Posts

Showing posts from September, 2009

Celcom Broadband Yang Mengecewakan.

Image
Kadar download data amatlah perlahan. Sekitar 5-10 KB/s untuk HSDPA, lembab macam GPRS. Sakit jiwa dibuatnya. Entry kali ni aku nak komen pasal kualiti servis Celcom Broadband sejak akhir-akhir ni. Sebelum ni, ramai dah yang komplen tentang kualiti servis diaorang ni. Ada yang cakap lembab lah, selalu terputus lah dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah, masa mula aku pakai Celcom Broadband sampai bulan Julai tahun ni, kualiti servis bagi aku memuaskan la. Cuma sejak sebulan dua ni, tiba-tiba aku rasa Celcom dah hampeh sampai kadang-kadang aku rasa pedap giler. Lembab! Tak stabil! Kelajuan internet seperti dial-up telefon rumah! Yah! Celcom, aku bayar bulan-bulan RM68 sebulan. Aku bukan orang kaya. Aku bukan orang dah kerja. Aku bukan anak Dato. Aku bukan cucu Sultan. Aku cuma pelajar jek yang ingin merasa nikmat internet dari kau. Bagi aku, RM68 tu boleh dikatakan mahal jugak lah. Kenapa kau buat aku camni. Nak bukak emel pun merangkak-rangkak. Memanglah bukan setiap masa kau maca...

ayisy.blogspot.com Versi Rayalah Pulak!

Image
Waktu yang seronok, aku rasa begitu pantas berlalu. Waktu tak best, mak aih tak nak lembab plak kan masa berjalan. Jap jek raya dah seminggu. Raya tahun ni aku rasa paling best sepanjang hidup. Walaupun waktu akhir bulan puasa lepas rasa macam tak syok jek raya, tapi bila start hari raya pertama, haa kau! Apa erti Hari raya Aidilfitri bagi korang? Bagi aku, susah plak nak cakap. Masing-masing pasti ada pengertian sendiri kan. Oklah, aku nak buat laporan rasmi sepanjang Hari Raya Aidilfitri aku tahun ini. Mungkin agak personal tapi aku tetap nak berbual kambing! Ahah! Yang ni aku tak tau la nak cakap apa. Orang tengah raya pun masih nak jual aiskrim. Bocah ki bocah ki. Hari raya pertama, macam biasalah beraya rumah saudara-mara versi veteran. Maksudnya saudara terdekat dan umur mereka sudah dewasa. Untuk raya pertama, beraya rumah saudara belah ayah aku area Kampung Parit Hailam dan Kampung Bahru. Kat Kampung Parit Hailam ni, ada seorang pembuat gambus terkenal seantero Johor ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009.

Hari Raya Aidilfitri 2009. Raya aku ketika umur memasuki angka 20 tahun. Kiranya sudah 20 kali aku Raya Aidilfitri di dunia ini. Dan yang pasti, dah beberapa tahun beraya tanpa mercun dan meriam. Dan yang lebih pasti, duit raya semakin berkurangan. Hehe... Terus terang aku cakap, masa dalam perjalanan pulang ke kampung, tiada langsung suasana raya yang aku rasa. Semasa membeli-belah bersama rakan, barulah terasa sedikit suasana tu. Itupun keadaan Bandar Penggaram seperti hari biasa, tidak sibuk, tidak ramai orang dan tidak sesak. Cuma pekan-pekan kecil seperti Senggarang, Rengit dan Parit Raja mengalami kesesakan yang teruk. Malam raya pertama, ada la sikit-sikit rasa nak raya. Aku nak minta maaf kepada semua rakan jika aku tak balas mesej raya korang. Bukan aku tak nak balas, masalahnya bila aku nak send mesej, asyik fail jek. Aku pedap, aku malas nak tengok handphone. Buka YM dan Facebook, ucap kat situ tapi tak semua rakan aku yang online kan. Jadi, aku mengambil kesempata...

