Sebuah kebiasaan : Aku nak bahagia dalam hidup
Mungkin agak biasa dan membosankan bila diajukan soalan apakah yang anda mahu dalam hidup? Lalu kita pun menjawab kebahagiaan. Sejak lahir sehingga la tamat persekolahan, aku tak pernah terfikir apakah erti sebenar kebahagiaan kerana masa itu aku tak pernah rasa tak bahagia. Jadi aku tak tercari-cari erti kebahagiaan tatkala kehidupan aku masa itu indah-indah sahaja. Sehinggalah aku menyambung pelajaran, di situlah bermulanya.......erti mencari nikmat dan rasa bahagia dalam hidup. Duit lagi penting bro...lagi penting. Ya, duit memang penting. Tapi bro, serius gua cakap kalau dalam dompet lu tebal ada beribu ringgit, tapi masa tu lu tengah tension, sedih, kecewa dan gelisah (tak bahagia), serius lu pergi shopping mall lu tak rasa nak beli apa-apa. Rasa kosong, bosan dan rasa duit tak ada makna. Bagi yang masih rasa duit lebih penting dari kebahagiaan, sebenarnya kau sedang bahagia cuma duit tak berapa cukup. Aku pernah rasa, tengah happy2 tapi duit kering. Haha. Masih happy c...