Yang BRAVO dan SUCKS Tentang Keretapi Tanah Melayu.
Bila sebut pengangkutan awam, apa yang korang rasa? Mungkin ada yang cakap memudahkan, murah, cepat dan selesa. Namun, pasti ramai yang akan cakap menyusahkan, mahal, lambat dan merimaskan. Apa pun, lain orang lain pandangan. Dan yang penting, walau apa pun perbezaan pandangan, citarasa dan minat kita tidak seharusnya bergaduh ataupun keji mengeji. Why not untuk cuba hormati pandangan orang lain dan terima dengan hati terbuka. Jika ada yang tidak berkenan di hati, luahkan dengan cara yang betul dan berkhemah. Ok? Ala... Jangan la masam-masam eh Ayisy cakap ni. Senyum la sikit baru comel (untuk aweks jela), untuk lelaki baru nampak cool ye tak. Hehe...
Sebenarnya camni, tadi siang Ayisy pergi merempit (Oppss..sory Abg Azli, bukan merempit tapi jalan-jalan, hehehe) ke Mentakab, Temerloh. Ya Allah, Sabtu lepas dah pergi, ni pergi lagi. Huhu. Ayisy dan member pergi sebab temankan kawan ambil motor kat Stesen Keretapi Mentakab. Stesen Keretapi Kuala Lipis dah tak terima penghantaran motosikal. Huk3! Nampaknya macam kena merempit jek balik Johor akhir tahun ni. Heh! Bila nampak Stesen Keretapi jek, Ayisy terfikir sesuatu yang dirasa boleh dikongsi kepada korang semua iaitu pasal pengangkutan awam kat Malaysia ni.
Ni jela gambar yang Ayisy sempat ambil. Masa ni tengah ambil motor kat pejabat KTM Mentakab.
Orait, semenjak Ayisy belajar kat IPGM KTAA ni, boleh dikatakan keretapi ni la yang menghubungkan Ayisy dari Johor ke Kuala Lipis. Setakat ni belum pernah Ayisy naik bus, kereta atau kapal terbang balik kampung kat Johor. Bagi korang yang belum pernah rasa naik keretapi mesti mengidam nak naik keretapi kan? Hehe... Oklah, kepada Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ayisy nak komen baik buruk tentang kau. Jangan lepas entry ni dipost, korang saman aku plak yek, aku ni dah la sengkek. Huk!
Yang best pasal KTM ni adalah tambang tiketnya yang sungguh murah. Siyes murah bagi Ayisy yang dapat elaun rm500++ free tiap-tiap bulan. Hi3! Korang bayangkan dari Kuala Lipis Pahang ke Kluang Johor yang mengambil masa 7-8jam perjalanan, harga tiket semurah rm17 untuk 3rd class manakala rm24 untuk 2nd class. Pasal harga tiket memang Ayisy setuju. Pastu keselesaan Ayisy masih berpuas hati. Of coz la naik keretapi selesa sebab dia mana ada main selekoh tajam. Jalan tegak jek, takder traffik jam. Huhu...Kalau korang bimbang nak terberak, terkencing atau termuntah sekalipun, rilex sudah sebab dalam keretapi ada tandas yang masyukkk! Boleh goyang-goyang lagi masa $%%%. Hehehehe... Bila lapar, korang tak payah susah-susah tunggu keretapi berenti sebab dalam tu dah ada kantin. Tapi ingat...........! Jangan order teh tarik sebab.... Sebabnya korang boleh fikir sendiri. Ayisy dah terkena dulu. Hak3!!!!
Tempat duduk dalam keretapi KTM 3rd class. Gambar ni Ayisy ambil masa 1st time naik keretapi. Huhu...
Yeh! Kita sebut plak kelemahan KTM. Dari dulu sampai sekarang, masalah ko ni KTM, asyik lambat, lambat dan lambat. Boleh dikatakan setiap kali Ayisy tunggu keretapi, mesti lambat 30minit-2jam. So, Ayisy harap korang cubala tepati masa. Kalau keretapi tu yang lembab, apakata korang beli jek super keretapi macam kat Jepun tu, kompom bedezupppp…!
Gambar ni Ayisy ambil masa kat Stesen KTM Kuala Krau, Pahang. Nampak sayup-sayup jek rel keretapi tu...
Kalau cerita pengangkutan awam lain macam bas, teksi dan lain-lain, Ayisy rasa masalah yang sama akan dicerita. Tambang tak berpatutan, tak selesa, lambat dan sebagainya keluar daripada mulut-mulut pengguna. Jadi, Ayisy harap, eh bukan Ayisy jek, tapi seluruh rakyat Malaysia berharap agar masalah ini dapat diatasi serta pengangkutan awam di negara ini semakin bertambah mutunya, bukan bertambah songelnya. Huh! Sekian dulu untuk berita TV Lipis. Hak3!
Comments
dari johor ke KL Sentral.
Tapi x penah nak beli makanan dalam tuh..
huhu~
aku serik naik ketapi dr penang-kl central-bp.
mcm gila.
hahaha.. even si ketapi tak merempit di rel aku tetap rasa mcm gila.
eh. kenapa takbule order teh tarik?
mahu penjelasan ye cikgu ayisy.
ha ha ha..
pastu masuk2 je tgk sit da ada org rembat.. pehhhh.. membara je bila ada manusia2 yg suka-suki-sedap-rasa nek ketapi scra haram.. haishh~
2pn sebab ikut rumet org johor...