Cerita-Cerita Pandir Daripada Pemilik Blog Ini.

Image
Ahh.. Tak nak cerita pasal raya. Tak nak..tak nak..! Sambil guling-guling dan menghentak kaki. Hue3! Tak lah. Takkan lah Encik Ayisy nak buat pe'el camtu kan. Haha. Nak update mende ekk. Haa! Tengok dulu gambar kami boleh? Hihi. Cerita pertama, tadi pagi ada forum apresiasi kemerdekaan kat IPGM aku. Ahli panelnya terdiri daripada Prof. Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmud dan seorang lagi Prof tapi aku lupa la plak namanya. Nampak sangat kau tidur Ayisy masa forum tu berjalan. Hahaha. Aku nak ulas balik kat blog ni tak boleh-boleh. Idea dalam pale hotak ada tapi nak menterjemahkan ke dalam bentuk ayat mak aih tak reti seh. Payah giler. Senang cerita, kemerdekaan yang kita capai hari ini berdasarkan politik. Dan adakah orang Melayu akan terus kekal memerintah negara ini berdasarkan situasi politik masa kini? Ehem... rasanya budak bernama Ayisy tak sesuai menulis benda-benda berat camni. Heh! Cerita kedua, kat blok kediaman aku ni merupakan syurga bagi kucing-kucin...

Kenangan Raya 10 Tahun Dahulu.

Image
Sebelum baca... Lihat gambar ini dahulu... Lihat....lihat... Lihat... Terima Kasih... Ahad ni raya. Giler ahh raya. Koncop giler masa berlalu sehingga aku rasa baru semalam aku bersuka-sukaan di Melaka bersama member di minggu pertama puasa. Baju raya? Aku belum beli lagi. Takper aku lelaki bukan macam perempuan, takder baju raya kompom duduk bilik seminggu masa raya tak keluar-keluar. Haha.. Ada ke camtu? Ingat nak shopping hari Sabtu ni tapi tak taula sempat ke tak. KTM! Gua bagi amaran kat lu, kalau lu lambat lagi gua tuntut baju raya dari lu. Muahaha! Entry ni bukan cerita raya. Esok lusa aku cerita pasal raya ok? Hari ni cuma nak cerita pasal kenangan raya. Ceh, raya jugaklah tu Incik Ayisy. Lagi seminggu nak raya dah suka-suka nak cerita. Ala, aku nak cerita pasal kenangan raya, bukan raya akan datang. Faham? Kenangan...kenangan..dan kenangan yang semestinya sudah berlalu. Hehe... Korang ingat tak kenangan masa mula-mula merasa raya? Aku tak boleh ingat la. Hehe. Kenangan pertama...

Deja Vu.

Image
Sebelum baca.... Layan gambar ini dahulu... Layan...layan.... Terima Kasih... Ok..ok.. Nak cerita ni. Duduk diam-diam eh. Pernah dengar perkataan Deja Vu? Pernah mengalami Deja Vu ? Rileks-rileks, jangan fikir Deja Mos plak. Sebelum aku melalut lebih panjang, aku bagi definisi Deja Vu dulu yer sayang? Perkataan Deja Vu ni berasal daripada bahasa Perancis yang bererti 'pernah melihat'. Maksudnya, seseorang mengalami suatu pengalaman yang dirasakan dia pernah mengalami sebelumnya. Huh! Hahaha, contoh camnilah. Aku tengah berbual-bual dengan member. Tiba-tiba aku rasa situasi atau peristiwa tengah berbual dengan member tu macam pernah berlaku dulu-dulu. Tapi bila fikir balik bila ekk? Contoh kedua plak, aku tengah makan dengan family dan tiba-tiba beberapa saat semasa situasi tu berjalan aku rasa macam pernah berlaku masa dulu-dulu. Situasi yang berlaku serupa dan sebijik. Bila fikir balik bila ekk? Tak dapat dipastikan. Itulah yang selalu menjadi persoalan dalam benak fikira...

