napa. mungkin sejuk kot.

oh segamat. kalau balik naik train mmg lalu segamat.

a'ah, ada ipgm baru kat seremban. dgr cerita jadi pusat induk ipgm tempat tu. :)

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...