Akurasi Jam Tangan : Mekanikal VS Quartz

Orait bebeh! Ceh! Ayat macam siyut jek. Hari ni nak cerita sikit pasal jam walaupun peperiksaan semakin hampir. Ala rileks sudah. Yang haruk kusut-kusut pasal soalan sepot buat apa. Hik3! Baca jek mana-mana dan untuk lebih afdal bacalah semua kan senang. Tak payah fikir-fikir masuk ke tak. Hehe... Haih! Cerita lain plak dah.

Oklah, apa yang korang rasa tentang jam yang korang pakai sekarang? Adakah ianya sentiasa tepat menunjukkan waktu tanpa sebarang ralat? Sebelum aku meminati dunia horologi (seni membuat jam) secara serius, aku anggap semua jam sama jek dia punya ketepatan masa. Tapi lepas aku bertukar menjadi rakus terhadap dunia horologi, aku mula belajar apa itu akurasi. Akurasi bermaksud ketepatan dan kebanyakan jam di pasaran mempunyai ralat beberapa saat dalam sehari/bulan ataupun setahun. Senang cerita jam tangan yang korang pakai mungkin akan tercepat atau terlambat beberapa saat dalam sehari ataupun sebulan. Contohnya seperti berikut:

Jam Mekanikal = Purata akurasi +15 to +30 saat per hari ( utk Seiko 7s26 movement )
Jam Quartz = Purata akurasi +20 to +40 saat per bulan ( utk Casio Quartz movement )

Mula-mula pelik juga kenapa mat saleh dan mat jepun kat luar negara sibuk berforum mengenai tahap akurasi jam-jam mereka. Bagi aku standard la kalau terdapat ralat 15-30 saat per hari untuk jam mekanikal manakala 20-40 saat per bulan untuk jam quartz. Tapi tu bagi aku. Mungkin bagi mat saleh dan mat jepun, ralat 1 minit sudah dikira tak tepat. Iyelah, tengok negara Jepun yang mementingkan ketepatan masa dalam hidup. Berbanding dengan rakyat Malaysia, lambat 30 minit pun masih dianggap biasa kan. Hehehe...

Jadi, jom kita lihat perbandingan antara tahap akurasi jam quartz dan mekanikal. Eksperimen ni aku buat dalam masa tak sampai 24 jam dah nampak perbezaannya. Hehe... Aku buat perbandingan antara Seiko 5 (mekanikal) dengan Casio Edifice (quartz). Sory gambar kabur sebab kamera aku takder micro zoom. Harap dimaafkan. Kalau ada yang tengah fikir nak beli jam mekanikal, beli jek. Jangan disebabkan ia tidak setepat jam quartz, korang tak jadi beli. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Dan jika terdapat info yang salah dalam entry ni, harap diperbetulkan. Saya budak baru belajar. hehe...

Ok, lihat gambar di atas. Sebelah kiri jam mekanikal (automatik) manakala sebelah kanan jam quartz. Jarum saat warna merah menunjukkan pada saat 40-42 (lebih kurang). Kedua-dua jam menunjukkan waktu 12:20:42 +/- 12:20:40

Selepas hampir 24 jam, jam sebelah kiri (mekanikal) menunjukkan jarum saat pada area saat 50 manakala jam sebelah kanan (quartz) menunjukkan jarum saat pada area saat 35. Dah nampak beza dalam +/- 15 saat.

*klik pada gambar untuk besar.

Comments

zetty said…
yerrr org nmpak prbezaannyerr...sape y x nmpak...ishh ad mslh tue...hehehe
Nadiene said…
terpakselah 1 dunia pakai jam matahari kan, hOhohoh
ayisy said…
zetty, kalau tak nampak pendek umur kata pak belalang.. hehehe..

fid, jom pakai jam matahari. kita modified jam kita letak batang tengah2 pastu tengok berdasarkan bayang2. hahaha..
.::R A F I::. said…
Ape jam paling tepat??
ayisy said…
Rafi, jam paling tepat? emm.. aku tak berapa tahu jam apa paling tepat di dunia. Tapi kalau search di google, jam paling tepat jam atom. Aku tak tahu macam mana rupa jam tu.

Tapi kalau jam tangan, jam-jam quartz hig end ataupun chronomaster paling tepat. Setahun tahap akurasinya +-5 saat sahaja. Itu yang aku tahu la. Lain-lain aku kurang pasti. :)
ayisy said…
ops silap, jam chronometer, bukan chronomaster. hehhe..
duniajam said…
Bagus ayisy! Jam yang paling tepat ialah jam berenjin quartz. Ralat dia tak banyak dalam 24 jam. Movement dia ringkas, senang jaga & murah.

Jam mekanikal mempunyai ralat +/- 15 saat ataupun lebih dalam masa 24 jam. Dalam dalam 24 jam ralat jam mekanikal lebih 5 minit dikira ok lagi. Kalau lebih, sampailah masanya untuk jumpa doktor servis jam tu. Walaupun camtu, jam mekanikal adalah jam pilihan pengumpul jam sedunia.

Jam mekanikal juga mempunyai movement yang lebih baih dari movement tradisional & ianya lebih accurate. Contohnya jam yang mempunyai enjin chronometer yg dpat pengiktirafan COSC. Kalau jam Swiss ada tanda chronometer kat dail, kena keluar dlm RM3k untuk memilikinya. Kalau jam Jepun, Seiko Spring Drive amat dibanggakan sekali. Jam mekanikal paling tepat di dunia.

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...