Apa Jadah Melawat Hospital Malam-Malam Buta?

Image
Di hadapan Hospital. Macam nak buat demonstrasi gilerr...! Siapa di sini yang lahir di hospital? Tak kisahlah hospital kerajaan, swasta, mak bapak dia punyer ataupun hospital sakit jiwa. Haha... Buat diri aku, hospital adalah tempat yang unik bagi aku. Bila masuk jek, satu perasaan lain hadir dalam diri ini. Baunya yang tersendiri, suasana yang agak menakutkan dan orang-orang berbaju putih mundar-mandir di sekitarnya. Huuuu... Scary wooo. Semalam, aku bersama member pergi melawat hospital di Kuala Lipis. Ada seorang rakan kami sakit dan ditahan di wad. Pergi dalam pukul 10.00 malam. WTH? Kami dengan muka penuh yakin dan gembira masuk ke dalam hospital tanpa mengetahui bahawa waktu melawat sudah tamat. Muahaha. Tapi biasalah, setelah 2,3 orang daripada kami mengayat nurse-nurse dengan penuh keikhlasan, nurse tu pun cair lalu membenarkan kami menemui kawan yang sakit tu. Yeh!. Aku dapat pengajaran sangat berguna, nak melawat mangsa bukan boleh suka-suka ikut waktu suka-suka kita. Ha...

Welcome To The IPGM KTAA.

Image
Welcome To The Club! Clap To This Yoo! Apa yang best di tempat belajar kamu? Ya! Setiap tempat mesti mempunyai sesuatu yang menarik bukan? Bercerita mengenai apa yang best di tempat belajar aku, memang banyak. Selama ni aku rasa belum pernah cerita tentang apa yang best di IPGM KTAA kan. Jadi, sempena bulan yang baik dan mulia ini, apa kata aku cerita yang best-best tentang IPGM KTAA. Fuyooh! Ayisy nak puji tu. Keh3! Kat jalan ni la aku selalu sekilo dengan kawan. Well, aku rasa ramai guru pelatih seluruh Malaysia dah tahu bahawa IPGM KTAA terletak di kawasan hutan dan kampung di sekitarnya. Hutan di sini bukanlah hutan paya bakau, hutan sekunder mahupun orang hutan. Hutan di sini adalah hutan khatulistiwa yang sungguh asli dan menghijau. Jika korang tak mampu menjejakkan kaki ke Genting Highland, jom pergi Kuala Lipis. Suhunya yang sejuk lebih-lebih lagi waktu pagi dengan kabus memutih ditambah angin bayu yang menyejuk pasti membuatkan korang menggigil. Hahaha. Aku paling suka w...

Hanya Jam Tangan. Tiada Jam Kepala Lutut.

Image
Contoh jam Tourbillon . Meleleh air hingus tengok enjin dia. Hee... Setiap orang mesti mempunyai minat masing-masing kan. Ada yang minat kereta, motor, barangan antik dan sebagainya. Malah ada pula yang minat mengumpul koleksi barangan kesukaan mereka macam setem, patung, pen dan jam. Aku ni kalau bab minat-minat banyak. Contohnya jam tangan. Sejak kecil lagi aku minat jam tangan beb. Tak tau la kenapa. Aku masih boleh ingat peristiwa membeli jam tangan pertama dalam hidup aku (belum tadika lagi weh). Jenis dan jenama aku tak ingat la, kedainya pun aku tak boleh ingat cuma kalau fikir betul-betul rasanya macam dekat supermarket Fajar atau The Store B.Pahat. Waktu tu aku eksen jek beli jam padahal bukan tau baca waktu jam tu. Hak3! Tak ke pelik beli jam tapi tak reti baca? Hik3! Hempuk pale baru tau. Masa sekolah rendah, banyak kali gak beli jam tapi yang murah tahap kanak-kanak punyerla. Ada yang boleh bukak katup kepala kartun la, ala-ala Adidas Candy la dan macam-macam lah. Jam orang...

