Musim Durian


Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur.

Durian adalah buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah berbeza dari hijau ke perang, dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar. Buah ini boleh membesar sehingga 30 cm (12 in) panjang dan 15 cm (6 in) diameter, dan lazimnya mempunyai berat antara satu hingga tiga kg (2 hingga 7 lb). Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duriyang tajam, mencucuk, dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam, yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai berbau busuk. Bahagian buah boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Durian dianggap sebagai makanan panas dan sesiapa yang terlebih makan durian akan mendapati dirinya berpeluh dengan banyaknya sejurus selepas makan durian. Penawar tradisi ialah untuk minum air kosong dari pangsa kulit buah. Selain itu, musim durian lazimnya berlaku bersama dengan manggis yang dianggap sebagai mempunyai kesan penyejuk kepada badan. Oleh itu, kedua-dua buah-buahan ini lazimnya dimakan bersama.

Orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi, secara tradisinya dinasihati mengelakkan durian kerana ia dipercayai mempunyai kandungan yang berkhasiat yang boleh memberi tekanan pada badan.

*sumber:http://ms.wikipedia.org/wiki/Durian

Rilex-rilex...! Tu cuma bunga-bunga jek untuk entry kali ni. Sekarang kan musim durian. Nak pergi Batu Pahat jumpa orang jual durian. Nak pergi Parit Raja jumpa lori bawak durian. Masuk kereta bau durian. Balik kampung bersepah durian kat tanah sebab belum pungut. Kentot bau durian, sendawa pun bau durian. Nasib baik masa berak taik tak bau durian. Kalau taik bau durian kompom jamban korang berbau keenakan buah durian. Hak3!!! Masuk pasaraya Carrefour pun bau durian!!! Giler ahh, boleh mabuk beb masuk pasaraya berhawa dingin bercampur bau durian. Seyes wey mabuk.!

Ok kengkawan... Tempat korang musim durian tak? Kalau musim, tentu situasi aku sekarang sama macam korang kan? Hahahak! Tempat aku sekarang orang tengah giler makan durian sampaikan kucing pun layan durian beb! Siyes aku penah tengok kucing menjilat buah durian. Tak percaya sudeyyyy.... Jadi sebelum mengakhiri entry kali ni, aku ingin mengucapkan selamat memakan durian sampai perut buncit ok...! Hik3!!! Oppps..Jangan lupa pesanan orang tua-tua, lepas makan durian minum air bekas kulit durian tu supaya badan korang tak panas macam kambing kepanasan. Hihihi...

Comments

naz. said…
erkk.
hahah mujur lah tak berak kua doyan oi...
kalo tak..naya jer..ngah3..

Popular posts from this blog

Yamaha 135LC 5 Speed 2011 Malaysia

Casio Retro Watch. -Suatu Penantian Yang Lama-

Silap Atau Salah? Dua Makna Berbeza...