Gagal? Rileks Sudahh...

Image
Salam semua. Entry lepas aku ada membicarakan tentang kes bunuh diri. Ramai orang bunuh diri sebab tidak tahan menanggung masalah, beban hidup, kecewa, gagal dan berbagai lagi. Bila sebut gagal biasa lah semua orang pernah gagal ye tak. Kalau ada yang cakap dia tak pernah gagal sepanjang hidup dia, sumbat mulut dia dengan karipap sardin biar batal puasa. Hak3! Gurau jek jangan buat betul-betul plak yer. Teringat masa kecik-kecik dulu, aku ada sorang kawan yang tak puasa. Aku yang puasa (ceh, konon baik la) psiko-psiko dia la. Pastu dia boleh plak geram, ambik kek Apollo 30 sen sumbat secara paksa ke dalam mulut aku. Cis! Kuang ajau itu punya budak. Hahaha... Gagal dalam mata pelajaran add math semasa ujian (sekolah menengah) dulu adalah perkara biasa bagi aku. Iyelah, kita ni otak prosesor Intel Celeron jek, orang lain Intel Core Duo itu pasal asyik gagal jek. Heh! Boleh plak cakap camtu. Tapi aku steady jek macam takder perasaan bila tengok markah 10 ajer. Masa tingkatan dua dulu...

Mengapa Harus Membunuh Diri...

Image
Ehem! Tadi aku tengah sedap membaca bu... Eceh! Buku konon Ayisy. Ok..ok. Tadi tengah sedap surf internet terbaca artikel tentang bunuh diri sebab cintan cintun. Adehh.. Bukan setakat cintan cintun la, sebab masalah lain pun ada yang nak bunuh diri. Paling aku rasa pelik ialah kes seorang remaja lelaki berusia 15 tahun ingin membunuh diri sebab kena reject shop dengan aweks. Heh! Rasa ada pernah keluar kat surat khabar. Aduii.. baru umur 15 tahun sudah mahu membunuh diri. Tumbesaran tubuh badan pun belum sempurna dah nak memamposkan diri. Buat habis nasi mak ayah kau jek. Cinta aweks ni bak kata seorang senior aku ibarat sabun. Kita ni kalau mandi tak guna sabun pun tak apa. Tapi kalau guna sabun tu lagi sedap dan wangi. Tersalah pilih sabun alamatnya gatal lah badan kita. Jadi, bila nak pilih sabun tu, pilih la yang cocok dengan diri kita. Biar sedap bila dipakai bukannya menggatalkan badan. Jika sabun tu hilang termasuk lubang jamban, beli lah baru. Tak payah sedih-sedih sampai nak b...

Artikel Peribadi Semata-mata.

Image
Gambar yang diambil semasa di kampung halaman. Depan sekolah lama. Kebelakangan ni aku suka menulis entry personal. Tak tahu la kenapa. Tapi, tak mengapalah sebab jika aku tulis entry information pun bukannya bagus. Dan, kehidupan di IPGM membuatkan aku sukar untuk mencari idea menulis blog. Kehidupan yang pasif dan membosankan menyebabkan tiada perkara menarik atau sedih untuk dicatatkan di blog ini. Berlainan pula dengan situasi kehidupan di kampung halaman. Segala-galanya berbeza. Jika di IPGM aku seorang yang pendiam, di kampung halaman pula boleh dikatakan aku menjadi seorang yang crazy bersama teman sekolah. Jadi, apa yang menyebabkan kehidupan aku seronok dan happening? Banyak...banyak sebabnya. Pertama, kalau dah jejak kaki kat tempat best macam Melaka, memang harok (kucar lanar) la aku. Habis semua destinasi aku ingin mengambil gambar. Kena kejar dengan mat rempit pun masih boleh ketawa-ketawa. Berjalan berpimpin tangan... Ekkk? Takder-takder tipu jek, lelaki dengan lelak...